Amat kecewa dengan pengkhianatan UMNO terhadap Ghani Othman yang benar-benar diabaikan dan bukannya dilantik sebagai Senator dan Menteri di dalam barisan baru Kabinet

Saya amat kecewa dengan pengkhianatan UMNO terhadap Ghani Othman yang benar-benar diabaikan dan bukannya dilantik sebagai Senator dan Menteri di dalam barisan baru Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Kempimpinan UMNO telah memberikan pujian menggunung tinggi kepada Ghani ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila meletakkan beliau sebagai calon parlimen untuk Gelang Patah menentang saya, dan pemimpin UMNO berlaku tidak adil dan tidak mengenang budi dengan mengetepikan Ghani selepas kegagalannya menewaskan saya di Gelang Patah dalam pilihan raya 5 Mei.

Pilihan raya umum sepatutnya tidak dianggap sebagai pertandingan kalah mati, dan dalam kes Ghani yang saya secara terbuka mengakui telah memberikan sumbangan tidak ternilai kepada pembangunan dan kemajuan Johor, kemampuannya sepatutnya diserap oleh kerajaan Persekutuan kerana Ghani masih boleh memberikan khidmat dan sumbangan untuk bertahun-tahun lagi.

Saya terkejut melihat Ghani berdepan dengan begitu banyak tentangan di dalam UMNO kerana terdapat kuasa yang besar membantah kembalinya beliau ke arena politik nasional, sehinggakan MUBARAK, pertubuhan bekas wakil rakyat Barisan Nasional, mengeluarkan kenyataan menentang mana-mana calon UMNO yang kalah di dalam PRU13 dilantik sebagai Senator dan Menteri ¨C jelas mensasarkan Ghani.

Adalah menarik untuk tahu siapakah pemimpin UMNO di sebalik kenyataan MUBARAK kerana ia akan memperjelaskan pergelutan kuasa UMNO yang semakin menjadi-jadi selepas PRU13 yang merupakan persediaan untuk ˇ°pertempuran kemuncakˇ± di dalam pemilihan parti UMNO hujung tahun ini.

Satu kritikan terhadap Kabinet yang diumumkan Najib semalam ialah kurangnya ˇ°bintangˇ± atau kualiti ˇ°wowˇ±.

Satu-satunya yang berdiri lebih tinggi dari segi kemampuan intelek berbanding yang lain di dalam Barisan Kabinet ialah graduan Oxford, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, akan tetapi pernah menyakiti terlalu ramai sepanjang zaman kegemilangannya sebagai menantu kepada Tun Abdullah dalam tempoh pendek bapa mertuanya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sebenarnya saya pernah menyindir Khairy di Parlimen sebagai ˇ°belia tanpa pekerjaan paling kaya di duniaˇ± sewaktu dia berlagak pandai. Saya harap bertahun-tahun di ˇ°hutan belantaraˇ± terpaksa mengakui kesilapannya kerana walaupun dia sebagai Ketua Pemuda UMNO, jelas diketepikan daripada sebarang jawatan kerajaan sedangkan timbalannya dijadikan timbalan menteri, telah mengajarnya erti rendah hati.

Pemulihan terakhirnya dengan dilantik menyertai Kabinet bagaimanapun amat mengecewakan, kerana perlantikannya memegang portfolio kecil Kementerian Belia dan Sukan amat tidak adil sedang dia sepatutnya dilantik memegang tanggungjawab yang lebih penting.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah