Ucapan Mohd Noor ucapan yang paling memecah-belah, memudaratkan, bersifat perkauman dan berunsur hasutan pernah diucapkan di Malaysia dalam tempoh 44 tahun

Dilaporkan hari ini bahawa NGO yang diketuai oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah menyatakan sokongan kepada bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah dan mendakwa bahawa liputan Malaysiakini terhadap kata-katanya ialah ¡°berniat jahat dan bertujuan untuk mengancam keharmonian kaum di Malaysia¡±.

Kenyataan GPMS mendawak bahawa laporan Malaysiakini ¡°terpilih dan dilaporkan secara berat sebelah oleh Malaysiakini berkenaan telah menyebabkan timbul reaksi tidak selesa dalam kalangan pembaca sehingga ucapan (itu) diulas oleh Dato¡¯ Seri Anwar Ibrahim sebagai bersifat perkauman¡±.

Ia juga menyebut: ¡°Lebih malang lagi, kesemua yang mengulas di web portal Malaysiakini berkenaan tidak pun hadir mendengar sendiri bagi menilai keseluruhan ucapan berkenaan. Kami mempersoalkan apakah motif Malaysiakini menyiarkan secara terpilih kenyataan-kenyataan yang diolah seumpama dan memberikan gambaran seolah-olah Dato¡¯ Mohd Noor Bin Abdullah bersikap perkauman¡±.

Saya telah menonton video ucapan Mohd Noor yang tidak ragu lagi ucapan yang paling memecah-belah, memudaratkan, bersifat perkauman dan berunsur hasutan pernah diucapkan di Malaysia dalam tempoh 44 tahun.

Saya berasa sangat tidak senang apabila ada orang, apatah lagi orang seperti Mohd Nor yang berstatus bekas hakim Mahkamah Rayuan, menaburkan racun perkauman dan cauvinis dengan penuh kekebalan dan terlepas dari hukuman, benar-benar tidak fikir panjang akan mudarat yang dilakukan dalam memusnahkan ikatan masyarakat majmuk Malaysia.

Saya boleh jamin laporan Malaysiakini tentang ucapan Mohd Noor tidak berniat jahat dan bukannya tidak profesional, malahan laporan yang adil dan munasabah.

Ucapan Mohd Noor sendiri yang menghina konsep 1Malaysia, kerana ianya amat keji dan mengapi-apikan dikira bertujuan menghasut keraguan, salah faham dan konflik antara kaum, benar-benar tidak padan dengan seseorang yang pernah memegang jawatan hakim Mahkamah Tinggi.

Adalah amat memalukan dan tragis apabila sejak 10 hari lalu semenjak keluarnya keputusan PRU13, telah meningkatnya kenyataan-kenyataan bersifat perkauman dan menghasut oleh bekas penjawat awam berpangkat besar seperti Mohd Noor dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran serta kini pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Abdul Rahman Arshad yang membuat kenyataan menghasut agar dimansuhkan sekolah vernakular Cina dan Tamil.

Mohd Noor tidak kisah tentang kegagalan sistem kehakiman Malaysia memulihkan reputasi antarabangsanya dan perjuangan untuk kebebasan, intergriti dan kualiti badan kehakiman selepas serangan terhadapnya oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada 1988 diikuti dengan serangan demi serangan terhadap badan itu. Abdul Rahman pula tidak kisah dengan standard pendidikan Malaysia, baik sekolah rendah, menengah atau universiti berbanding negara lain sejak empat dekad lalu akan tetapi sibuk menjadi jaguh perkauman baru merosakkan dasar 1Malaysia Najib.

Tetapi soalan paling tepat ialah mengapa polis dan Peguam Negara masih belum menahan dan mendakwa Mohd Noor dan Abdul Rahman kerana telah melakukan kesalahan berat menghasut bagi merosakkanh keharmonian antara kaum di Malaysia!

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah