Amat mengejutkan apabila saya bangun pagi ini dan diberitahu saya menjadi sasaran serangan di Facebook kerana mengkhianati rakyat, DAP dan PR kerana mahu membentuk kerajaan gabungan bersama BN

Saya kembali ke Petaling Jaya lebih kurang pukul 3 pagi selepas fenomena “lautan hitam” yang terhasil daripada kepadatan dan gemuruh orang ramai di ceramah penghargaan kepada pengundi DAP Ipoh di Dewan Chin Woo dan hadirin yang sama hebat, baik dari segi bilangan dan komitmen untuk Malaysia baru di luar Chin Woo malam semalam.

Akan tetapi saya bangun daripada tidur yang cuma beberapa jam dengan kejutan paling hebat dalam hidup saya, saya diberitahu saya menjadi sasaran di media social, terutamanya Facebook, kerana mengkhianati rakyat, DAP dan Pakatan Rakyat atas sebab mahu membentuk satu kerajaan gabungan dengan Barisan Nasional.

Oleh kerana berterusan kurang tidur, baik sepanjang 15 hari kempen PRU13 dan juga empat hari yang sibuk selepas Hari Mengundi pada Ahad, saya mengambil masa untuk benar-benar memahami apa yang sedang terjadi – memandangkan saya tidak melakukan apa-apa sepanjang empat hari sejak keluarnya keputusan PRU13 yang menjustifikasikan bahawa saya telah mengkhianati rakyat, DAP dan PR kerana mahu membentuk kerajaan gabungan dengan Barisan Nasional.

Pagi ini, seorang penyokong setia DAP menjadi sasaran pertama serangan kerana tajuk akhbar memetik saya berkata kononnya saya bersetuju dengan cadangan membentuk kerajaan gabungan dengan BN – kerana mahu menggantikan MCA dalam BN! Sebagai mana penyokong setia DAP itu menjelaskan pengalamannya di Facebook:

早上到巴剎,

一片罵聲,而且句句對準行動黨,

林吉祥更是慘被”PKHKC”,

嚇到,發生什麼事?

後來轉到小報攤,

看到星洲斗大的標題”林吉祥:可與國陣組聯合政府”,

驚嚇度爆燈,給人家玩到醬大?

不是吧!?不是吧!!

隔壁小食攤也是炮聲隆隆,

行動黨在這批老人家的心目中極速貶值,

一個看來是老林的支持者,

顯然剛剛才被修理,氣勢很弱的在講”亂寫的啦!”

回到家,

家裡兩老一見我就拿著報紙開炮,

好不容易重建形象的行動黨,

再次在我家淪陷.

我的諸位行動黨朋友,

這次你們不趕快拆掂它,真的會很夠力很夠力,

不信的話,去外面轉一圈收下風啦.

Ini amatlah tidak benar, sama ada di sidang media di ibupejabat DAP tengahari semalam atau di ceramah DAP di Ipoh malam semalam, saya menolak sepenuhnya idea DAP menyertai Barisan Nasional untuk menggantikan MCA – seperti mana saya telah jelaskan bahawa DAP tidak mempunyai sebarang hasrat menggantikan MCA dalam Barusan Nasional kerana objektif kami semenjak penubuhan kami 47 tahun lalu ialah untuk memperjuangkan hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban dan bukan hanya untuk orang Cina.

Para pemimpin DAP telah berkorban sepanjang 47 tahun lalu, diheret ke mahkamah, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, dipenjarakan bukan hanya untuk orang Cina tetapi untuk hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia – dan adalah tidak masuk akal untuk sesiapa tefikir sejarah memperjuangan hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahu dimusnahkan, dengan DAP berjuang hanya untuk menggantikan MCA d dalam BN!

Saya dapati maklumbalas di Facebook menyuarakan rasa terkejut bahawa terdapatnya salah tanggapan, memetik ucapan saya di ceramah Ipoh semalam, menolak sepenuhnya sebarang idea DAP menyertai BN untuk menggantikan MCA!

Terdapat cadangan kedua untuk Pakatan Rakyat membentuk kerajaan gabungan dengan Barisan Nasional – yang mana saya katakana jawapannya akan dating daripada majlis kempimpinan Pakatan Rakyat.

Akan tetapi pandangan peribadi saya ialahh hanya apabila Barisan Nasional bersedia untuk menyokong Kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan manifesto PRU13 PR, membasmi rasuah, salahguna kuasa, segala bentuk ketikdakadilan dan eksploitasi, barulah berasas untuk mempertimbangkan cadangan kerajaan gabungan BN-PR.

Dan sewaktu perhimpunan di Ipoh, saya secara khusunya bertanya kepada hadirin apakah mereka menyetujui pendekatan saya, dan disambut dengan gempita laingan “Ya”.

Saya mempunyai rakaman video ucapan saya di Ipoh. Ia telah pun dimuatnaik di blog dan Facebook saya.

Bagaimana boleh tersebarnya salah tanggapan di media sosial bahawa saya menyokong DAP menyertai kerajaan gabungan BN untuk menggantikan MCA?

Rupa-rupanya, kesalahan adalah pada tajuk akhbar di dalam akhbar Cina, mencampur aduk dua isu berbeza: pertama, sama ada DAP akan menyertai BN untuk menggantikan MCA; dan kedua, cadangan kerajaan gabungan BN-PR.

Tajuk muka depan Sin Chew contohnya memberikan gambaran kepada pembaca yang membaca tajuk utama tetapi tidak membaca tajuk sekunder atau laporan berita bahawa saya menyokong idea DAP menyertai BN menggantikan MCA.

Tajuk utama Sin Chew menyebut: “Lim Kit Siang: Boleh adakan kerajaan gabungan dengan BN”.

Tajuk sekunder pula menyebut: “Syaratnya: Terima manifesto pilihan raya PR”.

Ini sepatutnya menjadi pengajaran berharga buat Sin Chew dan semua pengarang tajuk utama bahawa mereka perlu berhati-hati bagi memastikan tajuk utama tidak memberikan kesimpulan salah dan salah tanggapan kerana mereka tidak boleh membuat sangkaan yang pembaca akan membaca kandungan malahan tajuk sekunder.

Dalam contoh ini, untuk mengelakkan salah faham, kedua-dua tajuk sepatutnya menjadi tajuk utama dan bukannya dipisahkan tajuk utama (warna merah) dan tajuk sekunder (warna hitam)

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah