Mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan ¡®Sistem Dua Kaum¡¯ Chua Soi Lek dan ¡®Tsunami Kaum Cina¡¯ Najib

Sementara Pakatan masih belum mencapai matlamatnya untuk memenangi majoriti kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan seterusnya di Putrajaya, tidak dapat dinafikan bahawa kita telah melakukan suatu perkara besar di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Ia merupakan ¡°Tsunami rakyat Malaysia¡± dan bukannya ¡°Tsunami kaum Cina¡± yang telah berjaya menambah kerusi parlimen Pakatan daripada 82 buah kerusi pada 2008 kepada 89 buah kerusi pada 2013 dan menambah bilangan kerusi negeri Pakatan daripada 197 pada 2008 kepada 230 pada 2013. Hakikat bahawa Pakatan berjaya menambah kerusi parlimen dan negeri wajar dipuji memandangkan berjuta-juta Ringgit dibelanjakan Barisan Nasional (BN) untuk makan malam percuma, hadiah dan mencetak penipuan dan pembohongan di dada akhbar perdana bagi tujuan menyebarkan politik yang jijik dan tercela berdasarkan ketakutan.

Di senegap pelusuk negara, Pakatan memenangi kerusi di dalam kawasan yang sebelumnya dianggap sebagai kubu kuat BN dan menewaskan ramai orang kuat BN di kawasan majoriti Melayu.

Di P36 Kuala Terengganu (89% Malayu), PAS memenangi kerusi ini dengan majoriti meningkat iaitu sebanyak 10785 undi berbanding majoriti 2631 sewaktu pilihan raya kecil 2009. Di P9 Alor Setar (61% Melayu), PKR memenangi kerusi ini dengan majoriti1873 dan menewaskan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung. Di P74 Lumut (51% Melayu) termasuklah 10,000 pengundi tentera laut, PKR memenangi kerusi ini dengan majoriti besar 8168 selepas hampir tewas kerusi ini dengan hanya 298 undi pada 2008 dan menewaskan Menteri Pengakutan, Kong Cho Ha.

Di P113 Sepang (57% Melayu), PAS memenangi kerusi ini dengan majoriti 1104 selepas tewas kerusi ini dengan 4849 undi pada 2008 dan menewaskan koordinator BN Selangor Mohd Zin bin Mohammed.

Di P174 Penampang (66% Sabah Bumiputera), PKR memenangi kerusi ini dengan majoriti besar 10216 undi selepas tewas kerusi ini dengan 3063 undi pada 2008 dan menewaskan bekas Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi.

Di Johor, kubu kuat BN dipecahkan apabila Pakatan memenangi 5 kerusi Parlimen dan 18 kerusi negeri. Pakatan tidak mungkin dapat memenangi kerusi ini dengan hanya sokongan orang Cina.

Contohnya PAS memenangi 54% kerusi negeri Melayu N21 Parit Yaani dengan majoriti 1188 selepas tewas kerusi ini dengan 3857 undi pada 2008. PAS juga memenangi 40% kerusi negeri Melayu N41 Puteri Wangsa dengan majoriti 3469 selepas tewas kerusi ini dengan 5721 undi pada 2008.

Di dalam kerusi negeri saya P162 Gelang Patah sendiri, kemenangan saya dengan majoriti 14762 tidak mungkin dapat tercapai tanpa sokongan besar daripada pengundi Melayu. Di pusat pengundian bawah kerusi negeri Nusajaya, misalnya, yang merupakan 47% kerusi negeri Melayu, saya memenangi hampir 48% undi popular, peningkatan 6% dari tahun pilihan raya umum 2008.

Najib dan Chua juga mudah lupa bahawa di dalam negeri Sabah, Pakatan menang 12 kerusi negeri, meningkat daripada cuma 1 pada 2008. Dan 5 kerusi ini adalah kerusi Bumiputera Sabah/campuran: N4 Matunggong, N7 Kadamaian, N9 Tamparuli, N13 Inanam dan N20 Moyog.

Pakatan Rakyat telah berkempen berdasarkan Politik Harapan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 berbeza dengan taktik kotor yang dugunakan BN untuk meneruskan Politik Ketakutan. Saya yakin bahawa analisis lanjut akan menunjukkan bahawa terdapatnya anjakan yang jelas dalam sokongan terhadap Pakatan Rakyat di seluruh negara oleh pengundi dari semua kaum. Dan saya yakin bahawa Barisan Nasional berada di pengujung hayatnya sebagai kerajaan persekutuan.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah