Menyeru supaya rakyat Malaysia bersatu padu merealisasikan Impian Malaysia membina negara yang lebih bersatupadu, demokratik, bebas, adil, berdaya saing dan makmur

Semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras merasa sedih dengan laungan berbaur perkauman dan agama sepanjang tempoh kempen pilihanraya umum ke-13, dan hakikat bahawa sentimen perkauman menjadi lebih buruk lagi setelah keputusan pilihanraya umum ke-13 telah diumumkan.

Malah, keputusan saya untuk bertanding di Gelang Patah telah dijadikan satu isu perkauman sehinggakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir telah menerajui serangan dengan menyebarkan dusta-dusta perkauman, mendakwa bahawa saya bertanding di Gelang patah kerana saya ingin, antara lain: menghasut kaum Cina di Gelang Patah dan Johor ¡°menolak bekerja sama serta berkongsi hidup dengan kaum Melayu supaya orang Cina di Johor ¡°benci kaum Melayu¡± dan mencetus ¡°konflik dan pemusuhan antara kaum¡± mencipta ¡°konfrontasi perkauman yang tidak sihat¡± di antara kaum Melayu dan kaum Cina di Johor, yang menghalang dan tidak membantu pembangunan sihat Malaysia¡±.

Baru-baru ini di dalam blog beliau ¡°Racial Polarisation¡±, Mahathir meneruskan kenyataannya yang menghasut, melaga-lagakan perhubungan antara kaum, berlandaskan hasutan dan dusta.

Antara dusta yang disebarkan Mahathir dalam blognya termasuklah bahawa: DAP mencetuskan kebencian terhadap kaum Melayu; ceramah-ceramah Black 505 diseluruh negara yang bertujuan membantah penipuan dan salah laku dalam pilihanraya umum ke-13 adalah sebenarnya manifestasi ¡°perkauman Cina¡±, sungguhpun kehadiran dalam ceramah-ceramah black 505 ini sebenarnya terdiri daripada majoriti kaum Melayu. dusta keji bahawa DAP menolak konsep ¡°berkongsi¡± antara kaum Melayu/Cina/India dan mendakwa bahawa ¡°DAP mahu lihat kaum Cina yang telah mendominasi bidang ekonomi untuk terus mendominasi politik Malaysia. Ini jelas adalah berunsur perkauman dan menolak konsep perkongsian kuasa serta kekayaan di antara kaum yang dibela oleh BN.¡±

Saya ingin merakamkan rasa marah saya bahawa seorang bekas Perdana Menteri yang bterkuasa selama 22 tahun boleh menunduk ke tahap yang begitu rendah dan tidak bertanggungjawab sehingga menyebarkan dusta dan fitnah yang begitu keji, sehingga menuduh saya sebagai membenci orang Melayu.

Semasa dan selepas pilihanraya umum ke-13, saya telah digambarkan sebagao anti-Melayu, anti-Islam malah bertanggungjawab mencetuskan peristiwa mei 13 di Kuala Lumpur dari 11hb ¨C 13hb Mei 1069, sedangkan saya tidak ada di Kuala Lumpur dalam tempoh itu kerana saya berada di Melaka pada 12hb mei dan Kota Kinabalu pada 13hb Mei 1969.

Selain daripada satu terma iaitu dari 1999-2004 saya tidak ada di Parlimen, saya telah menjadi Ahli Parlimen selama 39 tahun. Saya mencabar Mahathir atau siapa-siapa pun supaya memetik satu ucapan yang telah saya buat di Parlimen selama 4 dekad ini yang anti-Melayu atau anti-Islam.

Sebenarnya, saya mengalu-alukan penubuhan suruhanjaya siasatan bebas untuk mengenalpasti mereka yang telah mengeluarkan ucapan/kenyataan dan tulisan menghasut, berbaur perkauman dan membakar perasaan orang ramai sebelum, semasa dan selepas pilihanraya umum ke-13 yang menyebabkan polarisasi perkauman serius di negara sekarang.

Saya ingin membuat satu kenyataan peribadi di sini:

Baru-baru ini, saya terbaca kembali satu puisi yang saya tulis 56 tahun yang lepas untuk magazin kelas saya di Batu pahat High School dalam tahun 1957, semasa saya masih berumur 16 dan menuntut di tingkatan 3, iaitu:

One for all and all for one
We care not what colour, creed or religion you belong
For aren¡¯t each of us Malaya¡¯s son
Then why let silly racial quarrels prolong?

Ini merupakan semboyan saya sepanjang kehidupan awam saya, dan saya merasa sungguh sedih dan terkejut dengan kelakuan Mahathir dan orang-orang lain yang sanggup mendakwa saya sebagai membenci orang Melayu.

Sesiapa pun di Malaysia yang membenci Melayu, atau membenci mana-mana kumpulan kaum atau agama, samada Cina, India, Kadazan atau Iban, orang ini tidak boleh digelar rakyat Malaysia yang sebenarnya dan patriotik.

Sepanjang 47 tahun saya di dalam politik, saya hanya melihat diri saya sebagai rakyat Malaysia terdahulu. Saya tidak pernah melibat diri saya hanya sebagai kaum Cina, tetapi sebagai rakyat Malaysia keturuna kaum Cina yang taat setia saya tidak pernah beralih daripada negara Malaysia, saya mempunya aspirasi yang sama dengan semua rakyat Malaysia yang lain tidak kira kaum, agama atau rantau mereka, dan kita semua mahu membina negara Malaysia yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.

Semalam sebelum hari membuang undi pada 4hb Mei 2013, saya telah menyeru para pemilih Malaysia supaya bersedia menyambut realisasi Impian Malaysia, yang menyatupadukan rakyat Malaysia tidak kira kaum. Agama atau rantau, berlandaskan wawasan dan haluan nasional yang sama, membina sebuah negara yang lebih bersatupadu, demokratik, bebas, adil, berdaya saing dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

Sebenarnya, demi merealisasikan Impian Malaysia ini, saya telah mengambil keputusan untuk bertanding di Gelang Patah ¨C bukannya untuk mencetus konfrantasi kaum atau menghasut orang Cina di Johor untuk membenci orang Melayu sebagaimana yang didakwa oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak bertanggungjawab.

Sememangnya, pertempuran Gelang Patah yang bertujuan mencetuskan tsunami politik dalam pilihanraya umum ke-13 dari hala selatan, dan seterusnya menamatkan cengkaman Barisan Nasional di Johor yang selama ini merupakan negeri ¡°fixed deposit¡±nya, telah membawa kejayaan kepada Pakatan Rakyat yang memenangi lima kerusi parlimen dan 18 kerusi dewan undangan negeri.

Tetapi untuk merealisasikan Impian Malaysia, ini merupakan objektif yang lain, dan saya telah menjelaskan secara terbuka di kenyataan saya pada 8hb April 2013 berikut:

¡°Saya memasang Impian Malaysia. Saya pasti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, daerah, atau zaman turut memasang impian yang sama.

¡°Impian Malaysia adalah keinginan untuk mewujudkan sebuah masyarakat majmuk yang anggota-anggotanya bersatu sebagai satu bangsa yang diikat oleh satu kewaganegaraan, melampaui perbezaan suku kaum, agama, budaya, dan bahasa.

¡°Dalam Impian Malaysia ini kita semua menumpahkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada negara, berkongsi satu tanahair, dan bersatu sebagai sebuah bangsa untuk membangunkan sebuah negara yang hebat bermodalkan kekuatan yang digabung daripada unsur-unsur terbaik daripada pelbagai kaum, agama, dan budaya yang telah lama bertapak di Malaysia, agar Malaysia akan menjadi negara terulung di dunia dalam semua bidang kegiatan manusia.

¡°Impian Malaysia bukan baru muncul pada hari ini. Ia telah lama wujud, sejak sebelum Malaya dan Malaysia diasaskan.

¡°Biar Pertempuran Gelang Patah menjadi petanda awal penjelmaan Impian Malaysia, di mana rakyat Malaysia berbilang kaum bersatu melampaui garis perkauman seperti yang menjadi wawasan pemimpin agung Melayu Johor dan presiden pengasas UMNO Datuk Onn Jaffar enam dekad yang lalu.

¡°Walaupun Datuk Onn adalah presiden pengasas UMNO, beliau telah merasa makin kurang senang dengan dasar-dasar perkauman dan kekelompokan UMNO hingga beliau terdorong, pada tahun 1951, untuk menyeru UMNO agar membuka pintu keahilan kepada semua rakyat Malaya dan mengubah nama parti daripada United Malays National Organisation kepada United Malayans National Organisation.

¡°Setelah saranannya tidak dipedulikan, Onn Jaffar telah meninggalkan UMNO pada 26 Ogos 1951 untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).

¡°Putera Datuk Onn, Tun Hussein Onn, juga seperti beliau, memasang Impian Malaysia. Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada cucu beliau Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan sekarang, juga memasang Impian Malaysia seperti ayah dan nenda beliau.

¡°Telah enam puluh dua tahun berlalu sejak Datuk Onn mengajak supaya keanggotaan UMNO dibuka kepada bukan-Melayu dan mengubah makna UMNO menjadi United Malayans National Oragnisation. Maka cukup wajar dan sesuai jika panji-panji Impian Malaysia yang menjadi milik warga-warga Malaysia yang berwawasan dan patriotik sejak zaman berzaman dijulang semula untuk disambut oleh semua rakyat Malaysia.¡±

Di sini, saya menyeru supaya rakyat Malaysia bersatu di bawah Impian Malaysia tanpa kira kaum, agama atau wilayah, bersatu padu menuju wawasan dan haluan nasional yang sama, membina negara yang lebih bersatupadu, demokratik, bebas, adil, berdaya saing dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

Sebagai kata akhir, ia adalah satu pembaziran masa untuk berucap tentang Perdamaian Nasional apabila tidak ada keikhlasan untuk menangani isu reformasi system pilihan raya, yang merupakan salah satu punca utama mengapa ramai orang menunjukkan rasa tidak puas hati sebelum, semasa dan selepas pilihan raya umum ke-13. Walaupun penubuhan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas untuk memantau Suruhanjaya Pilihan Raya adalah satu permulaan yang baik, akan tetapi tidak penyentuhan langsung mengenai pembaharuan substantif yang lain seperti susulan dan melaksanakan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pembaharuan Sisterm Pilihan Raya / Parliamentary Select Committee on Electoral Reform. Ini termasuk memisahkan Suruhanjaya Pilihan Raya kepada tiga bahagian ¨C satu bahagian bertanggungjawab mendaftar pengundi, satu bahagian yang bertanggungjawab bagi menjalankan pilihan raya dan satu lagi untuk persempadanan semula sempadan bahagian pilihan raya.

Jika Perdana Menteri benar-benar ikhlas mengenai ¡®Pendamaian Nasional¡¯ , saya mencadangkan bahawa langkah pertama ialah untuk mengesyorkan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk menggantikan semua Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, bermula dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, kerana mereka tidak lagi menerima keyakinan orang ramai sepertimana yang disebut dalam Artikel 114 (2) Perlembagaan Persekutuan. Selepas ini, barulah Proses ¡®Pendamaian Nasional¡¯ boleh benar-benar bermula ¨C pada mukasurat yang baru.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah