Rencana Rekonsiliasasi Nasional memerlukan Realisasi, bukan Tindakan Balas dan Reformasi

Sejurus selepas keputusan pilihanraya umum ke-13 diumumkan, Perdana Menteri Najib membuat perjanjian untuk mengadakan rencana &Pendamaian Nasional* / National Reconciliation. Walaupun niat pengumuman itu mungkin baik, akan tetatpi tindakan dan kata-kata Perdana Menteri Perdana Menteri Najib dan beberapa menteri kabinet dan ahli-ahli Barisan Nasional itu beliau menunjukkan bahawa mereka tidak ada keinginan ataupun keikhlasan untuk menunaikan rencana ini.

Pandangan yang sesat dan salah ini bahawa berpunca daripada pandangan bahawa ia adalah &Tsunami Cina* yang menyebabkan BN kalah 7 lagi kerusi parlimen berbanding dengan PRU ke-12 dan gagal untuk memenangi kembali kerajaan Selangor dan Pulau Pinang manakala pada hakikatnya ia adalah &Tsunami Malaysia* yang menyaksikan perwakilan pembangkang diperkukuhkan lagi di peringkat persekutuan dan negeri. Tanpa kesedaran ini, tanpa komitmen untuk tidak membalas dendam dan sebaliknya untuk melaksanakan reformasi yang luas, rancangan &Pendamaian Nasional* Perdana Menteri Najib telah gagal sebelum ia bermula.

Ia bukan satu &Tsunami Cina* yang membolehkan Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerajaan negeri Kelantan. Ia bukan satu &Tsunami Cina* yang hampir menyaksikan Pakatan Rakyat memenangi kerjaan negeri Terengganu, sebuah negeri dimana 96% daripada pengundi adalah pengundi Melayu. Ia bukan satu &Tsunami Cina* yang membolehkan Pakatan Rakyat menambah kerusi Kuala Terengganu (88% Melayu), Kuala Nerus (98% Melayu), Dungun (96% Melayu), Temerloh (64% Melayu), Alor Setar (61% Melayu), Sepang (57% Melayu) dan Penampang (66% Sabah Bumiputera). Ia bukan satu &Tsunami Cina* yang membolehkan PAS untuk menambah kerusi DUN in Selangor daripada 8 ke 15 di mana semua kerusi DUN ini adalah kerusi majoriti pengundi Melayu.

Ia adalah &Tsunami Malaysia* yang menyaksikan kesemua parti Pakatan Rakyat menambah sokongan di Semenanjung Malaysia. Ia adalah &Tsunami Malaysia* yang menyaksikan Pakatan Rakyat memenangi 713,000 lebih undi daripada Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia. Ia adalah &Tsunami Malaysia* yang membolehkan Pakatan Rakyat memenangi 51% daripada jumlah undi yang bermaksud bahawa kerajaan Barisan Nasional yang berada sekarang adalah kerajaan yang disokong oleh minoriti. Ia adalah &Tsunami Malaysia* yang menyaksikan kadar sokongan Barisan Nasional jatuh sebanyak 5% in negeri Perlis di mana 85% adalah pengundi Melayu. It adalah &Tsunami Malaysia* yang menyaksikan kadar sokongan Barisan Nasional jatuh sebanyak 4.3% in negeri Pahang di mana 70% adalah pengundi Melayu. It adalah &Tsunami Malaysia* yang menyaksikan kadar sokongan Barisan Nasional jatuh sebanyak 7% in negeri Sabah di mana 80% adalah pengundi Sabah Bumiputera. It adalah &Tsunami Malaysia* yang menyaksikan kadar sokongan Barisan Nasional jatuh sebanyak 10% in negeri Johor di mana 53% adalah pengundi Melayu, 39% adalah pengundi Cina dan 7% adalah pengundi India.

Pemimpin-pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Najib, tidak mahu rakyat Malaysia malah penyokong-penyokong mereka sendiri untuk tahu bahawa terdapat banyak kerusi majoriti Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak di mana sokongan untuk BN itu telah jatuh dengan begitu ketara tetapi tidak mencukupi untuk BN kalah di kerusi-kerusi ini. Misalnya, di Kangar (81% Malay), sokongan UMNO jatuh 16%. Di Sungai Besar (66% Melayu) sokongan UMNO jatuh 10%. Di Saratok (49% Dayak 44% Melayu / Melanau) in Sarawak, sokongan BN jatuh 24%. Di Baram (70% Dayak), sokongan BN jatuh 17.4%. Di Sabah, BN memenangi 4 kerusi majoriti Sabah Bumiputera di Kota Marudu, Keningau, Tenom and Pensiangan dengan kurang daripada 50% undi popular.

Kenyataan Perdana Menteri Najib bahawa keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 adalah akibat daripada &Tsunami Cina* memang tidak bertanggungjawab. Kenyataan Najib itu, secara langsung dan tidak langsung, menghantar isyarat kepada orang ramai bahawa masyarakat Cina boleh dihuraikan sebagai &tidak setia* kepada BN dan justeru itu, tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap komuniti ini. Tidak lain daripada timbalan Najib sendiri, Tan Sri Muyhiddin Yassin dipetik sebagai berkata bahawa &Mesej yang jelas adalah bahawa majoriti orang Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, masyarakat Siam serta orang-orang di Sabah dan Sarawak masih menyokong BN. Kami akan terus memberikan mereka bantuan yang lebih besar, itulah yang kita akan lakukan.* Dengan tidak masukkan masyarakat Cina dalam kumpulan ini dan dengan tidak mengakui hakikat bahawa ramai orang Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli dan Siam juga tidak menyokong BN, kenyataan Timbalan Perdana Menteri berkesan mengkhususkan masyarakat Cina untuk &dibantu kurang*!

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah, dalam forum pasca-pilihan raya yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni UiTM Malaysia dan Gabungan Melayu Semenanjung, memberi amaran kepada orang-orang Cina untuk sedia menerima tindak balas daripada orang Melayu oleh kerana dakwaan &pengkhianatan* mereka terhadap BN. Pada forum yang sama, Tan Sri Abdul Rahmad Arshad, Pro-Canselor UiTM, menyeru supaya sekolah-sekolah vernacular dimansuhkan kerana dia menyalahkan sekolah-sekolah ini kerana menyebabkan polarisasi kaum yang mengakibatkan BN kehilangan undi popular dalam pilihan raya umum ke-13. Baru-baru ini, Ketua Menteri yang baru dari Melaka, Idris Haron, telah memutuskan untuk menutup pasar malam Jonker Street kerana pengundi di sana tidak menyokong MCA dan secara lanjutan BN. Tambah lagi, siapa yang boleh lupa tajuk provokatif oleh Utusan 每 Apa Lagi Cina Mau? Najib membuka pintu dengan kata-kata yang tidak bertanggungjawab iaitu kenyataan tentang &Tsunami Cina*. Pemimpin-pemimpian BN yang lain hanya mengikuti jejak beliau. Ini merupakan satu lagi contoh yang jelas bahawa panggilan Perdana Menteri Najib untuk &pendamaian nasional* adalah satu janji kosong yang tidak akan ditepati.

Kerajaan BN terus mensasarkan bukan sahaja pengundi Cina tetapi juga mengambil tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis NGO dan mengancam untuk mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia yang tidak menyokong Barisan Nasional. Kebanyakan penganjur # Black505 perhimpunan awam telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman, satu Akta yang sepatutnya melindungi hak untuk menganjurkan perhimpunan aman tetapi sebaliknya digunakan untuk menyekat hak ini. Ada juga yang telah didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mereka menekankan keperluan perhimpunan awam untuk membantah ketidakadilan Pilihan Raya Umum ke-13. Mereka yang telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Akta Hasutan termasuk beberapa ahli-ahli parlimen termasuk Ahli Parlimen Ipoh Timur dan Ahli Parlimen Batu. Husam Musa telah pun ditahan semasa dalam perjalanan beliau untuk menghadiri perhimpunan 622 baru-baru ini di Padang Merbok.

Malah bekas pemimpin UMNO seperti Tamrin Ghafar pun tidak dikecualikan dan telah didakwa di bawah Akta Hasutan. Kerajaan BN juga telah mensasarkan anggota NGO termasuk pemimpin pelajar seperti Safwan Anang dan Adam Adli serta pemimpin Asalkan Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, dengan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan. Terdapat pun kenyataan oleh Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad yang memberi amaran bahawa pasport warganegara Malaysia di luar negara boleh dibatalkan jika mana-mana daripada mereka teruskan aktiviti membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di negara-negara asing. Jika ada apa-apa yang ikhlas atau substantif mengenai slogan 1Malaysia Najib, ia adalah bahawa kerajaan BN memang konsisten dalam tindakan mensasarkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang selagi mereka menyuarakan sokongan mereka terhadap perhimpunan awam untuk membantah ketidakadilan Pilihan Raya Umum ke-13.

Ironisnya, ia seolah-olah macam strategi Perdana Menteri Najib untuk mencapai Perdamaian Negara adalah untuk menyatukan pendapat awam terhadap kerajaan Barisan Nasional melalui penindasan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, ahli-ahli NGO bahkan rakyat Malaysia yang menyerlahkan masalah-masalah yang berkaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-13. Ini bukan Pelan Pendamaian Negara tetapi sebaliknya, ini adalah Pelan Tindak Balas National. Dengan izin, &This is not a National Reconciliation Plan but is instead a National Retaliation Plan.*

Salah satu daripada tokoh BN utama yang bertanggungjawab untuk &memperkaumkan* kempen pilihan raya umum ke-13 dan selepas itu adalah bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir. Beliau menuduh saya mahu mengancam hubungan baik antara orang Melayu dan Cina di Johor apabila saya memutuskan untuk meninggalkan bekas kerusi saya Ipoh Timur untuk bertanding di Gelang Patah. Selepas Pilihan Raya Umum ke-13, dia menyalahkan DAP dan menuduh DAP memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan kaum Cina dari BN. Jika Dr Mahathir benar-benar mahu tahu siapa &cauvanis* sebenarnya, beliau harus melihat kepada parti dan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab meletakkan calon PERKASA Zulkifli Nordin di Shah Alam dan untuk membuka jalan bagi ketua PERKASA, Ibrahim Ali untuk bertanding sebagai calon &de facto* BN di Pasir Mas. Beliau harus melihat kepada mereka yang bertanggungjawab menghantar bekas Menteri Besar Johor, Abdul Hani Othman, untuk menggantikan calon MCA di Gelang Patah. Inilah cauvanis yang sebenarnya, &racists* yang sebenarnya.

Sebagai perbandingan, semua pihak Pakatan Rakyat berjaya membuka lembaran baru dalam pilihan raya umum ke-13. DAP membuka lembaran baru dalam pilihan raya 2013 dengan kejayaan 2 Ahli Parlimen Melayu (Zairil Khair Johari di Bukit Bendera, Pulau Pinang dan Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz di Raub, Pahang), 1 Melayu ADUN (Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji di Mentakab di Pahang) dan 1 ADUN Kadazan (Dr Edwin Bosi di Kepayan di Sabah).

DAP juga Berjaya membuka lembaran baru pada tahun 2013 dengan mencalonkan seorang Sabah Bumiputera dan 7 orang Sarawak Bumiputera sebagai calon parlimen. Malah, DAP meletakkan lebih calon Bumiputera Sarawak 每 iaitu enam 每 berbanding dengan calon-calon Cina 每 iaitu lima 每 di Sarawak.

Dr Mahathir juga menuduh DAP meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Cina sahaja. Sekali lagi, Dr Mahathir telah gagal untuk melakukan kerja rumah ataupun &homework*. DAP meletakkan 8 calon Cina di kerusi parlimen majority bukan Cina termasuk P135 Alor Gajah yang merupakan 58% Melayu. DAP memenangi 7 daripada kerusi parlimen bercampur termasuk P128 Seremban yang merupakan kerusi 44% Melayu, 41% Cina dan 14% India.

DAP juga meletakkan 12 calon Cina di kerusi DUN majoriti bukan Cina termasuk N1 Titi Tinggi di Perlis yang merupakan kerusi 76% Melayu dan N14 Kelebang di Melaka yang merupakan kerusi 60% Melayu. DAP memenangi 10 daripada 12 kerusi negeri termasuk N11 Derga di Kedah yang merupakan kerusi 56% Melayu dan N21 Duyong yang merupakan kerusi 50% Melayu.

DAP Berjaya memenangi 9 parlimen dan 17 kerusi DUN yang merupakan majoriti bukan Cina (dimana pengundi Cina kurang daripada 50%) termasuk P80 Raub yang merupakan kerusi parlimen Melayu 50% dan juga N30 Mentakab, yang merupakan kerusi DUN Melayu 50%. Kedua-dua kerusi yang dipertandingkan dan dimenangi oleh calon Melayu DAP.

Pada masa yang sama, PAS juga meletakkan calon Cina yang bukan beragama Islam 每 iaitu Hu Pang Chow, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS 每 di kerusi parlimen Ayer Hitam di Johor. PAS juga meletakkan calon India bukan Islam 每 iaitu Kumutha A / P Rahman 每 di kerusi DUN Tiram, juga di Johor.

PKR juga berjaya membuka lembaran baru di Sabah dengan pemilihan 1 ahli parlimen Kadazan 每 iaitu Darell Leiking di Penampang 每 serta 3 ADUN Kadazan dan 2 ADUN Muslim Sabah. Di peringkat Parlimen, PKR mempunyai 16 Ahli Parlimen Melayu, 9 Ahli Parlimen Cina, 4 Ahli Parlimen India dan 1 Ahli Parlimen Kadazan.

Dari perspektif membina jambatan antara kaum di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia, pihak Pakatan Rakyat telah melakukan ini sejak sebelum pilihan raya. Usaha-usaha ini dapat dilihat dalam komposisi etnik calon-calon kami dan secara lanjutan di kalangan wakil-wakil rakyat kami juga. Kami jauh lebih maju dan progressif dalam isu ini, tidak seperti BN, yang memulakan proses perdamaian nasional ini hanya selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah