Najib perlu bertegas dengan rasis seperti Mahathir dan Utusan Malaysia yang sedang cuba menggugat usaha mengukuhkan keamanan dan kesederhanaan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menggesa kerajaan agar tidak lagi berlunak dengan pembangkang ˇ°yang terus menghina sistem demokrasi negara iniˇ± sambil mengisytiharkan bahawa ˇ°Kita perlu bersikap lebih tegas dan tidak memberi muka kepada mereka.ˇ±

Sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin mula menunjukkan sikap tegas dan berhenti memberi muka, beliau sepatutnya berbuat demikian terhadap rasis seperti Mahathir dan Utusan Malaysia yang sedang cuba menggugat usaha mengukuhkan keamanan dan kesederhanaan dengan kenyataan-kenyataan rasis dan pembohongan mereka.

New Straits Times hari ini memaparkan judul berikut di sebuah halaman: ˇ°Najib tells tour bikers to relay moderation messageˇ± (Najib meminta peserta jelajah bermotosikal menyampaikan mesej kederhanaan), di mana Perdana Menteri menyatakan harapan agar pasukan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menyertai ˇ°1Malaysia World Endurance Ride 2013ˇ± dapat menyebarkan mesej keamanan dan kesederhanaan kepada dunia bagi pihak Malaysia.

Persoalan yang timbul daripada kenyataan itu ialah, mengapa sepanjang 40 hari selepas keputusan pilihan raya umum 5 Mei diketahui Najib telah membiarkan rasis seperti Mahathir dan Utusan Malaysia meningkatkan kenyataan rasis dan pembohongan mereka dengan tujuan menimbulkan kecurigaan, kebencian, dan ketegangan antara kaum, sedangkan ini sepenuhnya bertentangan dengan dasar 1Malaysia yang dicetuskan oleh Najib dan menjejaskan usaha pembinaan bangsa yang telah dilakukan sejak lebih lima puluh tahun yang lampau?

Saya amat terkejut melihat Mahathir yang walaupun pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan kerjaya politiknya pernah diselamatkan oleh para pengundi Cina pada pilihan raya umum tahun 1999 bersikap begitu sembarangan dan tidak bertanggungjawab sewaktu dan selepas pilihan raya umum ke-13 dengan secara terbuka menimbulkan kecurigaan, kebencian, dan ketegangan kaum berasaskan pembohongan semata-mata.

Menjelang PRU13, Mahathir telah memuntahkan kenyataan rasis dan pembohongan bahawa saya bertanding di Gelang Patah kerana saya hendak

  • kaum Cina di Gelang Patah dan Johor ˇ°menolak kerjasama dan perkongsian dengan Melayuˇ±;
  • kaum Cina di Johor ˇ°membenci Melayuˇ± untuk menimbulkan ˇ°ketegangan dan perseteruan antara kaumˇ±;
  • membentuk ˇ°konfrontasi kaum yang tidak sihatˇ± antara kaum Melayu dan Cina di Johor yang ˇ°menjejaskan pembangunan Malaysiaˇ±.

Dalam leterannya yang melampau dan rasis, bekas Perdana Menteri itu menulis dalam blog beliau tentang ˇ°Gelang Patahˇ±:

ˇ°Konfrontasi kaum yang tidak sihat akan menggantikan kerjasama Cina-Melayu yang telah menjadikan Malaysia stabil dan makmur. Kerjasama ini akan berakhir jika Kit Siang memenangi Gelang Patah. Walaupun pertembungan yang keras tidak akan berlaku seperti di negara lain yang rakyatnya terpecah mengikut kaum atau agama, namun konfrontasi di antara tiga kaum utama di Malaysia akan menjejaskan pembangunan Malaysia.ˇ±

Apakah Mahathir menyesal menulis sampah rasis sedemikian menjelang PRU13?

Saya meraih majoriti lebih 14,000 undi di Gelang Patah. Perkara ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan para pengundi Melayu di kawasan saya. Manakala kejayaan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13 pula bukanlah petanda konfrontasi antara Melayu dan Cina, tetapi sebaliknya ia merupakan petanda baik bagi masa depan Malaysia di mana rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, atau daerah, telah bersatu menentang politik perkauman, korupsi, dan penyalahgunaan kuasa oleh Umno/BN bagi mendukung politik baru Impian Malaysia yang melampaui politik perkauman serta untuk mengakhiri pemerintahan yang korup dan dikuasai kroni, ke arah negara yang bersih, selamat, hijau dan mempunyai tadbir urus yang baik.

Tetapi Mahathir dan Utusan Malaysia tidak berpuas hati apabila rakyat menolak pembohongan dan kenyataan perkauman mereka, lalu mereka kembali dengan lebih giat menjalankan taktik menyerang kaum Cina dan mengapi-apikan semangat perkauman selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Dalam tulisan baru di blog beliau, berjudul ˇ°Racial Polarisationˇ±, Mahathir menerbitkan semula lebih banyak kenyataan perkauman dan pembohongan. Malah beliau turut mencipta pembohongan baru, antaranya menuduh DAP dan saya sendiri ˇ°menyimpan kebencian terhadap Melayu.ˇ±

Ini boleh diangkat sebagai ˇ°Ibu bagi Segala Pembohongan Mahathirˇ±. Pembohongan sebegini tidak pernah beliau lakukan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dari tahun 1981 hingga 2003.

Mengapa Mahathir mencipta ˇ°Ibu bagi Segala Pembohongan Mahathirˇ± selepas PRU13?

Sejak awal penubuhan DAP lagi, 47 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1966, parti ini telah diasaskan sebagai sebuah parti politik untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau daerah.

Malah, DAP adalah parti politik Pan-Malaysia yang pertama, iaitu parti politik pertama beroperasi di semua negeri di Malaysia, iaitu di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak, dengan anggotanya terdiri daripada pelbagai keturunan, iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban.

Sejak pilihan raya pertama disertai DAP pada tahun 1969, parti ini telah meletakkan calon berbilang kaum. Malah dua calon Melayu DAP telah memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya tahun itu.

Tuduhan bahawa saya, DAP, atau mana-mana pemimpin DAP yang lain ˇ°menyimpan kebencian terhadap Melayuˇ±, atau ˇ°menyimpan kebencian terhadap Cinaˇ±, ˇ°menyimpan kebencian terhadap Indiaˇ±, ˇ°menyimpan kebencian terhadap Kadazanˇ±, atau ˇ°menyimpan kebencian terhadap Dayakˇ±, adalah pembohongan paling berbahaya dan keji, khususnya apabila ia datang daripada seseorang yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Ini mencerminkan Mahathir semakin terdesak apabila berdepan dengan kenyataan bahawa ucapan perkaumannya tidak lagi laku.

Kalau Mahathir benar-benar berpengaruh, saya mungkin telah tewas di Gelang Patah dan beliau tentu telah berjaya mencemarkan saya sebagai ˇ°Anti-Melayu No. 1ˇ± dalam negara.

Pada mulanya saya amat khuatir memikirkan kesan buruk yang mungkin timbul daripada pembohongan-pembohongan yang dituturkan Mahathir terhadap Melayu di Gelang Patah dan Malaysia secara umum.

Tetapi saya kemudiannya merasa gembira dan harapan saya tentang masa depan Malaysia semakin meningkat kerana saya dapati pembohongan Mahathir tidak mendapat sambutan hatta di kalangan Melayu ¨C ke mana saja saya pergi selepas PRU13, kaum Melayu tanpa mengira latar belakang dan usia telah tampil untuk menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan saya di Gelang Patah.

Jelas, kaum Melayu bukan sekadar meninggalkan Umno, malah yang lebih jauh mereka tinggalkan ialah Mahathir ¨C menunjukkan bahawa pengaruh politik bekas Perdana Menteri itu semakin merosot.

Saya bersetuju dengan Mahathir bahawa telah tiba masa untuk Najib dan kerajaan berhenti memberi muka kepada rasis seperti Mahathir dan Utusan Malaysia yang cuba memusnahkan usaha mengukuhkan keamanan dan kesederhanaan dengan kenyataan perkauman dan pembohongan yang mereka keluarkan tanpa henti.

Namun, apakah Najib mampu mengotakan 1Malaysia dan khutbah-khutbahnya tentang ˇ°Gerakan Moderat Globalˇ± untuk dilaksanakan bermula dalam Malaysia?

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah