Zahid perlu bercuti daripada tugasnya sebagai Menteri Dalam Negeri sehingga dua kes yang memalukan kerajaan BN selesai

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada tugasnya sebagai Menteri Dalam Negeri sehingga dua kes yang memalukan kerajaan BN selesai.

Pertama, kes di mana Zahid dituduh menyebabkan kecederaan ke atas Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006.

Saya bersetuju dengan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyebut dalam surat terbuka beliau bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Zahid untuk menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan bahawa tuduhan Amir adalah kukuh dan ini membangkitkan persoalan mengapa polis gagal mengambil sebarang tindakan terhadap Zahid atas kesalahan mencederakan Amir.

Mat Zain menyebut dalam surat terbuka beliau:

ˇ°PDRM tidak akan mampu meyakinkan orang ramai bahawa ia bersikap adil dan berpegang pada undang-undang jika ia gagal mengheret Zahid ke mahkamah, terutama ketika bekas ketuanya sendiri (bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor) telah dituduh atas kesalahan yang sama.

ˇ°PDRM akan kehilangan asas moralnya memandangkan ia tidak mampu menjustifikasi kegagalannya untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar undang-undang, jika ia tidak mampu mengambil tindakan terhadap Menterinya sendiri yang telah dinilai sebagai seorang penjenayah oleh mahkamah.ˇ±

Kedua, dakwaan bahawa Zahid telah melanggar undang-undang pilihan raya dengan berbelanja 10 kali melebihi had RM200,000 yang dibenarkan sewaktu berkempen untuk kerusi parlimen beliau dalam pilihan raya umum ke-13, iaitu dengan berbelanja melebihi RM2 juta ringgit.

Dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman web beliau sendiri, Zahid mengakui telah mengupah 24,000 penyokong Barisan Nasional Bagan Datoh yang juga merupakan pengundi tempatan sebagai pekerja kempen sewaktu beliau bertanding untuk memenangi kerusi parlimen tersebut.

Dalam video terbabit, beliau juga telah mengaku memberikan mereka RM100 dan 5 kilogram beras setiap seorang.

Selain kesalahan politik wang dalam pilihan raya, juga mengejutkan ialah tindakan Zahid mengupah 24,000 ˇ°pekerja pilihan rayaˇ± sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di parlimen Bagan Datoh hanyalah sebanyak 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih oleh Zahid sendiri hanya sebanyak 17,176 undi ¨C bererti lebih daripada seorang ˇ°pekerja pilihan rayaˇ± diperlukan beliau untuk memenangi satu undi dan perkara ini boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah