Dr. Mahathir perlu melihat ke dalam cermin dan ke dalam parti Umno sendiri untuk mengenalpasti siapa sebenarnya ¡®rasis¡¯

Sepanjang kerjaya Dr. Mahathir yang berliku-liku sebagai ahli politik, beliau sentiasa mencari ¡®kambing hitam¡¯ untuk mengalihkan perhatian orang daripada kekurangan beliau sendiri, kekurangan Umno dan juga Barisan Nasional. Nampaknya beliau sekali lagi melakukan perkara yang sama dengan menyalahkan kaum Cina dan juga DAP berikutan melebarnya jurang perkauman di Malaysia dan menuduh kedua-duanya sebagai ¡®cauvinis¡¯.

Kita hanya boleh meneka-neka sama ada serangan bertubi-tubi Dr Mahathir terhadap kaum Cina dan DAP pasca-PRU13 adalah didorong oleh prejudis buta beliau sendiri atau kerana beliau merasa bimbang kalau-kalau pencapaian beliau yang sebenar selama ini akan didedahkan di muka umum jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya, atau kerana usianya yang semakin lanjut atau barangkali kerana semua perkara di atas.

Yang kita tahu secara pasti ialah tuduhan beliau tentang DAP sebagai sebuah parti cauvinis yang memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Cina daripada BN semuanya tidak lain adalah pembohongan yang amat jauh daripada kenyataan.

Dr. Mahathir mengatakan bahawa ¡°Ketika ia (DAP) mengadakan pemilihan untuk Jawatankuasa Pusat parti tidak lama dulu, semua anggota yang terpilih adalah Cina, kecuali Karpal Singh.¡± Kenyataan ini menunjukkan betapa beliau mengabaikan sama sekali fakta dalam usahanya untuk melabel DAP sebagai sebuah parti ¡®cauvinis¡¯.[1] Sedangkan, cukup jika Dr. Mahathir menggunakan ¡®google¡¯ untuk mengetahui bahawa M. Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Timur sekarang), Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong sekarang) dan Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera sekarang) semuanya terpilih ke dalam Jawatankuasa Pusat. Rekod yang ada juga jelas menunjukkan bahawa sejak penubuhan DAP pada tahun 1966, sentiasa ada pemimpin India atau Melayu yang terpilih untuk menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada setiap kali pemilihan parti.

Andai Dr. Mahathir meluangkan sedikit saja masa untuk menyemak senarai nama pemimpin DAP kini dalam laman web parti [2], beliau akan melihat ada Melayu, Cina, India, Iban, dan Kadazan yang menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP. Dr. Mahathir tidak harus menuding telunjuk kepada DAP, beliau sepatutnya bertanya kepada dirinya sendiri berapa banyak pemimpin bukan-Melayu yang telah dipilih atau dilantik sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno untuk menjawab pertanyaan siapa sebenarnya rasis.

Memandangkan Dr. Mahathir nampaknya tidak mahir menggunakan internet untuk menyemak fakta, atau barangkali beliau kekurangan sumber untuk menggaji seorang pembantu penyelidik yang baik, biar saya bentangkan rekod DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum yang telah menyertai 11 pilihan raya umum sejak tahun 1969.

DAP telah meletakkan calon bukan-Cina dalam setiap pilihan raya umum sejak tahun 1969 di peringkat parlimen dan juga negeri (lihat Jadual 1 di bawah). Malah, dalam beberapa pilihan raya umum, calon Melayu DAP di peringkat parlimen (1995) dan negeri (1974, 1978, 1982) mengatasi jumlah calon India.

Kecuali pada pilihan raya tahun 1999, DAP sentiasa mempunyai sekurang-kurangnya seorang Ahli Parlimen atau ADUN bukan-Cina. Sebelum PRU13, calon Melayu DAP berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum tahun 1969, 1974, 1982, 1986, dan 1990, di samping memenangi satu kerusi parlimen dalam pilihan raya umum tahun 1990.

Pada pilihan raya tahun 1969, Ibrahim bin Singgeh telah menewaskan calon Umno di N39 Tapah di Perak, manakala Haji Hassan bin Haji Ahmad telah menewaskan calon Umno di N14 Si Rusa, Negeri Sembilan.

Pada PRU tahun 1974, Daing Ibrahim bin Othman telah menewaskan calon MCA di N23 Pasir Puteh di Perak.

Pada PRU tahun 1982, Mohd Fadzlan bin Yahya telah mengalahkan calon MCA di N37 Pasir Bedamar di Perak. Beliau mengekalkan kerusinya pada PRU tahun 1986.

Pada PRU tahun 1990, Ahmad Nor menjadi Ahli Parlimen Melayu DAP yang pertama dengan menewaskan calon MCA di P47 Bayan Baru. Dalam pilihan raya umum yang sama, Fadzlan Yahya telah menewaskan calon MCA di N24 Lahat, Perak, manakala Mohd Asri menewaskan calon Gerakan di N19 Dermawan, juga di Perak.

Jadual 1: Bilangan calon bukan-Melayu yang diletakkan DAP sejak pilihan raya umum tahun 1969 hingga 2013

Parlimen DUN
Tahun India* Melayu Lain-lain** Jumlah India* Melayu Lain-lain** Jumlah
1969 3 1 4 6 9 15
1974 7 5 12 15 31 46
1978 9 9 18 14 21 35
1982 9 8 17 15 19 34
1986 8 3 11 15 12 27
1990 7 4 11 15 5 20
1995 6 8 14 16 13 29
1999 8 4 12 16 3 19
2004 5 3 8 6 2 8
2008 8 2 10 16 1 17
2013 8 3 7 18 16 1 1 18

*Termasuk Serani ** Bumiputera Sabah dan Sarawak

DAP mengorak langkah pada tahun 2013 dengan meletakkan 7 orang calon parlimen dari kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Malah, DAP telah meletakkan lebih banyak calon Bumiputera Sarawak (6) berbanding calon Cina (5) di Sarawak.

DAP juga telah mencatat pencapaian baru pada tahun 2013 dengan terpilihnya dua orang calon Melayu DAP sebagai Ahli Parlimen (Zairil Khir Johari di Bukit Bendera, Pulau Pinang, dan Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz di Raub, Pahang), seorang ADUN Melayu (Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji di Mentakab, Pahang) dan seorang ADUN Kadazan (Dr. Edwin Bosi di Kepayan, Sabah).

DAP juga kini lebih berkemampuan untuk mewakili suara kaum India kerana parti ini kini mempunyai lebih banyak Ahli Parlimen berketurunan India (6) dan ADUN (14) berbanding MIC (4 Ahli Parlimen dan 5 ADUN).

Dr. Mahathir juga telah menuduh DAP meletakkan calon Cina sahaja di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Cina. Sekali lagi beliau gagal menyemak fakta. DAP telah meletakkan 8 orang calon Cina di kerusi parlimen yang majoritinya bukan-Cina, termasuk P135 Alor Gajah yang 58% pengundinya adalah Melayu. Daripada semua kerusi campuran ini, DAP memenangi 7 kerusi, termasuk P128 Seremban yang pengundinya 44% Melayu, 41% Cina dan 14% India.

DAP juga telah meletakkan 12 calon Cina di kerusi DUN yang bukan majoriti Cina, termasuk N1 Titi Tinggi di Perlis yang 76% daripada pengundinya adalah Melayu dan N14 Kelebang, Melaka, yang 60% pengundinya adalah Melayu. DAP memenangi 10 daripada 12 kerusi DUN ini, termasuk N11 Derga di Kedah yang 56% pengundinya adalah Melayu dan N21 Duyong yang 50% pengundinya adalah Melayu.

Secara keseluruhan, DAP telah memenangi 9 kerusi parlimen dan 17 kerusi DUN di kawasan yang bukan majoriti Cina (pengundi Cina di bawah 50%), termasuk P80 Raub yang 50% pengundinya Melayu dan juga N30 Mentakab yang juga 50% pengundinya Melayu. Kedua-dua kerusi ini telah dimenangi oleh calon Melayu DAP.

Sebaliknya, daripada 73 kerusi parlimen yang dimenangi Umno di Semenanjung Malaysia, hanya 2 yang memiliki majoriti bukan-Melayu (Pasir Gudang dan Pulai di Johor) (Melayu kurang dari 50%). Daripada 210 kerusi DUN yang dimenangi oleh UMNO di Semenanjung Malaysia pula, hanya 3 kerusi yang majoriti pengundinya bukan-Melayu (N5 Tenang, N27 Layang Layang dan N49 Nusa Jaya) (Melayu kurang daripada 50%). Tiada satu pun kerusi yang majoriti pengundinya Cina dimenangi Umno). Jika Dr. Mahathir mahu menuduh calon Cina DAP bertanding hanya di kerusi majoriti Cina, barangkali elok jika beliau terlebih dahulu melihat kepada Umno dan bertanya mengapa Umno hanya bertanding di kerusi yang majoriti pengundinya Melayu. Malah, satu-satunya kawasan majoriti Cina yang ditandingi Umno ialah Gelang Patah, tempat saya bertanding, ketika parti itu ¡®mengorbankan¡¯ bekas Menteri Besar Johor Abdul Ghani Osman dengan menghantar beliau untuk bertanding di kawasan yang 52% pengundinya adalah Cina.

Kenyataan yang kononnya ¡°tidak terbantahkan¡± yang disebut oleh Dr. Mahathir, iaitu bahawa ¡°DAP telah berjaya memusnahkan kerjasama atau perkongsian di antara kaum-kaum yang berlainan seperti yang telah ditunjukkan menerusi pakatan Barisan Nasional¡± tidak lain adalah khayalan. Kenyataan yang sebenarnya tidak dapat dibantah ialah bahawa dalam BN tidak ada kerjasama sebenar, yang ada sebaliknya hanyalah dominasi Umno. Ini dapat dilihat pada PRU13 yang baru berlalu apabila MCA dipaksa untuk membrikan tiga kerusi parlimennya kepada Umno ¨C Kuantan, Wangsa Maju dan Gelang Patah ¨C semuanya jatuh di tangan Umno. Setiap kali Umno menyuruh parti-parti dalam BN melompat, mereka bertanya ¡°setinggi mana?¡±. Dominasi oleh Umno ini akan semakin kukuh memandangkan ia telah hilang keyakinan terhadap rakan-rakannya dalam BN untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Dr. Mahathir ternyata semakin khayal apabila ia mengatakan ¡°Pakatan bukan sebuah pakatan sebenar.¡± Di kalangan parti Pakatan, tidak ada parti yang dominan. PKR, DAP, dan PAS adalah rakan kongsi yang setaraf dalam Pakatan, tidak seperti parti-parti dalam BN. Tidak seperti dalam BN, rundingan di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan adalah rundingan tulen. Pemilihan Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang dibuat secara sebulat suara oleh parti-parti Pakatan walaupun PKR bukan parti yang paling banyak memenangi kerusi parlimen. PAS dan DAP menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor walaupun kedua-dua parti ini menang lebih banyak kerusi (setiap satu parti memenangi 15 kerusi) daripada PKR (14 kerusi). Ketiga-tiga parti Pakatan telah berjaya menambah bilangan kerusi dalam PRU13 dan kenyataan ini sengaja dilupakan oleh Dr. Mahathir. Tiada satu pun parti dalam Pakatan berhasrat untuk ¡®mendominasi¡¯ politik dalam Pakatan, apatah lagi di peringkat kebangsaan seperti yang didakwa oleh Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir sepatutnya menuding jari kepada dirinya sendiri dan kepada Umno serta BN kerana menyebabkan jurang kaum semakin lebar. Dr. Mahathir yang memainkan peranan di belakang tabir sebagai penasihat Perkasa bagi semua pemimpin Perkasa ¨C Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali ¨C yang bertanding sebagai calon de facto dalam PRU13. Utusan pula memainkan sentimen perkauman untuk menyemarakkan kebimbangan orang Melayu dengan mencipta pembohongan dan cerita rekaan tentang DAP. MCA pula telah menerbitkan iklan-iklan dalam akhbar Inggeris dan Cina, selain dalam stesen-stesen radio Cina untuk melebarkan jurang kaum di antara kaum Cina dan Muslim di Malaysia.

Hanya pada satu perkara saya dapat bersetuju dengan kenyataan Dr. Mahathir, iaitu bahawa ¡°jurang perkauman telah menjadi semakin jelas¡± dan bahawa ¡°ia akan menjadi lebih jelas di masa depan.¡± Kesalahan harus diletakkan sepenuhnya di bahu para pemimpin BN, termasuk para pemimpin di masa lalu seperti Dr. Mahathir. Satu-satunya cara untuk kita menghindari ¡°polarisasi kaum¡± bukanlah dengan terus menyokong BN, sebaliknya dengan melihat kepada Pakatan sebagai harapan untuk masa depan dan melihat parti PKR, PAS, dan DAP sebagai parti berbilang kaum yang telah meletakkan calon yang berbilang kaum sewaktu PRU13 dan akan terus memperjuangkan hak-hak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bahasa, agama dan latar belakang.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah