Muhyiddin perlu membuang sifat ¡°lidah bercabang¡± memandangkan ugutan terbuka beliau menggugat institusi-institusi utama negara

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuang sifat ¡°lidah bercabang¡± memandangkan ugutan terbuka beliau yang mewakili kerajaan minoriti 47% untuk menghukum majoriti 51% pengundi sebenarnya menggugat dan bukannya mempertahankan institusi-institusi utama negara ini.

Kita hairan melihat bagaimana Muhyiddin boleh menunjukkan sifat ¡°lidah bercabang¡± beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang sama sekali bertentangan dalam majlis yang sama, iaitu majlis penghargaan pengundi BN di Kundang Ulu, Johor.

Walaupun Muhyiddin mendakwa para pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam PRU13 bahawa mereka mahu kerajaan bersikap lebih tegas dan jelas dalam mempertahankan institusi-institusi yang penting di negara ini, ¡°menguatkuasakan undang-undang, menegakkan perlembagaan, memerangi jenayah secara berkesan dan membasmi rasuah,¡± Muhyiddin kemudiannya membatalkan sama sekali semua sentimen itu dengan ancaman beliau untuk mendiskriminasi dan menghukum 51% pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memberi kelebihan kepada 47% pengundi yang menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib Razak.

Sudah tentu perisytiharan Muhyiddin bahawa kerajaan BN akan menyalurkan ¡°lebih banyak bantuan¡± kepada masyarakat yang menyokongnya sewaktu pilihan raya umum menyiratkan suatu dasar yang bersifat menghukum dengan cara mengabaikan dan mendiskriminasi majoriti 51% pengundi, dan ini merupakan bukti paling jelas bahawa masih banyak yang perlu Najib lakukan untuk membuktikan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya 47% rakyat Malaysia!

Atau apakah kita sedang berdepan dengan keadaan di mana Najib mahu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, manakala Muhyiddin pula hanya mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk 47% rakyat Malaysia?

Ketika Muhyiddin menyebut tentang ¡°mesej jelas¡± rakyat yang mahukan kerajaan untuk mempertahankan institusi-institusi yang penting dalam negara ini, beliau gagal melihat gajah di depan matanya sendiri, kerana sebenarnya Umno/BN yang perlu memikul tanggungjawab penuh atas kemerosotan institusi-institusi utama negara ini sejak tiga puluh tahun yang lalu.

Siapa yang menggugat dan menjejaskan kebebasan, kesaksamaan, dan integriti badan Kehakiman yang dipandang tinggi di peringkat antarabangsa sebelum berlakunya Krisis Badan Kehakiman di tahun 1988?

Siapa menggugat dan menjejaskan kebebasan, kesaksamaan, dan profesionalisme perkhidmatan awam di Malaysia ¨C termasuk Pejabat Peguam Negara, Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya dan agensi pencegahan rasuah ¨C sehinggakan rakyat Malaysia hilang keyakinan terhadap kredibiliti, integriti dan wibawa pihak berkuasa?

Siapa menggugat dan menjejaskan mutu sistem pendidikan Malaysia yang dulunya tinggi dari peringkat sekolah rendah sampai ke peringkat universiti, daripada mempunyai sebuah universiti yang diperakui di peringkat dunia kini berada dalam keadaan memalukan kerana tidak ada satu pun universiti Malaysia tergolong hatta dalam senarai 400 atau 500 universiti terbaik di dunia.

Kabinet Najib sendiri tidak menunjukkan adanya komitmen kerajaan terhadap usaha menjunjung Perlembagaan, memandangkan kita mempunyai Paul Low, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas usaha mengukuhkan integriti dan tadbir urus yang baik sedangkan beliau sendiri adalah seorang anggota Kabinet yang haram kerana telah lebih sebulan berlalu tetapi beliau belum mengangkat sumpah sebagai seorang Senator dan belum mengangkat sumpah yang sepatutnya sebagai seorang Menteri!

Kini Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan ancaman untuk menghukum dan mendiskriminasi 51% pengundi yang telah mengundi Pakatan Rakyat dan bukannya Barisan Nasional!

Inikah yang dimaksudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu beliau mengatakan yang beliau mahu Malaysia menjadi sebuah demokrasi terbaik di dunia, iaitu bahawa para pengundi Malaysia dibenarkan untuk menggunakan hak demokratik mereka untuk mengundi selagi mereka mengundi hanya Umno/BN?

Muhyiddin bukan seorang demokrat kerana beliau sanggup mengancam 51% pengundi bagi pihak kerajaan yang hanya mendapat undi minoriti sebanyak 47% dengan cara mendiskriminasi dan menghukum majoriti yang telah menggunakan hak mereka menurut demokrasi dan perlembagaan untuk menyokong Pakatan Rakyat dan bukannya Barisan Nasional.

Kita meminta supaya semua Menteri Kabinet dan semua parti dalam Barisan Nasional menyatakan pendirian sama ada inilah jenis demokrasi berparlimen yang mereka junjung dan pertahankan ¨C iaitu jenis yang hanya menghormati hak rakyat untuk mengundi jika mereka mengundi Barisan Nasional dan bukannya Pakatan Rakyat?

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah