Apakah akan ada kata putus daripada kabinet hari ini tentang IPCMC?

Semua orang memberi perhatian kepada mesyuarat Kabinet hari ini 每 apakah Kabinet akan membuat keputusan tentang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) atau terus berlengah?

Isu penubuhan IPCMC telah dikemukakan buat kali pertama oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang diketuai oleh Tun Dzaiddin Abdullah lapan tahun lalu, iaitu pada tahun 2005, sebagai cadangan terpenting di antara 125 cadangan lain yang dikemukakan oleh suruhanjaya itu ke arah pembentukan pasukan polis yang berkesan, bebas korupsi, professional dan bertaraf dunia. Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka telah berjanji untuk melaksanakan cadangan berkaitan IPCMC itu.

Ketua Pemuda UMNO ketika itu, iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang kemudiannya menjadi Menteri Dalam Negeri, telah mengepalai penentangan terhadap penubuhan IPCMC dan beliau bersama dengan pemimpin pasukan polis ketika itu telah menyebabkan rancangan Abdullah tergendala dan akhirnya rancangan penubuhan IPCMC terbenam begitu saja. Sebaliknya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah ditubuhkan tanpa memainkan peranan yang berkesan.

Bagaimana dengan Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Seri Zahid Hamidi, yang merupakan timbalan menteri dalam kerajaan Abdullah? Apakah beliau menyokong atau menentang IPCMC ketika itu?

IPCMC boleh memainkan peranan berkesan dalam menanggapi masalah kadar kematian dalam tahanan polis yang tinggi, iaitu sebanyak 80 kes antara Januari 2000 hingga Disember 2004 atau purata 16 kes setahun sepanjang tempoh lima tahun itu. Jumlah ini terlalu tinggi.

Malangnya, masalah kematian dalam tahanan polis semakin buruk setelah Laporan Dzaiddin terbit. Kadar kematian dalam tahanan polis telah meningkat dalam tempoh lapan tahun kebelakangan ini 每 141 kematian dari Januari 2005 hingga Mei 2013 (dalam bulan pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 sahaja telah berlaku 3 kematian dalam tempoh 11 hari), iaitu mencapai kadar purata kematian 16.6 orang setahun.

Zahid kini cuba bermain ※Tai Chi§ dengan menyatakan bahawa kementeriannya bersikap ※terbuka§ terhadap saranan penubuhan IPCMC tetapi beliau meminta masa untuk meneliti maklum balas orang ramai terhadap saranan tersebut.

Sebenarnya tidak perlu dibuat penelitian lanjut lagi, memandangkan tidak ada perkara yang telah diteliti oleh kabinet mahu pun pasukan polis dengan lebih mendalam daripada saranan berkaitan IPCMC dalam tempoh lapan tahun terakhir ini. Atau apakah kita hendak meneliti saranan penubuhan IPCMC ini &sampai mati*?

Kabinet boleh menubuhkan jawatankuasa Kabinet yang diberi masa selama dua minggu untuk mengemukakan syor-syor kepada Kabinet pada 19 Jun untuk menerima cadangan dan melaksanakan penubuhan IPCMC supaya keputusan Kabinet itu boleh diumumkan sebagai sebahagian daripada dasar dan cadangan baru kerajaan dalam Titah Ucapan Diraja di Parlimen pada 25 Jun.

Atau, Kabinet juga boleh membuat keputusan pada hari ini untuk membolehkan Ahli-ahli Parlimen membuat keputusan tentang IPCMC menerusi pungutan suara dalam sidang pertama Parlimen ke-13 yang akan berlangsung selama 16 hari dari 24 Jun hingga 18 Julai.

Untuk tujuan ini Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuaratnya Isnin lalu telah membentuk Pasukan Khas Parlimen untuk IPCMC bagi memperjuangkan penubuhan suruhanjaya bebas ini dalam persidangan Parlimen ke-13.

Penubuhan IPCMC boleh menjadi kenyataan jika 23 Ahli Parlimen BN sanggup bersama-sama dengan 89 orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk menyokong penubuhan IPCMC sewaktu persidangan Parlimen ke-13 bermula pada 24 Jun nanti.

MIC yang mempunyai empat orang Ahli Parlimen telah menyatakan sokongan terhadap penubuhan IPCMC. Naib Presiden MCA Gan Peng Siu juga telah menyatakan bahawa MCA menyokong IPCMC. Apakah kita boleh berharap Ahli Parlimen MCA yang sebanyak tujuh orang itu akan menyokong usul penubuhan IPCMC di Parlimen?

Dengan sokongan 4 Ahli Parlimen MIC dan 7 Ahli Parlimen MCA, hanya 12 lagi suara Ahli Parlimen BN yang lain yang kita perlukan untuk mengesahkan penubuhan IPCMC dan mengatasi masalah kematian dalam tahanan polis di Malaysia. Apakah ini impian yang mustahil dicapai?

Enam orang ahli parlimen yang menganggotai Pasukan Khas Parlimen IPCMC:

M. Kulasegaran (DAP 每 Ipoh Barat)
Gobind Singh Deo (DAP 每 Puchong)
N. Surendran 每 (PKR 每 Padang Serai)
Shamsul Iskandar 每 (PKR 每 Bukit Katil)
Mohamed Hanifa Maidin 每 (PAS 每 Sepang)
Siti Mariah Mahmud 每 (PAS 每 Kota Raja)

Kita mengalu-alukan jika 133 Ahli Parlimen Barisan Nasional juga ingin menubuhkan Pasukan Khas Parlimen IPCMC bagi menjalin kerjasama dengan Pasukan Khas Parlimen IPCMC Pakatan Rakyat demi menjayakan penubuhan IPCMC.

Saya telah meminta Kulasegaran sebagai Ahli Parlimen paling lama dalam pasukan ini untuk mengadakan mesyuarat pertama Pasukan Khas IPCMC PR sesegera yang mungkin.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah