Sekiranya Najib mahu menang perang persepsi, pentadbirannya harus berhenti mencipta Malaysia yang Kafkaesque

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam memberitahu perhimpunan pertama dengan petugas Jabatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 bahawa kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk menangani persepsi negatif dan memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak leka dengan berlebihan bermain politik.

Sekiranya Najib mahu memenangi perang persepsi, pentadbirannya harus berhenti mencipta Malaysia yang Kafkaesque.

Dinamakan sempena penulis Franz Kafka, ��Kafkaesque�� digunakan untuk menggambarkan apa saja yang tidak masuk akal, tiada warna dan tiada titik rujukan. Ia menggambarkan sesuatu yang sangat rumit tanpa sebab, terutamanya merujuk kepada birokrasi.

Karakter Kafkaesque pemerintahan Najib ditonjolkan melalui ucapannya semalam, memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak dilekakan dengan berlebihan bermain politik sedangkan sesetengah penjawat awam sememangnya bersalah berlebihan bermain politik atas perintah tuan politik mereka pada bulan pertama selepas pilihan raya umum.

Tiga contoh terus menerjah minda saya:

  • Pertama, pihak polis dengan KPN paling kuat ��berpolitik�� yang mana keutamaan tertingginya adalah mengambil tindakan kekerasan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis sosial sedangkan kebimbangan utama negara ialah gelombang jenayah dan kerisauan terhadap jenayah melanda negara dan termasuk juga kerosakkan disiplin polis dengan tiga kematian di dalam tahan dalam tempoh sebelas hari;
  • Kedua, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang kelihatan telah mendapat taklimat politik daripada Menteri Dalam Negeri baru, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk sedaya upaya menyusahkan Parti Tindakan Demokratik, ke tahap mahu membatalkan pendaftaran DAP sebagai tidak sah dan melanggar undang-undang tanpa asas kukuh; dan
  • Ketiga, Ketua Pengarah Imigresen yang entah dari mana mengeluarkan kenyataan amaran untuk membatalkan pasport ribuan rakyat Malaysia di luar negara kerana melaksanakan hak yang dijamin perlembagaan untuk menyokong perikatan politik pilihan mereka pada PRU13.

Malahan, gambar foto yang diterbitkan di dalam semua akhbar hari ini berkenaan Perhimpunan itu menonjolkan karakter Kafkaesque pemerintahan Najib kerana menunjukkan Menteri tidak sah di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low, berdiri di barisan yang sama dengan enam Menteri lain di dalam Jabatan PM di sebelah Najib.

Di dalam ucapan tahniahnya kepada Yang di-Pertuan Agong pada hari keputeraan baginda, Najib berikrar untuk menjunjung Perlembagaan dan memperbaiki kualiti pentadbiran dan integriti kerajaannya, akan tetapi beliau tidak lansung melakukan apa-apa untuk membetulkan tindakan tidak menurut Perlembagaanya dalam melantik dua orang Menteri dan tiga Timbalan Menteri tanpa terlebih dahulu dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Senator!

Malah, Najib mula mencipta Malaysia yang Kafkaesque sejurus selepas pengumuman pilihan raya umum ke-13, menyeru kepada ��kerukunan nasional�� beberapa minit selepas beliau menghancurkan asas kepada proses itu dengan mengatakan keputusan pilihan raya umum adalah akibat daripada ��tsunami Cina��.

Selepas PRU13, Najib berjanji di dalam blognya untuk menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama, negeri atau pendirian politik, akan tetapi beliau membiarkan alat propaganda UMNO, terutamanya Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian terus membiakkan ekstrimisme dan rasisme setiap hari berdasarkan pembohongan dan penipuan untuk terus memecah-belahkan kaum, agama dan hubungan politik di negara ini.

Pagi semalam, saya dimaklumkan bahawa bersama-sama dengan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Mohamad Sabu, Ambiga Sreenivasan, Syed Ibrahim Syed Noor, Wong Chin Huat, Maria Chin Abdullah, Ong Boon Kiang, Hishammuddin Rais, saya turut dihalang dari memasuki Sabah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Ini bukan saja tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah, memandangkan ia melanggar Seksyen 67 Akta Imigresen yang menyatakan hak rakyat Malaysia untuk memasuki sabah bagi tujuan ��aktiviti politik yang sah��, ia juga benar-benar memperolok dasar 1Malaysia Najib dan dakwaan untuk menjadikan Malaysia sebagai ��demokrasi terbaik di dunia�� apabila Ahli Parlimen yang dipilih mempunyai hak yang kurang untuk melawat Sabah berbanding jutaan pendatang haram.

Malam semalam, Astro Awani memetik kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengesahkan bahawa negeri itu telah menarik balik sekatannya ke atas Nurul Izzah dari memasuki Sabah dan tiada individu lain berada dalam senarai hitam imigresen �C menimbulkan persoalan mengapa pengumuman sedemikian tidak dibuat oleh Ketua Imigresen Sabah yang bertanggungjawab terhadap perkara itu.

Pagi ini, tersembunyi di satu sudut yang tidak dapat dilihat di dalam New Straits Times adalah kenyataan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman bahawa tiada sekatan kekal terhadap mana-mana pemimpin oposisi dari memasuki Sabah.

Bilakah Najib akan berhenti daripada telatah Kafkaesque kerajaan Barisan Nasionalnya, sama ada di peringkat Persekutuan atau kerajaan negeri dan mula mentadbir dengan serius untuk memulihkan keyakinan seluruh rakyat Malaysia?

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah