Apakah Zahid kini mengaku PM, polis dan Menteri Dalam Negeri silap dalam menganggap bahawa kadar jenayah dan kebimbangan terhadap jenayah semakin meningkat?

Bermula bulan ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan polis mengambil haluan baru dalam menanggapi situasi jenayah dalam negara ini seperti yang dapat digahami daripada ucapan beliau pada hari Ahad lalu ketika beliau mencadangkan undang-undang pencegahan khusus yang baru bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO):

ˇ°Kita didesak untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan EO. Lihat apa terjadi setelah itu, kadar jenayah meningkat dan penjenayah besar dan kecil keluar daripada persembunyian mereka.ˇ±

Cara pandang baru terhadap peningkatan jenayah dalam negara ini selari dengan persepsi orang ramai terhadap situasi jenayah dalam negara sejak empat tahun lalu, namun ia bertentangan langsung dengan pendirian Perdana Menteri, polis dan bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sejak empat tahun lalu mendakwa Program Transformasi Kerajaan (GTP) berkaitan jenayah telah mencapai kejayaan besar sejak ia dilancarkan pada tahun 2009 dan membawa kepada penurunan kadar jenayah secara mendadak.

Sejurus sebelum Parlimen dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13, rakyat Malaysia diberitahu bahawa kadar jenayah negara ini telah turun sebanyak 26.8% sejak permulaan fasa pertama GTP pada tahun 2009 dan bahawa Malaysia diakui sebagai salah satu negara paling selamat dan aman di Asia Tenggara menurut Global Peace Index.

Rakyat Malaysia diberitahu bahawa negara ini mencatatkan insiden jenayah sebanyak 550.1 bagi setiap 100,000 penduduk, meletakkan kadar jenayah Malaysia lebih rendah daripada kadar jenayah di Singapura, Hong Kong, Britain dan Amerika Syarikat.

Jadi apa masalah Malaysia sebenarnya? Jawapan rasmi yang kita terima: ˇ°Kadar jenayah turun, tetapi penduduk Malaysia tidak merasakannya, maka tumpuan fasa kedua GTP ialah untuk meningkatkan keyakinan orang ramai tentang keadaan keselamatanˇ± ¨C dan justeru itulah RM272.5 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2013 untuk memastikan rakyat merasa selamat!

Malah, dakwaan bahawa kadar jenayah semakin turun sejak empat tahun lalu ini terus digunakan sebagai pendirian rasmi selepas PRU13 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan dalam ucapan ˇ°Perang Menentang Jenayahˇ± beliau pada 8 Jun lalu bahawa kadar jenayah telah turun sejak GTP berkenaan jenayah dilancarkan. Ujar beliau, ˇ°Pada April tahun ini, kadar jenayah telah turun sebanyak 3.1% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.ˇ±

Tetapi sejak Julai tahun ini, Menteri Dalam Negeri yang baru dan Ketua Polis Negara yang baru tampak seperti telah memutuskan untuk tidak lagi mempertahankan dakwaan tentang kejayaan program GTP dalam mengurangkan kadar jenayah sejak empat tahun lalu, sebaliknya mereka mengambil pendekatan berlawanan dengan mengakui bahawa kadar jenayah di negara ini tinggi sehingga undang-undang pencegahan seperti EO perlu diperkenalkan semula.

Tetapi di mana perangkaan jenayah yang baru?

Apakah Zahid kini mengaku Perdana Menteri, polis dan Menteri Dalam Negeri sebelum beliau silap dan orang ramai betul dalam menganggap bahawa kadar jenayah dan kebimbangan terhadap jenayah semakin meningkat sejak empat tahun lalu?

Inilah soalan yang saya kemukakan kepada Zahid ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungan bagi perbahasan Titah Ucapan Di-Raja beliau di Parlimen kelmarin, tetapi beliau tidak memberikan sebarang jawapan yang memuaskan.

Apakah Zahid bersedia untuk berterus-terang mengakui bahawa rakyat Malaysia telah diberikan perangkaan jenayah yang tidak tepat sejak empat tahun lalu dan jika beliau sanggup mengakui hal ini, apakah jaminan yang boleh beliau berikan kepada rakyat Malaysia bahawa selepas ini mereka akan diberikan angka yang tepat tentang situasi jenayah dalam negara?

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah