Satu lagi bukti usaha berterusan Utusan Malaysia untuk menerajui Program Transformasi Media Najib

Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kepada Utusan Malaysia untuk membayar pampasan sebanyak RM250,000 dan kos sebanyak RM30,000 kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkaitan isu pendaftaran kenderaan bernombor WWW1 adalah bukti terbaru usaha berterusan media UMNO tersebut untuk menerajui Program Tranfsormasi Media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertujuan mengubah berita menjadi pembohongan, kebenaran menjadi kepalsuan, fakta menjadi khayalan dan maklumat menjadi penipuan.

Utusan memainkan peranan sebagai peneroka program transformasi dan dalam usahanya itu ia telah mencipta rekod baru bagi media di peringkat dalam negeri dan antarabangsa sebagai media yang bukan saja paling kerap disaman fitnah, malah paling kerap kalah dalam saman fitnah, antaranya:

  • Dua saman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan jumlah pampasan yang diperintahkan bayar bagi kedua-dua saman sebanyak RM400,000;
  • Perintah membayar pampasan sebanyak RM50,000 kepada Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh pada Disember 2012 kerana artikel Utusan yang menggambarkan beliau sebagai anti-Islam; dan
  • Pada Januari 2013, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan pampasan sebanyak RM45,000 dibayar kepada Anwar Ibrahim setelah serangkaian artikel dalam Utusan telah menyalahtafsirkan kenyataan beliau dalam wawancara dengan BBC untuk menggambarkan ketua pembangkang tersebut sebagai seorang yang pro-LGBT.

Sejak empat tahun lalu, Utusan Malaysia telah memberi tumpuan untuk menampilkan khayalan sebagai fakta. Justeru itu saya telah menyebut bahawa Utusan Malaysia bukan lagi sebuah akhbar berita, sebaliknya ��akhbar auta�� �C ini merupakan salah satu sebab utama mengapa UMNO/Barisan Nasional kalah dalam ��perang persepsi�� semasa Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini, memandangkan Najib dan para penyusun strateginya dalam PRU13 begitu naif dengan mempercayai bahawa mereka boleh memenangi perang kredibiliti dan persepsi dengan mengubah berita menjadi pembohongan, kebenaran menjadi kepalsuan, fakta menjadi khayalan dan maklumat menjadi penipuan.

Selama empat tahun, Utusan Malaysia menerbitkan fitnah, pembohongan, kepalsuan dan kenyataan perkauman serta menghasut, antaranya dakwaan tidak berasas bahawa DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian, bahawa kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik Melayu dan membolot politik Malaysia, serta pembohongan terbaru tentang ��Tentera Kacang Merah�� yang kononnya dianggotai oleh 3,000 orang cybertrooper dan dibiayai oleh DAP untuk memburuk-burukkan para pemimpin UMNO/BN.

Dakwaan tidak berasas tentang ��Tentera Kacang Merah�� ini yang kononnya beroperasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu dan beroperasi dari Hotel Concorde, Kuala Lumpur, adalah pembohongan dan khayalan Utusan Malaysia yang paling mengarut, tetapi ia digambarkan sebagai kebenaran dan fakta. Lebih mengejutkan, ada Menteri dan Ahli Parlimen yang menelan pembohongan ini sehingga mereka membiarkan isu ini menguasai perbahasan di Parlimen dalam sidang yang berlangsung sejak minggu lalu untuk membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Malah pembohongan ini dianggap cukup serius untuk dibawa ke mesyuarat Kabinet!

Jika Utusan Malaysia mampu mengubah Parlimen dan Kabinet menjadi ��Parlimen Kacang Merah�� dan ��Kabinet Kacang Merah�� untuk membincangkan dongeng Utusan seakan-akan ia suatu isu negara yang benar dan serius, bermakna kepimpinan Najib telah terjerumus ke tahap lebih rendah.

Dalam keadaan sebegini, tidak mengejutkan jika Program Transformasi Kerajaan Najib yang bertujuan mengubah bidang politik, ekonomi, pendidikan, dan sosial Malaysia, termasuk media, pada tahun keempatnya telah meletakkan Malaysia pada tahap terendah dalam sejarah pada carta World Press Freedom Index 2013, iaitu pada tangga ke-145 �C tangga terendah pernah diduduki Malaysia sejak indeks ini diperkenalkan pada tahun 2002.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah