Kenyataan Nazri yang menganggap peruntukan dalam rang undang-undang yang membolehkan kanak-kanak menukar agama sebagai tidak adil dialu-alukan

Kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa peruntukan dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang membolehkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun menukar agama dengan persetujuan hanya salah seorang ibu atau bapa adalah tidak adil dialu-alukan kerana Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 memperuntukkan bahawa persetujuan kedua-dua ibu dan bapa diperlukan ketika rang undang-undang dibahaskan di Parlimen pada bulan Mei 1993.

Parlimen pada Mei 1993 meluluskan Seksyen 95, dalam ˇ°Bahagian IX ¨C Masuk Islamˇ±, yang menyebut:

ˇ°95. For the purpose of this Part, a person who is not a Muslim may convert to Islam if he is of sound mind and ¨C

(a) has attained the age of eighteen years; or

(b) if he has not attained the age of eighteen years, his parent or guardian consents to his conversion.ˇ±

ˇ°95. Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika ia sempurna akal dan ¨C

(a) Mencapai umur lapan belas tahun; atau

(b) Jika ia belum mencapai lapan belas tahun, ibu bapa atau penjaga mengizinkan kemasukannya.ˇ±

Bagaimanapun, sewaktu ia diwartakan, versi Bahasa Malaysia akta ini menampilkan sedikit kelainan tetapi membawa perbezaan makna yang besar apabila Seksyen 95(b) membenarkan kanak-kanak di bawah umur masuk Islam dengan izin hanya salah seorang ibu atau bapa, padahal yang dikehendaki Parlimen ialah keizinan kedua-dua ibu dan bapa. Versi bahasa Malaysia yang diwartakan adalah seperti berikut:

ˇ°(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.ˇ±

Penyiasatan penuh penuh dilakukan untuk meneliti bagaimana boleh terjadi perbezaan antara rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen dengan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan (1993) yang telah diwartakan.

Apa sekali pun yang telah terjadi, semua pihak yang terlibat membincangkan cadangan perundangan yang sensitif seperti Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 perlu mempastikan kebebasan dan hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sentiasa terpelihara, selain memberi perhatian penuh terhadap usaha menjaga keharmonian masyarakat, kejituan institusi keluarga dan prinsip keadilan serta kesaksamaan.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah