Dongeng ¡°Tentera Kacang Merah¡± terus didendangkan, membuktikan bahawa kuasa dan pengaruh pihak berkepentingan yang mahu peruntukan RM350 juta untuk membayar cybertrooper UMNO/BN

Saya merasa amat geli hati membaca laporan berita hari ini yang menyebut bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengemukakan kepada kabinet pada hari Jumaat ini cadangan penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan tentang DAP yang telah mendanai kumpulan cybertrooper ¡°Tentera Kacang Merah¡± sepanjang PRU13 dengan tujuan memburuk-burukkan para pemimpin dan penyokong UMNO/BN.

Shahidan mendedahkan tentang hal ini dalam sebuah sidang media di lobi Parlimen setelah menerima sebuah memorandum daripada 130 NGO Melayu-Muslim berkenaan ¡°Tentera Kacang Merah¡± yang kononnya didanai oleh DAP dan mempunyai 300 hingga 3,000 cybertrooper serta mendapat peruntukan antara RM100 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu untuk memburuk-burukkan dan mengkeji para pemimpin UMNO/BN di ruang siber hingga menjadi punca utama kekalahan UMNO/BN dalam perang media sosial dan pencapaian buruk BN dalam PRU13.

Saya tidak percaya ada pemimpin UMNO/BN yang cukup bodoh untuk mempercayai dongeng ¡°Tentera Kacang Merah¡± ini.

Malah lebih jelas sekarang bahawa dongeng ¡°Tentera Kacang Merah¡± tajaan DAP ini adalah konspirasi UMNO/BN yang dibiayai dengan untuk memburuk-burukkan dan memusnahkan DAP (Briged DDD) dan dikawal oleh ¡°War Room¡± PRU13 UMNO/BN serta membuktikan bahawa kuasa dan pengaruh pihak berkepentingan yang mahu peruntukan RM350 juta untuk mereka daripada UMNO atau dana awam dikekalkan untuk membayar cybertrooper UMNO/BN untuk lima tahun lagi.

Saya malah telah menyebut hal ini di Parlimen Khamis lalu, tetapi saya telah tersilap menyebut angka yang kurang RM100 juta daripada jumlah sebenar yang diminta untuk mendanai para perwira siber UMNO bagi memerangi ¡°Tentera Kacang Merah¡± khayalan sepanjang tempoh lima tahun mendatang. Saya menyebut RM250 juta, sedangkan jumlah yang diminta adalah RM350 juta!

Jika Kabinet menubuhkan RCI untuk menyiasat ¡°Tentera Kacang Merah¡± yang kononnya ditaja DAP, Malaysia akan mencatat sejarah sebagai negara pertama di dunia yang menubuhkan RCI berdasarkan dakwaan rekaan.

Saya akan menyokong penubuhan RCI untuk menyiasat pembohongan dalam PRU13, khususnya pembohongan, provokasi dan hasutan bersifat perkauman, sama ada di ruang siber mahu pun di media cetak, yang telah mencemarkan Pilihan Raya Umum ke-13.

Apakah Kabinet bersedia untuk menubuhkan RCI untuk tujuan ini?

Jika ya, saya menyarankan agar Kabinet menubuhkan RCI berkenaan PRU13, untuk menyiasat mengapa ia tidak ¡°bersih, bebas dan adil¡± sehingga menghasilkan keputusan yang umumnya dianggap tidak demokratik dan tidak mewakili kehendak para pengundi ¨C skop yang akan turut meliputi penyiasatan ke atas pembohongan, provokasi, dan hasutan yang disebarkan dalam tempoh berkempen, sama ada menerusi media sosial atau media cetak.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah