Pengiraan Detik 42 Hari ke PRU13 – Keputusan impian saya untuk PRU13: Pakatan Rakyat menang dengan sekurang-kurangnya 125 Ahli Parlimen PR terdiri daripada 45 Ahli Parlimen PKR dan 40 Ahli Parlimen dari DAP dan PAS tiap parti

The Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) meramalkan kejayaan Barisan Nasional dalam PRU13 dengan anggaran 123 hingga 135 kerusi ( iaitu majoriti 24-48 kerusi) dan membentangkan tiga kemungkinan untuk Pilihan Raya PRU13, yakni:

  • Senario 1: Status quo sekarang kekal, iaitu 140 kerusi Barisan Nasional (BN) berbanding82 kerusi untuk Pakatan Rakyat (PR) berikutan “tsunami politik” 8 Mac, 2008 dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

  • Senario 2: Merosotnya majoriti untuk BN, iaitu kurang daripada majoriti 58 kerusi selepas “tsunami politik” 308; dan

  • Senario 3: BN memperoleh semula majoriti dua pertiga, iaitu memenangi sekurang-kurangnya 148 kerusi parlimen atau minimum majoriti 74 kerusi

Akan tetapi ada dua lagi kemungkinan, meramalkan kemenangan Pakatan Rakyat, yakni:

  • Senario 4: Kemenangan buat Pakatan Rakyat dengan majority tipis.

  • Senario 5: Kemenangan buat PR dengan majoriti selesa.

Senario keempat telah dihujahkan oleh tidak lain tidak bukan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman ketika dia bercakap kepada pertubuhan Cina Kulai awal bulan lalu, mengakui bahawa paling banyak PR boleh menang adalah majoriti tipis 5% hingga 10% kerusi parlimen.

PR memenangi majoriti tipis parlimen 5% hingga 10% adalah antara PR memenangi 117 kerusi manakala BN 105 kerusi memberikan PR majoriti 12 kerusi (iaitu 5.5% majoriti) kepada PR memenangi 122 kerusi manakala BN 100 kerusi dengan majoriti 22 kerusi (iaitu 10% majoriti).

Sebenarnya, anggaran Ghani bahawa PR boleh menang dalam PRU13 dengan majoriti antara 12-22 kerusi parlimen amat dekat dengan anggaran bekas ketua ekonomi Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajudin di Singapore Regional Outlook Forum bulan lepas bahawa BN berkemungkinan untuk menang hanya antara 97 dan 107 daripada 222 kerusi parlimen – memberikan kememangan PR dengan majoriti antara 8 hingga 28 kerusi.

Senario kelima ialah keputusan impian saya untuk PRU13, iaitu PR menang majoriti selesa sekurang-kurangnya 125 kerusi parlimen (iaitu majoriti 28) – dengan pembahagian 45 Ahli Parlimen PKR dan 40 Ahli Parlimen dari DAP dan PAS tiap parti.

Walaupun UMNO/BN kelihatan seperti menikmati kelebihan berbanding PR, PRU13 akan menjadi perlubaan sengit dan kempen pilihan raya umum itu sendiri akan menjadi penentu terakhir perikatan mana akan memenangi perlumbaan untuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Tiadanya kepastian bahawa UMNO/BN akan memenangi PRU13 dapat dilihat dengan jelas daripada pelbagai dolak-dalik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang dua tahun tentang bilakah masanya untuk membubarkan Parlimen, memandangkan beliau tidak yakin yang beliau tidak akan tercatat di dalam sejarah sebagai Perdana Menteri UMNO/BN terakhir memenuhi ramalan politik RAHMAN.

Awal bulan lalu, Najib menyangka beliau sudah sedia untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU13 apabila dia meluluskan “senjata rahsia” untuk PRU13, membelanjakan RM3.5 juta bagi menjemput bintang pop Korea, Psy, ke Pulau Pinang untuk Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN bagi mengalih arus pilihan raya memihak kepada beliau.

Bagaimanapun, Najib kehilangan keyakinan itu apabila inisiatif Psy tenggelam di dalam lautan “No, No, No” bukan saja di Pulau Pinang tetapi juga bergema di seluruh negara sejak bencana politik dan perhubungan awam itu bermula ketika kemunculan Psy dan Gangnam Style pada 11 Febuari.

Tinjauan terakhir Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang dilakukan antara 26 Disember dan 11 Januari mengukuhkan lagi ramalan bahawa keputusan PRU13 sukar diramal keputusannya, memandangkan perbezaan antara mereka yang percaya BN boleh menewaskan PR dalam PRU13 telah berkurangan dari 25% pada Disember 2011 kepada 5% pada Januari 2013.

Responden yang percaya Pakatan Rakyat boleh mengambil alih Putrajaya dalam PRU13 semakin meningkat daripada 18% pada Disember 2011 kepada 21% pada April 2012 kepada 30% pada September 2012 dan 37% pada Januari 2013.

Sebaliknya, responden yang percaya Barisan Nasional boleh memenangi PRU13 telah berubah daripada 43% pada Disember 2011 kepada 49% pada April 2012 kepada 44% pada September 2012 dan 42% pada Januari 2013.

Responden yang tidak pasti atau tidak dapat memutuskan siapa boleh memenangi PRU13 jatuh daripada 39% pada Disember 2011 kepada 30 peratus pada April 2012 dan 26% pada September 2012 dan 21% pada Januari 2013.

Di dalam senario Umcedel, apa yang diperlukan oleh PR untuk mengalahkan BN dalam perlumbaan ke Putrajaya dalam PRU13 adalah dengan memikat lebih daripada lima peratus responden yang tidak pasti dan tidak dapat memutuskan, yang terdiri daripada 21% responden pada Januari 2013.

Tinjauan terkini Merdeka Centre terhadap populariti Najib memeningkan kepala Najib dan para ahli strateginya.

Di dalam tinjauan antara 23 Januari dan 6 Febuari, betul-betul sebelum Tahun Baru Cina dan bencana “Psy” dan juga rantaian perkembangan memalukan untuk Perdana Menteri (Suruhanjaya Siasatan Diraja di Sabah, kritikan oleh penyiasat persendirian P. Balasubramaniam, peniaga permaidani Deepak Jaikishan dan bekas ketua polis Musa Hassan yang berterusan), popularity Najib telah jatuh sebanyak dua peratus daripada tinjauan yang sama dilakukan Disember lalu.

Menurut Merdeka Centre, penurunan ini disebabkan kejatuhan empat mata rasa puas hati di kalangan pengundi Melayu, turun dari 77 peratus satu bulan lalu.

Rasa puas hati orang Cina dengan pencapaian Najib berada pada status quo 34 peratus sementara sokongan India jatuh satu mata kepada 75 peratus.

Kedudukan rasa tidak puas hati terhadap Najib meningkat dua mata kepada 32 peratus menjadikannya paling tinggi sejak beliau memegang tampuk kuasa pada 2009.

8 Mac, 2013 akan memberikan ujian terakhir melihat sama ada Najib begitu tidak berkeyakinan tentang PRU13 sehingga beliau terpaksa mengharungi penghinaan menjadi satu-satunya Perdana Menteri di Malaysia yang mengheret penggal Parlimen melepasi lima tahun penggal kebiasaan dan bergantung kepada peruntukan yang memberikannya “ruang bernafas” 50 hari lagi sebagai Perdana Menteri kerana mengikut perlembagaan, penggal lima tahun Parlimen mula dikira daripada mesyuarat pertamanya (iaitu 28 April 2008) dan bukannya tarikh pilihan raya sebelumnya pada 8 Mac 2008.

Pada tahun 2008, tsunami politik di Semenanjung Malaysia datang dari Utara dengan kejayaan PR di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor.

Pada tahun 2013, tsunami politik mestilah datang daripada selatan, mencipta kejayaan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu.

Pakatan Rakyat telah menetapkan matlamat PRU14 untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding Sembilan kerusi parlimen di Johor, seiring dengan kejayaan di Sabah dan Sarawak, untuk membuka jalan baru ke Putrajaya dalam PRU13 dan memperoleh lebih daripada 19 dewan undangan negeri dalam Dewan Undangan Negeri Johor.

Adakah matlamat ini dapat dicapai?

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur