Pengiraan Detik 47 Hari ke PRU13 – Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat kerugian RM100 bilion daripada skandal kewangan sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi PM

Semalam, portal berita perniagaan yang baru berusia tiga hari KiniBiz melaporkan “Syed Mokhtar eyes Malaysia Airlines”oleh Jose Barrock, laporan bahawa Syed Mokhtar Albukhary mencadangkan kerajaan persekutuan mengambil alih cabang pelaburan negara, 69.3 peratus kepentingan ekuiti Khazanah Nasional Berhad di dalam Malaysia Airlines yang termasuk sebahagian daripada subsidi minyak jangka panjang oleh kerajaan untuk 60 tahun.

Rakyat Malaysia menanti pendedahan sepenuhnya perkembangan terbaru ini dalam kerumitan hubungan korporat-kerajaan, dengan “sumber yang dekat dengan Syed Mokhtar” menafikan terdapat cadangan untuk mengambil alih MAS dengan “dua sumber berlainan” mengesahkan bahawa urusan sedemikian sedang difikirkan.

Bagaimanapun laporan ini telah mengkedepankan isu utama dalam Pilihan Raya Umum yang bakal menjelang tentang kebimbangan orang ramai terhadap tadbir urus yang baik di Malaysia sama ada melibatkan skandal kewangan lama yang muncul dari penswastaan secara menyeluruh dan khususnya tentang penerbangan milik negara yang bermasalah; empayar perniagaan Syed Mokhtar dan hutang mega beliau mewujudkan kebimbangan sama ada ianya akan diselamatkan (bail out) kerajaan menggunakan duit penbayar cukai dan sejarah korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa di dalam senarai panjang Umnoputra yang diselamatkan dengan tanggungan rakyat sejak berdekad lalu.

Pilihan Raya Umum ke-13 merupakan waktu paling sesuai untuk meninjau kembali isu-isu yang membimbangkan orang ramai tentang akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus baik.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah memberikan keutamaan untuk akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus baik di dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), semua itu kekal sebagai slogan dan meniti di bibir saja memandangkan tiada yang berubah dalam bidang itu atau kedudukan rasuah Malaysia seperti mana yang digambarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) di bawah Najib tidak akan menjadi semakin buruk dibandingkan dengan Perdana Menteri sebelumnya - Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.

Berterusannya skandal Malaysian Airlines System (MAS) di bawah Najib adalah satu contoh.

Sehingga waktu ini, Najib telah gagal memberikan jawapan jujur dan berterus-terang sama ada rakyat Malaysia masih membayar RM100 bilion skandal kewangan yang dilakukan dalam tempoh 22 tahun pemerintahan Mahathir dengan keputusan kerajaan pada tahun 2011 untuk menghapuskira RM580 juta hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang diselesaikan “luar mahkamah” antara Danaharta dan GLC lain dengan Tajuddin dengan mengambil kira semua saman yang belum selesai di antara mereka.

Sebelum penyelesaian “di luar mahkamah” untuk Kerajaan Malaysia menghapuskira RM580 juta hutang Tajuddin, Tajuddin telah mendakwa di dalam afidavit di mahkamah bahawa bekas Perdana Menteri Mahathir telah membuatkannya membeli MAS pada tahun 1994 bagi menyelamatkan Bank Negara selepas bank pusat mengalami kerugian pertukaran asing secara besar-besaran berpunca daripada spekulasi dalam pasaran pertukaran asing sebagai “khidmat kepada Negara” dengan “Overriding Agreement” untuk membayar gantirugi kepada beliau terhadap sebarang kerugian yang ditanggung.

Walaupun perkara ini telah dinafikan Mahathir, masih perlu ditentukan siapa yang bercakap benar – Mahathir atau Tajuddin; satu jawapan yang releven dan penting kepada soalan siapa yang mesti memikul tanggungjawa bukan sajaja untuk RM10 bilion kerugian MAS – RM1.8 bilion kerugian berpunca daripada pembelian semula 29.09 peratus kepentingan Tajuddin dalam MAS pada RM8 seunit oleh kerajaan mewakili premium sebanyak RM4.32 atau 117 peratus berbanding harga pasaran pada RM3.68 sesunit apabila perjanjian itu ditandatangani pada 20 Disember 2000 diikuti laporan polis MAS dari tahun 2002 bahawa Tajuddin menyebabkan pengangkutan negara mengalami kerugian melebihi RM8 bilion.

Saya menggangarkan di Parlimen dua dekad lalu bahawa Bank Negara mengalami kerugian besar RM30 bilion daripada skandal pertukaran asing Bank Negara sewaktu pemerintahan Mahathir. Akan tetapi Bank Negara mendakwa kerugian RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993 sementara bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr. Rosli Yaakop tahun lepas di sebuah forum awam menganggarkan bahawa Bank Negara kerugian antara USD27 hingga USD33 bilion, lima kali ganda melebihi rizab asingnya dan aset keseluruhan sebanyak USD20.7 bilion pada tahun 1992.

Apakah kebenarannya?

Barry Wain, di dalam bukunya “Malaysian Maverick”, menggangarkan Malaysia kerugian RM100 bilion di dalam empat skandal kewangan ketika pemerintahan Mahathir.

Di dalam pilihan raya umum akan datang, pengundi Malaysia bukan saja perlu menghukum transformasi kosong Najib sepanjang empat tahun lalu, tetapi juga menghukum 22 tahun autoritarian dan korup Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri dari 1981 – 2003, memandangkan Mahathir lebih galak berkempen berbanding Mahathir untuk pilihan raya umum akan datang, dasar Mahathir dan Najib telah menjadi isu utama dalam PRU13.

Saya pernah mengatakan sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya di dalam PRU13, kita sepatutnya memuka semula siasatan bukan sahaja terhadap skandal RM30 bilion tukaran wang asing 1992, perlu juga ditubuhkan Suruhanjata Siasatan Diraja menyiasat kerugian RM100 bilion yang ditanggung Negara di dalam skandal kewangan sepanjang 22 tahun era Mahathir.

Biar 13.3 juta pengundi dalam PRU13 membuat keputusan sama ada mereka mahu menyokong cadangan supaya siasatan awam yang menyeluruh terhadap skandal kewangan era Mahathir sepanjang 22 tahun yang menelan kerugian RM100 bilion dan menyebabkan rakyat Malaysia generasi ini masih membayar harganya – walaupun tiada langsung akauntabiliti dan ketelusan berkenaannya malah ketara rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa selama lebih daripada tiga dekad.

Izinkan saya memberi jaminan kepada Mahathir bahawa saya tidak mahu melihat dia mengalami nasib seperti Mubarak atau Gadafi.

Saya malah tidak mahu melihat Mahathir di dalam penjara tetapi perlu ada perakaunan penuh untuk kerugian RM100 bilion daripada skandal kewangan ketika 22 tahun era Mahathir, satu era gelap di dalam sejarah Malaysia melihatkan institusi penting di dalam Negara seperti Kehakiman, perkhidmatan awam, Pejabat Peguam Negara, Polis, Agensi Anti-Rasuah, Suruhanjaya Pilihan Raya dikompromi dan ditundukkan supaya mengikut perintah seorang saja manusia, iaitu Perdana Menteri yang mana sehingga kini Malaysia masih belum lagi pulih sepenuhnya.

Hanya selepas itu Malaysia boleh bermula dengan halaman baru – membuna bangsa Malaysia yang hebat yakni yang bersatu, harmoni, berdaya saing, progresif dan makmur.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur