Pengiraan Detik 51 Hari ke PRU13: Pengakuan terdesak terakhir Najib dalam memainkan “kad 513” dengan menayangkan filem 13 Mei yang tidak jujur dan berat sebelah kepada peneroka Felda

Tayangan eksklusif filem berat sebelah dan tidaj jujur berkenaan 13 Mei, Tanda Putra, kepada peneroka Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam selepas Najib meminta wartawan meninggalkan tempat itu merupakan pengakuan terakhir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau dalam keadaan terdesak berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 yang tidak dapat dielakkan lagi dan kegagalan semua usahanya setakat ini untuk memenangi semula sokongan pengundi Malaysia – termasuklah kemusnahan besar inisiatif membelanjakan RM3.5 juta untuk menjemput bintang K-Pop Korea Psy ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang yang meninggalkan kenangan peristiwa “3 Ya untuk Psy, 3 Tidak untik BN”.

Saya terkejut apabila seorang Perdana Menteri yang telah mewujudkan “1Malaysia” sebagai dasar pengenalannya kini mengingkari Program Transformasi Nasionalnya dan mencemarkan semua anjurannya terhadap kesederhanaan dan etika sewaktu forum dalam dan luar negara dengan merestui secara rasmi kepada sebuah filem yang berniat jahat memaparkan saya sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap rusuhan 13 Mei 1969.

Saya tidak pernah diberi peluang menonton filem itu tetapi apa yang pernah dilakukan bagi publisiti filem itu sudah pun diketahui umum.

Sejak Julai tahun lalu, saya telah menafikan dakwaan karit yang muncul di dalam Facebook rasmi filem 13 Mei itu, Tanda Putera, bahasa saya telah kencing pada tiang bendera di hadapan rumah Menteri Besar Selangor ketika itu lalu sehingga menimbulkan rusuhan 13 Mei 1969.

Halaman Facebook itu telah menayangkan gambar saya ditahan, dengan kapsyen:

“Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah menteri besar Selangor ketika itu, Harun Idris”

Gambar tersebut diletakkan di dalam album Facebook bertajuk ‘Peristiwa-peristiwa yang dimuatkan di dalam filem ini’.

Walaupun gambar dan kapsyen itu telah dibuang daripada halaman rasmi filem itu, saya mempunyai screenshot kepada pos tersebut.

Dua minggu kemudian, Aida Fitra Buyong, produser eksekutif filem Tanda Putera memburukkan lagi keadaan apabila dia mendakwa saya terlalu bersikap “defensive” terhadap penerbitan gambar saya di halaman Facebook filem 13 Mei itu yang berbohong mengatakan bahawa saya telah kencing pada tiang bendera yang mengibarkan bendera Selangor di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, menimbulkan rusuhan 13 Mei, 1969.

Saya mendapati ini merupakan sikap tidak bertanggungjawab pencipta filem 13 Mei itu, tidak insaf terhadap perbuatan mereka mempertahankan pembohongan dan penipuan serta benar-benar benci kepada kebenaran, terutamanya berkenaan kisah tidak benar perbuatan kencing di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu menimbulkan rusuhan 13 Mei, 1969 sedangkan saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei, 1969, benar-benar melampau, keterlaluan dan menyinggung perasaan.

Ia sepenuhnya membongkar kepalsuan dakwaan pengarah Tanda Putera Datin Paduka Shuhaimi Baba bahawa adegan rusuhan 13 Mei, yang hanya 10 minit daripada keseluruhan 115 minit filem berkenaan, tepat sejarahnya.

Menurut laporan Malaysiakini semalam, 'PM wants May 13 film shown to Felda settlers' (PM mahu menayangkan filem 13 Mei kepada peneroka Felda), mereka yang menonton filem itu berkata “Tiada adegan Kit Siang kencing” walaupun “adegan kontroversi di tiang bendera yang mengibarkan bendera Selangor di luar rumah Menteri Besar Harun Idris di dalam filem tetapi dilakukan oleh sekumpulan belia Cina”.

Saya mendapati ini sangat tidak memuaskan hati memandangkan 10,000 cybertrooper UMNO/Barisan Nasional telah melambakkan penipuan dan pembohongan di laman media sosial sejak tahun lepas bahawa saya telah menyebabkan rusuhan 13 Mei pada 1969 dengan melaungkan slogan bersifat amat perkauman dan kencing di tiang bendera di luar rumah Menteri Besar Selangor walaupun saya telah katakan di dalam dan di luar Parlimen bahawa saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei, 1969.

Kencing pada tiang bendera di luar rumah Menteri Besar Selangor bukan sahaja rekaan dan sepenuhnya khayalan, tetapi juga perkauman dan mengapi-apikan serta bersifat hasutan?

Bagaimana Perdana Menteri yang mengisytiharkan satu dasar inklusif 1Malaysia memberikan restu kepada kepalsuan sedemikian, yang bersifat menghasut dan mengapi-apikan kebencian kaum dan sikap saling meragui pada saat paling sensitive di dalam sejarah negara berdepan dengan PRU13?

Najib perlu memberikan rakyat Malaysia penjelasan penuh mengapa beliau memberikan restu secara rasmi kepada filem 13 Mei yang memamarkan penipuan dan pembohongan berbahaya seperti gambaran “sekumpulan belia Cina” kencing di tiang bendera di luar rumah Menteri Besar Selangor?

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur