Pengiraan Detik 55 Hari ke PRU13 – Najib perlu memperjelas sama ada beliau meninggalkan pentas di pesta Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang kerana bimbangkan keselamatannya dan sama ada nyawa Psy turut terancam

Ini bukan jenaka atau gurauan. Orang Pulau Pinang dan rakyat Malaysia berhak mengetahui kebenaran, tiada yang tidak benar melainkan yang benar.

Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah dan Menteri Kabinet meninggalkan pentas pada pesta Tahun Baru Cina Barisan Nasional pada hari Isnin selepas menunggu hampa di atas pentas selama lima minit untuk bintang K-pop Korea Psy menyertai mereka untuk upacara “menggaul yee san”.

Najib perlu memperjelaskan sama ada beliau meninggalkan pentas di pesta Tahun Baru C ina BN Pulau Pinang kerana bimbangkan nyawanya dan sama ada nyawa Psy turut terancam.

Pada mulanya, Ketua Pemuda Gerakan Oh Tong Keong elok menyalahkan Menteri Pelancongan MCA, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen menjadi punca kemelut yee san, menyebabkan tercemar maruah negara apabila Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet dimalukan di hadapan umum dengan sia-sia menunggu selama lima minit untuk Psy menyertai mereka.

Oh memberitahu akhbar, sebagaimana yang dilaporkan wartawan Malaysiakini Lee Way Loon dan Low Chia Ming dalam “No Psy, BN left red-faced during yee san toss” bahawa “seorang menteri” (dan semua orang tahu Menteri itu merujuk kepada Ng Yen Yen) telah memberitahu pengacara secara mengejut untuk menjemput Psy bagi tujuan menggaul yee san, tanpa memaklumkan jawatankuasa penganjur terlebih dahulu, yang tidak dapat memaklumkan bintang pop Korea Selatan tentang program yee san.

Akan tetapi versi asal kemelut yee san ini bercanggah dan ditolak oleh pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang muncul dengan versi baru, membakulsampahkan dakwaan bahawa Ng Yen Yen memberi arahan secara mengejut kepada pengacara lalu menyebabkan berlakunya kucar-kacir dengan mendakwa Najib terpaksa turun pentas kerana terdapat cubaan mengancam nyawa Psy.

Teng pergi lebih jauh dengan dakwaan terdapat juga cubaan mengancam nyawa Najib juga!

Ini benar-benar tindakan sambil lewa dan tidak bertanggungjawab terhadap isu keselamatan Perdana Menteri negara ini dan terhadap VVIP – bintang Korea itu.

Sekiranya kedua-dua dakwaan ini benar, mengapa ia dikeluarkan hanya empat hari selepas acara itu – ketika pemimpin BN terdesak cuba untuk menutup kemusnahan perhubungan awam dan politik kemunculan RM3.5 juta Psy dan Gangnam Style BN di program Tahun Baru Cina Pulau Pinang?

Pemimpin BN tidak sepatutnya memandang rendah kebijaksanaan rakyat Malaysia, seperti yang tergambar pada reaksi di Malaysiakini:

CiViC: Thank you Penang BN chief Teng Chang Yeow. If not for your stupid statement, I wouldn't have searched for the embarrassing video on YouTube showing BN repeatedly inviting K-Pop singer Psy to come up on stage for the ‘lo shang' during the Chinese New Year concert in Penang.

Teng, if there was a threat to Psy's life, the emcee wouldn't have called for him time and again to appear.

Just&Fair4All: The would-be assassin must either be insane or plain stupid to attempt to kill Psy in front of thousands of people and in the presence of the PM and other dignitaries, many of whom were accompanied by their bodyguards.

Secondly, if Psy life's was in such grave danger, how come right after the show, he and his entourage visited a Korean restaurant on their own without police protection.

Thirdly, if the police really have news that someone was going to assassinate Psy, do you think they would allow Psy to walk around town on his own? What if really something were to happen to the internationally famous artist?

Geronimo: This is really, really pathetic to come with such an excuse as to why Psy did not want to 'lo shang' with the BN leaders.

Let's admit it. It was a public relation exercise that went atrociously bad resulting in a slap on Najib's face. So to save face, they have to come out with lame excuse like this to win sympathy from the public.

Hah Thiam Khean: BN is too incompetent to be an event organiser, too incompetent to concoct a coherent lie to cover up their incompetence, but it wants us to believe they are competent enough to run the country? Are we even living on the same planet?”

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengatakan bahawa pihak polis telah mengenakan langkah-langkah keselamatan yang ketat ketika Psy tiba do Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Isnin, 6.15 a.m, akan tetapi daripada versi Teng, kelihatan seperti penganjur hanya diberitahu bahawa terdapat isu keselamatan hanya ketika upacara “menggaul yee san”, menyebabkan berlakunya kemelut “yee sang” itu.

Siapa yang bercakap benar?

Mungkin perlunya satu siasatan awam apa yang sebenarnya berlaku sewaktu upacara “menggaul yee san”, mengapa Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet terpaksa melalui detik memalukan dan penghinaan kerana perlu menunggu dengan hampa bintang Korea itu menyertai mereka di dalam upacara atas pentas.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur