Pengiran Detik 57 Hari ke PRU13 - dua pengajran buat Najib daripada sandiwara RM3.5 juta perembahan Gangnam Style Psy Pulau Pinang

Saya akui bahawa saya masih belum menonton iklan Tahun Baru Cina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berlakon sebagai pemain gendang tarian singa walaupun ikan itu sudah disiarkan selama lima hari.

Hanya selepas membaca artikel Kee Thuan Chye di Malaysiakini bertajuk “The PM is Demeaning Himself” barulah saya mencarinya di YouTube untuk meihat sendiri sama ada komen Kee itu mempunyai asasnya, dan saya harus katakan Kee tepat pada sasaran.

Saya menyemak kesahihan kritikan tentang tulisan salah perkataan Cina “吉” (sebagaimana Najib telah menggunakan Ah Jib Gor sebagai nama Cinanya) dengan garisan horizontal di atas lebih pendek berbanding yang di bawah yang membawa makna kecelakaan untuk Ah Jib Gor.

Kee betul.

Jelas tiada strategis politik dan perhubungan awam terbaik berkhidmat untuk Najib, walaupun duit merupakan masalah paling kecil untuk UMNO/Barisan Nasional, melihat kepada duit yang ditaburkan Najib dan UMNO/Barisan Nasional mengalir seperti air di seluruh negara sepanjang bulan-bulan lalu, termasuklah jutaan ringit untuk mengnjurkan pesta Gangnam Style Psy di Pulau Pinang pada hari kedua Tahun Baru Cina.

Tetapi jelas duit tidak dapat membeli segalanya.Saya melintasi tapak Sekolah Han Chiang pagi ini, dan kelihatan seperti tanah terbiar dengan timbunan sampah. Duit boleh membawa bintang K-pop Korea dan rombongan Gangnam Style dengan penerbangm 20 jam terus dari Brazil ke Pulau Pinang, tetapi tidak mampu mengembalikan tapak Sekolah Han Chiang kepada keadaan bersih dan baik meskipun 48 jam selepas kemusnahan yang dilakukan majlis Tahun Baru Cina Najib.

Ini merupakan pengajaran yang mahal buat Najib dan UMNO/BN bahawa terdapat benda yang tidak boleh dibeli dengan wang - seperti cinta, kesetiaan, patriotisme dan tentu sekali, undi!

Atau Najib tidak akan mengalami aib di majlis Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang dengan video satu minit yang berterusan tersebar yang mana lebih ramai rakyat Malaysia menonton sendiri pemandangan yang tidak dapat dilupakan apabila Perdana Menteri dijawab dengan tiga kali laungan “Ya” ketika ditanya “Are you ready for Psy?” diikuti dengan tiga kali laungan “Tidak” ketika ditanya: “Are you ready for BN?”

Sebenarnya, klip video kedua malapetaka "Gangnam Style Psy" Tahun Baru Cina Najib di Pulau Pinang kini sedang tersebar luas, video tujuh minit yang memaparkan detik memalukan Najib dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah terkandas di atas pentas menanti bintang Korea itu menyertai mereka menggaul Yee San, akan tetapi mereka terpaksa meninggalkan pentas apabila Psy menolak untuk menyertai Najib di dalam acara Yee San itu.

Najib telah twit mengatakan persembahan Psy dan rombongan Gangnam Style yang menelan belanja RM3.5 juta, tidak melibatkan duit rakyat.

Terdapat dua pengajaran untuk Najib dan tukang putar politiknya:

Pertama sekali, mereka tidak sepatutnya begitu naif menganggap rakyat Malaysia begitu mudah ditipu bahawa penampilan Psy di Pulau Pinang, diterbangkan terus selama 20 jam dari Brazil akhirnya tidak akan dibayar oleh pembayar cukai Malaysia dalam apa jua bentuk. Disebabkan inilah penaja kemunculan Psy disembunyikan, walaupun identiti sebenar penaja itu adalah rahsia umum.

Kedua, terdapat perkara yang tidak boleh dibeli dengan wang – seperti tiga “Ya” untuk tiga kali soalan Najib sama ada mereka bersedia untuk BN, atau lebih penting, undi bagi Pilihan Raya Umum ke-13 untuk menentukan sama ada buat pertama kalinya dalam negara sepanjang 55 tahun akan berlakunya perubahan Kerajaan Persekutuan dan untuk kerajaan Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional di Putrajaya.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur