Pengiraan Detik 65 Hari ke PRU13 – Adakah Najib akan mencipta empat rekod buruk sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Datuk Seri Najib Razak Sabtu lepas berkata bahawa beliau tahu bila masanya untuk menghadap Yang Dipertuan Agong bagi membubarkan Parlimen dan tidak “menjolok” beliau untuk tahu bila pilihan raya ke-13 akan diadakan.

Bukan Perdana Menteri yang “dijolok” berkenaan pembubaran Parlimen, tetapi 28 juta rakyat Malaysia yang telah “dijolok” oleh Najib sejak dua tahun lalu supaya sentiasa berada dalam mod “PRU13” – semua disebabkan Najib merupakan Perdana Menteri yang paling tidak mampu membuat keputusan, teragak-agak dan berubah-ubah dalam sejarah Malaysia.

Najib telah pun mencipta dua rekod buruk politik sebagai Perdana Menteri.

Persoalannya ialah sama ada beliau akan mencipta dua lagi rekod buruk politik menjelang PRU13 diadakan.

Najib telah pun menjadi Perdana Menteri paling lama tanpa mandat pilihanrayanya sendiri – hampir tiga tahun dan 10 bulan, lebih lama daripada empat Perdana Menteri sebelumnya, iaitu Tun Abdullah, Tun Mahathir, Tun Hussein dan bapa beliau Tun Razak sebelum mereka mendapatkan mandat mereka sendiri selepas mengambil alih tampuk pemerintahan.

Najib juga mencipta rekod buruk kedua sebagai PM – dengan Parlimen di bawah pemerintahannya berjalan untuk satu penggal yang paling lama. Pilihan raya umum lalu yang terkenal dengan “tsunami politik” diadakan pada 8 Mac 2008, tinggal satu bulan tiga hari daripada ulangtahun ke-5 pilihan raya umum itu.

Secara umumnya ramai berpendapat bahawa Parlimen mestilah dibubarkan lima tahun selepas pilihan raya umum sebelumnya, iaitu “308” pada 2008 untuk penggal ke-12 Parlimen.

Tetapi yang sebenarnya bukan begitu, memandangkan menurut Perlembagaan, lima tahun penggal Parlimen mula dikira dari tarikh mesyuarat pertamanya, iaitu 28 April, 2008 dan bukannya daripada tarikh pilihan raya 8 Mac, 2008. Ini bermakna bahawa jangka hayat lima tahun Parlimen ke-12 hanya akan berakhir pada 27 April, 2013, ketika Parlimen akan terbubar dengan sendiri dengan pilihan raya umum bakal diadakan 60 hari tanpa memerlukan Perdana Menteri menghadap Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Adakah Najib akan mencipta rekod buruk ketiganya – dengan Parlimen ke-12 melepasi 8 Mac 2013 melebihi lima tahun tempoh semulajadi Parlimen, terpaksa bergantung kepada takrif perlembangan untuk penggal lima tahun Parlimen, buat pertama kalinya dalam 55 tahun!

Akan tetapi rekod buruk keempat yang benar-benar menghantui Najib – sama ada beliau akan menjadi yang pertama dari Barisan Nasional kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum dan Perdana Menteri UMNO terakhir dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia.

PRU13, bagaimanapun, tidak sepatutnya berkenaan Najib atau masa depan politik UMNO/Barisan Nasional. PRU13 sepatutnya tentang masa depan bangsa Malaysia dan 28 juta rakyat Malaysia setengah abad selepas Merdeka.

Undangan Najib kepada bintang Korea Selatan Psy untuk mempersembahkan Gangnam Style pada hari kedua Tahun Baru Cina sepatutnya menyampaikan poin itu kepada rakyat Malaysia.

Lima puluh tahun lalu, Korea Selatan lebih miskin dan mundur berbanding Malaysia, ketika itu tentu tidak terfikir bahawa akan ada bintang Korea Selatan yang mampu diterima sebagai sensasi nasional dan global di Malaysia, seperti hari ini, tidak dapat dibayangkan bahawa rakyat Malaysia mampu menjadi bintang yang membuat persembahan di Korea Selatan dan menjeadi fenimena nasional dan global yang menggemparkan Korea Selatan.

Yang menjadi masalah setengah abad lalu, keadaan berubah secara dramatik antara Malaysia dan Korea Selatan.

Magnitud perubahan nasib antara Malaysia dan Korea Selatan dapat dilihat pada data KDNK per kapita kedua-dua nehara untuk setengah abad lalu dari Bank Dunia dan International Monetary Fund:

KDNK Per Kapita (dalam US dollar)

Tahun Malaysia Korea Selatan
1960 299 155
1970 392 279
1980 1,769 1,689
1990 2,374 6,308
2000 3,992 11,347
2010 8,737 20,540
2012 10,578 23,021

Dalam setegah abad dari 1960 hingga 2012, KDNK Malaysia per kapita meningkat 35 kali ganda, amat sedikit dibandingkan dengan peningkatan 148.5 kali ganda KDNK per kapita Korea Selatan dalam tempoh itu.

Persembahan Gangnam Style Psy di Pulau Pinang pada hari kedua Tahun Baru Cina akan menyumbang malahan menjadi pengubah keadaan buat transformasi nasional Malaysia sekiranya mampu membuatkan lebih ramai rakyat Malaysia mencari jawapan kepada soalan yang penting – bagaimana Korea Selatan boleh berubah dalam tempoh setengah abad daripada negara miskin dan mundur menjadi negara yang dua atau tiga kali ganda lebih kaya daripada Malaysia dan mencapai lebih banyak kejayaan dalam hampir semua bidang yang diusahakan, dan mengamalkan formula itu bagi “Kemerdekaan Kali Kedua” Malaysia.

PRU13 adalah tentang ini – bagaimana Malaysia dapat menghentikan kerosakan nasional, menghentikan jurang melebar antara Malaysia dan Korea Selatan, dan memulakan perkembangan ekonomi dan menandingi pencapaiannya dalam semua bidang yang diusahakan.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur