Belanjawan 2013: Teriakan terakhir Najib?

Sebuah Sejarah Ringkas

Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri pada 28 September yang merupakan belanjawan keempatnya tidak memberi sebarang kejutan. Belanjawan tersebut hanya meniru corak Belanjawan sebelumnya yang telah dibentang sejak 1998, tahun berlakunya krisis kewangan Asia Timur.

Ciri-ciri tetap Belanjawan-Belanjawan itu adalah pengunaan kewangan defisit untuk meneruskan agenda BN menjaga kepentingan penduduk di kawasan pilihan raya mereka. Disamping mengekalkan penyokong tradisinya yang setia. Pengecualian cukai dan pemberian subsidi adalah sebahagian daripada alat yang digunakan.

Walaupun hasil-hasil daripada eksploitasi sumber-sumber asli yang menyumbang hampir satu per tiga pendapatan dapat menampungnya, Kerajaan telah berterusan melakukan defisit yang menyebabkan bertimbun hutang negara. Rasional asal bagi defisit adalah untuk merangsang dan mengaktifkan ekonomi selepas kemerosotan teruk berpunca daripada krisis Kewangan Asia Timur tahun 1998.

Dana awam pada asalnya digunakan untuk jaminan keluar syarikat-syarikat dan menyuntik sumber-sumber ke dalam sistem perbankan. Serentak dengan itu dasar fiskal yang kendur dijustifikasikan atas dasar mengalakkan sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi.

Projek-projek mega menjadi ciri-ciri utama era Mahathir; konsesi cukai diberikan kepada GLC-GLC dengan murah hati dan syarikat-syarikat kroni; Pengusaha tol dan pengeluar tenaga bebas (IPP) menerima manfaat terbanyak daripada kerjaan; subsidi pengguna ditambah bagi meredakan pengundi dan memastikan kesetian kelompok-kelompok penting.

Dalam tahun-tahun berikutnya, defisit berterusan ditanggung dan menjadi ciri-ciri tetap Belanjawan Malaysia. Janji untuk mencapai keseimbangan fiskal tidak pernah ditepati.

Pentadbiran Tun Abdullah melakukan beberapa cubaan tidak bersungguh-sungguh tetapi menyerah kepada tekanan kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan. Defisit pun berterusan.

Pilihan raya umum antara 1998 dan 2008 didahului dengan Belanjawan yang "enak rasanya" bagi mencipta ilusi segalanya dalam keadaan baik. Tetapi kekalahan teruk BN pada 2008 telah mengubah cara dana awam digunakan. Belanjawan terkini yang disampaikan Najib menuju kepada memberikan dan pelbagai pemberian-pemberian lain buat kumpulan penyokong penting.

Penyerahan itu ditujukan kepada kumpulan pengundi dan segmen-segmen masyarakat terpilih. Belanjawan 2013 mencadangkan penyerahan utama berikut:

a) RM60 juta bagi menaikkan pencen minimum daripada 720 ringgit kepada 820 ringgit untuk pesara Kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.

b) RM301 juta untuk insentif khas RM200 sebulan kepada semua pegawai dan anggota tentera berkuat kuasa 1 Januari 2013.

c) RM244 juta untuk RM1,000 one-off untuk membantu bekas tentera yang bersara awal.

d) RM3 bilion untuk bantuan RM250 kepada seisi rumah yang ketua isi rumah berpendapatan 3,000 ringgit dan ke bawah. Dan untuk individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan.

e) Cukai pendapatan individu diturunkan 1 mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

f) RM540 juta akan diperuntukkan untuk Pemberian Bantuan Persekolahan yang mana RM100 diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

g) Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji pada Disember 2012 manakala setengah bulan lagi akan diberikan pada bulan Januari.

Isu utama yang dihadapi Malaysia pada fasa yang kritikal dalam sejarah ekonomi negara ini adalah peningkatan hutang yang membahayakan.

Malaysia kini dalam bahaya krisis hutang yang serius. Malaysia berdepan dengan isu yang sama mencetuskan krisis kewangan yang dihadapi Greece dan negara-negara berekonomi lemah lain di dalam EUROZONE.

Dari satu segi keadaan di Malaysia adalah lebih buruk. Kelihatan betapa kurangnya keinginan untuk mengambil pengajaran atau berwaspada terhadap amaran yang diberikan IMF dan agensi-agensi pengkadaran.

Kurangnya ketelusan dan penafian terhadap hakikat yang berlaku mengundang bahaya yang diabaikan Perdana Menteri dalam usaha beliau membeli undi bagi pilihan raya akan datang. Dan membeli undi seperti telah menjadi matlamat tertinggi tanpa mengambil kira kesan ekonominya kepada negara.

Beliau benar-benar berkeras dalam perjalanannya mendapatkan kuasa.

Potensi krisis ini telah lama berlansung. Defisit Belanjawan telah mengembang dan untuk tahun 2012; hutang Kerajaan Persekutuan dianggarkan berjumlah RM502 juta atau 53.7 peratus GDP. Sedikit lagi mahu mencecah had saiz hutang yang dibenarkan yakni 55 peratus.

Hutang Kerajaan Persekutuan telah bertambah daripada RM229 bilion pada 2005 kepada RM501 bilion di bawah pemerintahan Najib. Oleh itu, lebih banyak hutang terkumpul dalam masa 6 tahun berbanding hutang terkumpul yang mengambil masa 48 tahun selepas merdeka.

Kerajaan nampaknya telah melencong jauh daripada fiskal yang mapan walau mensasarkan untuk mengurangkan defisit belanjawan kepada 4% KDNK bagi 2013 daripada 4.5% tahun ini, yang dikecilkan daripada sasaran awal 4.7%.

Anggaran-anggaran ini berdasarkan tanggapan yang optimistik terhadap pertumbuhan, meremehkan hakikat perbelanjaan akan meningkat selepas belanjawan tambahan diperkenalkan, adalah ciri-ciri strategi belanjawan Kerajaan. Keputusan akhirnya berkemungkinan lebih tinggi jika disandarkan pada pengalaman lalu.

Tak kiralah apa pun, anggaran defisit dan akibat saiz hutang Kerajaan Persekutuan tidak mengambil kira kenaikkan hutang kontijensi iaitu jaminan hutang yang dikeluarkan Kerajaan Persekutuan. Ia berjumlah RM96.9 bilion atau 12.2% KDNK pada akhir 2010 dan berkembang sehingga RM117 bilion menjelang akhir 2011. Dan ia terus bertambah.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur