Seruan dan objektif Pakatan Rakyat untuk PRU13 adalah “Bersatu dan Perintah” menyatukan semua kaum dan agama

Buat pertama kali dalam sejarah negara ini, pengundi di Sabag dan Malaysia menjadi tidak sabar menanti pilihan raya umum memandangkan mereka telah menanti lebih daripada dua Pilihan Raya ke-13 yang begitu kritikal dan genting.

Tidak kira di mana-mana seluruh Malaysia, baik di Sabah, Sarawak atau semenajung, sama ada ketika ceramah-ceramah, dialog-dialog atau lawatan-lawatan, soalan paling kerap ditanya adalah: “Bilakah pilihan raya umum akan diadakan?”

Walaupun ia telah menjadi satu permainan teka-teki peringkat nasional lebih daripada dua tahun, hanya seorang sahaja di dalam negara ini yang ada jawapannya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tetapi ironinya Najib sendiri tidak mempunyai jawapan memandangkan beliau sendiri dalam dua tahun ini begitu menderita memikirkan bilakah waktu yang sesuai untuk memanggil Pilihan Raya ke-13 – bukan kerana pertimbangan besar berkenaan negara atau atas sebab-sebab negara. Tetapi disebabkan oleh pendirian mementingkan diri sendiri dan survival politik beliau.

Satu-satunya pertimbangan Najib dalam menentukan waktu untuk memanggil pilihan raya bukanlah bergantung pada masa yang sesuai untuk Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional sama ada MCA, MIC, Gerakan atau parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak, tetapi bagaimana untuk memastikan beliau bukan sahaja dapat memperolehi mandatnya sendiri sebagai Perdana Menteri tetapi juga tidak menerima nasib yang sama seperti Tun Abdullah yang digulingkan oleh Umno sendiri pasca-PRU.

Untuk memastikan semua itu, Najib perlulah melakukan lebih baik daripada Abdullah sewaktu pilihan raya 2008 dengan memenangi lebih daripada 140 kerusi parlimen. Itu akan memberikan bonus kepada Najib sekiranya beliau gagal memperoleh majoriti dua pertiga untuk BN, yang bermakna beliau perlu memenangi sekurang-kurangnya 149 kerusi parlimen, atau menawan kembali kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Tetapi tiada seorang pun, termasuk Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO, betul-betul percaya terdapatnya kemungkinan yang Umno/BN boleh memenangi majoriti dua pertiga atau menawan semula kerajaan negeri Selangor.

Isu sebenar adalah sama ada Umno/BN boleh memenangi majoriti dua pertiga seperti mana yang dianggarkan oleh ahli psefologi untuk PRU13 iaitu antara 20 kerusi majoriti baik untuk BN atau PR.

Dalam erti kata lain, hasil PRU13 adalah ibarat melambung syiling – boleh jadi BN kembali menguasai Persekutuan atau Pakatan Rakyat menggantikan BN untuk memusnahkan hagemoni Umno untuk membentuk kerajaan pusat di Putrajaya.

Senario politik yang tidak pernah berlaku meletakkan kedua-kedua perikatan politik kepada satu ujian getir – dalam analisis akhir, perikatan politik yang mana bersedia untuk meletakkan kepentingan negara mengatasi segala kepentingan lain.

Sebagai contoh, seruan dan objektif Pakatan Rakyat untuk PRU13 adalah “Bersatu dan Perintah” yang sangat positif dan membina bagi menyatukan semua kaum, agama dan negeri sementara Umno dan Barisan Nasional yang begitu terdesak untuk berkuasa mengambil jalan tradisi mereka yang memecahbelahkan iaitu taktik “Pecah dan Perintah” bagi memecahbelahkan kaum, agama malahan negeri.

PR telah melepasi ujian nasional ini manakala Umno dan BN telah gagal melihatkan eksploitasi jahat mereka melibatkan politik kebencian, pembohongan dan penipuan untuk melaga-lagakan setiap kaum antara satu sama lain.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur