red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 1hb Jun 2012: 

SPRM mesti memberi kenyataan kes rasuah dan pengkhianatan berhubung dengan penjualan rahsia Tentera Laut Diraja kepada orang asing

Selepas dinaikkan dari status Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan peningkatan bidang kuasa, penambahan bajet dan bilangan kakitangan dalam 41 bulan yang lepas, kini orang awam telah hilang keyakinan didalam SPRM dalam isu profesionalisme, integriti dan keadilan.

Dalam perbahasan Rang Undang-undang SPRM dalam persidangan Parlimen bulan Disember 2008, Ahli-ahli Parlimen dan semua rakyat Malaysia dijanjikan satu peralihan status SPRM yang akan menyerupai ICAC di Hong Kong (Independent Commission Against Corruption) yang telah mendapat penghormatan tinggi diserata dunia sebagai satu entiti yang komited dalam memerangi rasuah dengan berani tanpa menyebelahi mana pihak dan tanpa mengira kedudukan, pangkat dan status mana-mana pihak.

Sebaliknya, SPRM masih dibelenggu dan dipergunaka sebagai salah satu alat Barisan Nasional untuk menganiya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan supaya mengecapkan identity mereka sebagai entiti yang berani, berdedikasi dan yang tidak akan berkompromi dalam memerangi rasuah sama terhadap ‘ikan bilis’ atau ‘ikan yu’.

Hari ini, SPRM telah mendapat liputan muka hadapan pelbagai media hari ini, termasuklah:

“SPRM telah membersihkan nama Shahrizat berkenaan dengan kontrak NFC, pinjaman”;

“Panel anti-rasuah mahukan kes siasatan Azmin dibuka semula”; dan

“Penyiasatan terhadap Taib, Musa masih belum diselesaikan”.

Akan tetapi, tajuk-tajuk utama muka hadapan ini memperteguhkan lagi persepsi dan keyakinan awam dimana bahawa SPRM masih belum berusaha untuk mencapai sasaran untuk menjadi seperi ICAC, tetapi sebaliknya masih sebagai BPR yang mempunyai bajet yang tinggi dan kakitangan yang ramai.

Dalam tahun 1996, Parlimen telah meluluskan bajet RM 29.4 juta untuk BPR dan dalam tahun itu juga Malaysia menduduki tempat ke 26 dalam Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index – CPI) Transparency International (TI) dengan mencatit skor tertinggi 5.32 dalam tempoh masa 17 tahun.

Bagi tahunn 2011, Parlimen telah meluluskan RM202.2 juta untuk SPRM, kira-kira 7 kali peruntukan pajet BPR dalam tahun 1996, tetapi kedudukan TI CPI jatuh mendadak ke tempat 60 diantara 183 negara dengan mencatit skor CPI yang paling rendah iaitu 4.3 daripada 10 dalam tempih 17 tahun.

Imej SPRM sebagai entiti yang tidak berkuasa dan tidak berkepentingan untuk berurusan dengan VIP dan kes-kes rasuah yang berprofil tinggi telah mendapat fokus utama bukan sahaja dengan paparan berita tajuk utama media tetapi juga dengan pendedahan di Bangkok oleh peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram dalam kes rasuah mereka terhadap syarikat DCNS di Paris yang mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal. Syarikat tersebut didakwa telah membayar Euro 36 juta (RM142 juta) untuk dokumen rahsia oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dalam anggaran kos kapal selam kelas – Scorpene.

Penjualan dokumen-dokumen maklumat rahsia penting (top secret) daripada Angkatan Tentera Laut Diraja merupakan satu perbuatan penderhakaan dan pengkhianatan negara. Ia juga satu kes rasuah yang memang buruk.

Rakyat Malaysia kini berhak untuk mengetahui mengapa SPRM, termasuklah panel yang menilai kaedah (Operations Evaluation Panel), yang langsung tidak kisah dengan tahap rasuah yang tinggi apabila mereka dijadikan boneka Barisan Nasional untuk menganggu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat - seperti yang dilihat dalam kes yang telah menyebabkan kematian Teoh Beng Hock dalam bulan Julai 2009, gangguan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim serta peranan yang jijik yang dimainkan oleh SPRM dalam kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dalam 2009 yang tidak berdemokratik, haram dan tidak berperlembagaan.

SPRM mesti memberi kenyataan kes rasuah dan pengkhianatan berhubung dengan penjualan rahsia Tentera Laut kepada orang asing yang berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional