red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 19hb Julai 2012: 

Mengapa tiada jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan untuk menangani peningkatan kadar jenayah yang mendadak dalam sejarah negara ini?

Kabinet semalam telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet khas berhubung dengan krisis air yang sedang melanda negeri Selangor.

Persoalan penting dalam minda semua rakyat Malaysia adalah mengapa tiada Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan untuk menangani peningkatan dalam kadar jenayah secara mendadak di negara ini.

Persoalan ini menjadi lebih serius berikutan mangsa jenayah yang terbaru – Puan Sri Faizah Shuib, 67, balu kepada bekas Menteri Kabinet Tan Sri Megat Junid yang pada masa itu Timbalan Menteri Dalam Negeri bagi tempoh lebih dari sedekad dari pertengahan tahun 80an sehingga 90an dan menjadi pelaksana utama Projek Mahathir di Sabah dalam awal tahun 90an.

Mengikut laporan yang dibuat, rumah Faizah disamun tiga lelaki yang dipercayai warga Indonesia yang telah melarikan diri dengan barang kemas serta jam tangan yang bernilai RM50,000 dan selama kejadian itu berlaku beliau telah diikat.

Apa yang dapat dilihat adalah satu nyahkorelasi diantara jaminan yang diberi bertubi-tubi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis berkenaan dengan penurunan kadar jenayah di negara ini dan pada masa yang sama, keyakinan orang awam serta pelabur-pelabur asing akan jaminan-jaminan ini dengan kejadian-kejadian jenayah yang sedang menghantui rakyat Malaysia di seluruh pelusuk negara – bukan sahaja di kompleks membeli belah, tetapi di jalanan, tempat-tempat awam dan juga dalam privasi kediaman sendiri!

Apa yang menarik perhatian saya adalah keputusan pengundian dalam satu blog pro-kerajaan yang telah tamat dua hari yang lalu dengan persoalan jikalau Hishammuddin benar-benar layak menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Daripada 622 pengundi dalam tinjauan tersebut dalam tempoh tiga hari itu, satu kejutan telah dilihat dengan 96% pengundi yang tidak menerima Hishammuddin dengan undi terbanyak (400 undi atau 64%) yang menyatakan Hishammuddin tidak layak untuk menjadi Menteri apa-apa pun, 102 undi atau 16% yang menyatakan Hishammuddin tidak layak menjadi Menteri Dalam Negeri dan sejumlah 94 atau 15% yang “sudah muak dengan Hisham”.

Hanya 26 sahaja yang mengundi ‘ya’ untuk Hishammuddin layak menjadi Menteri Dalam Negeri!

Dengan mengambil kira para penyokong blog ini yang daripada pihak Barisan Nasional, keputusan yang diperoleh merupakan sesuatu yang amat mengejutkan yang menunjukkan keyakinan awam serta sokongan bagi Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri telah sampai kepada satu tahap yang rendah walaupun dikalangan kumpulan UMNO/BN.

Tinjauan undian ini menunjukkan 96% ketidakyakinan dan sokongan yang menjunam untuk Hishammuddin dalam blog pro-kerajaan yang digunakan oleh penyokong pro-Barisan Nasional telah merobohkan tema “Janji DiTepati”, terutama sekali dengan ancaman kadar jenayah yang mendadak di negara ini – dengan persoalan baru samada perlukah kita seorang Menteri Dalam Negeri yang baru untuk memberi jaminan bahawa hak asasi manusia setiap warga Malaysia terpelihara dan dihormati, hak keselamatan terjamin dan tiada perasaan takut dalam negara sendiri akibat kejadian jenayah.

Setelah lebih tiga tahun sebagai Menteri Dalam Negeri, dapatkah Hishammuddin mengatakan bahawa beliau telah berjaya dalam memberi jaminan keselamatan serta tiada lagi perasaan takut dalam negara sendiri akibat kejadian jenayah kepada semua rakyat Malaysia?

Lapan tahun yang lepas, Suruhanjaya DiRaja Polis Dzaiddin telah menjalankan satu kaji selidik awam diantara 22 November 2004 dan 1 Disember 2004 dan telah mendapati bahawa 89% daripada jumlah 575 orang dewasa dari seluruh pelusuk negara yang ditanya, berasa “bimbang” atau “amat bimbang” berhubung dengan kejadian jenayah dalam kawasan kejiranan mereka. Hanya 11% atau dalam nisbah satu dalam sepuluh responden tidak berasa bimbang. Tahap ‘kebimbangan’ mereka ini seragam tanpa mengira kumpulan etnik yang berlainan di kawasan bandar daripada 13 negeri serta Wilayah Persekutuan.

Dalam lima tahun selepas lantikan Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri telah menjalankan satu tinjauan kaji selidik ‘online’ dalam laman sesawangnya daripada 20 hingga 28 Julai 2009 dan telah mendapati satu hakisan dalam keyakinan awam berhubung dengan situasi jenayah serta perasaan takut akibat situasi ini yang telah meningkat daripada 89% dalam 2004 sehingga 97% - sementara responden yang lain yang berasa ‘selamat’ daripada ancaman jenayah jatuh mendadak daripada satu dalam sepuluh dalam tahun 2004 kepada satu dalam 100 dalam 2009!

Keputusan tinjauan dalam laman sesawang Kementerian Dalam negeri dalam 2009 adalah:

  • 97% atau 9,729 daripada 10,060 responden berasa takut disebabkan tahap jenayah yang tinggi dengan hanya 1% atau 89 responden yang berasa selamat dan 2% daripada 242 responden tergolong dalam kategori “tidak pasti”.

  • 95% atau 8,883 daripada 9,319 responden berasa bahawa tiada jaminan yang diberi kepada keselamatan orang awam berbanding 3% atau 248 responden yang berasa keselamatan mereka terjamin, dengan 2% atau 188 responden yang jatuh dalam kategori “tidak pasti”.

  • 94% atau 8,743 daripada 9,261 responden berasa bahawa kerajaan tidak berusaha dengan secukupnya untuk menjamin keselamatan orang awam dengan hanya 2% atau 185 responden yang berasa kerajaan memang telah lakukan yang terbaik, dan 4% atau 333 orangyang berasa “tidak pasti”?

Beranikah Hishammuddin menyoal Kementerian Dalam Negeri untuk mengemaskini tinjauan ‘online’ soal selidik ini dalam laman sesawang Kementerian Dalam Negeri untuk mengesahkan samada dalam tiga tahun ini, adakah wujud apa-apa penambahbaikan dalam peratus responden yang berasa tidak selamat disebabkan kadar jenayah yang tinggi; keduanya, keselamatan orang awam tidak dijamin dan ketiganya, bahawa kerajaan tidak melakukan apa yang sepatutnya untuk menjamin keselamatan orang awam dengan secukupnya?

Tinjauan soal selidik ini dalam ketiga-tiga kategori ini, tiga tahun yang lalu namoaknya muram sahaja – daftar nama 97% responden yang berasa tidak selamat disebabkan kadar jenayah yang tinggi; 95% yang berasa keselamatan orang awam tidak terjamin dan bahawa kerajaan tidak melakukan apa yang sepatutnya untuk menjamin keselamatan orang awam dengan secukupnya.

Tiga tahun telah berlalu dengan Hishammuddin memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri. Jika satu tinjauan soal selidik dijalankan sekarang, adakah keputusan dari tinjauan yang baru ini jauh lebih teruk dari yang sebelumnya?

Masa sudah sampai untuk mengakhiri ‘sindrom penafian’ ini mengenai ketidakpercayaan dan keraguan dakwaan kerajaan akan penurunan dalam statistik jenayah sejak pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam usaha membanteras jenayah dan situasi sebenar perasaan tidak selamat disebabkan jenayah yang dilihat berada pada paras tertinggi dalam sejarah negara ini.

Oleh itu, amat malang yang Kabinet telah gagal untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet berhubung dengan situasi jenayah atau memasukkan dalam agendanya, kegagalan kerajaan untuk memelihara dan mempertahankan dua hak asasi yang penting – hak keselamatan daripada ancaman jenayah dan hak dan tiada perasaan takut dalam negara sendiri akibat kejadian jenayah yang berleluasa.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional