red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Ucapan pembukaan oleh Lim Kit Siang dalam forum “Justice in a Period of Change” bagi sebahagian daripada program ulangtahun ketiga kematian Teoh Beng Hock yang diadakan di KL/Selangor Chinese Assembly Hall pada hari Selasa, 10hb Julai 2012: 

Kes Teoh Beng Hock juga akan diberi keutamaan dalam “peralihan keadilan” dalam kerajaan baru PR di Putrajaya

Kematian Teoh beng Hock dalam tangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (MACC) di ibupejabat mereka di Shah Alam pada 16, Julai 2009, bersama dengan kes-kes lain seperti kes Ahmad Sarbaini, Amunurasyid dan V. Kugan akan diberi keutamaan dalam keadilan zaman peralihan kerajaan baru Pakatan Rakyat di Putrajaya selepas PRU13 untuk meneliti pencabulan hak asasi manusia dan memulihkan kepercayaan terhadap system kerajaan berdemokrasi.

Apa maksudnya “keadilan peralihan” (transitional justice)?

Biar saya memetik daripada International Center for Transitional Justice (ICTJ):

“Keadilan peralihan” merujuk kepada satu set langkah-langkah penghakiman dan bukan-penghakiman yang telah diimplementasikan oleh pelbagai negara dengan niat untuk membetulkan peninggalan cabulan terhadap hak asasi manusia. Langkah-langkah ini termasuklah dakwaan jenayah, suruhanjaya kebenaran, program pampasan dan pelbagai pembaharuan institusi.

Keadilan peralihan ini bukanlah suatu bentuk ‘keadilan’ yang istimewa, tetapi satu pendekatan untuk mendapat keadilan pada masa peralihan daripada keadaan yang konflik dan/atau keadaan represi. Dalam mencapai akauntabiliti dan memberi keutamaan kepada golongan mangsa, keadilan peralihan memberi pengiktirafan mangsa, mempromosikan kepercayaan sivik dan mengukuhkan perundangan yang berdemokratik.

Akibat daripada pencabulan hak asasi manusia, mangsa-mangsa telah mengesahkan hak mereka untuk melihat penjenayah dihukum, untuk mengetahui apa yang benar, dan untuk menerima pampasan.

Oleh kerana pencabulan hak asasi manusia secara sistemik bukan sahaja menjejaskan mangsa-mangsa secara langsung, tetapi masyarakat sejagat juga, dan sebagai menjalankan kewajipan mereka ini, negeri-negeri diberi tugas untuk memastikan pencabulan seperti ini tidak akan berlaku lagi dan dengan itu, tugas baru untuk membaharui institusi yang sebelum ini samada terlibat atau tidak mampu untuk mencegah pencabulan seperti ini.

Sejarah pencabulan-pencabulan seperti ini yang tidak pernah diberi perhatian mungkin akan memecahbelahkan masyarakat, mungkin akan menimbulkan ketidakpercayaan diantara kumpulan berbeza dan dalam institusi dalam kerajaan negeri, dan untuk menggendalakan pencapaian dari segi keselamatan dan pembangunan. Ia akan menimbulkan persoalan mengenai komitmen terhadap kedaulatan undang-undang dan akhirnya akan membawa kepada pengulangan pencabulan dan penganiyaan dalam pelbagai bentuk.

Sepertimana yang dilihat dalam kebanyakan negara dimana pelbagai pencabulan hak asasi manusia mengambil tempat, dakwaan ‘keadilan’ enggan ‘hilang’.

Dalam beberapa dekad yang lalu, ‘keadilan peralihan’ telah mendapat tempat penting dalam undang-undang antarabangsa dan baru-baru ini, semua negeri dijangka menyemadikan dan memartabatkan empat kewajipan yang amat penting dalam isu hak asasi manusia dalam peperangan terhadap kebebasan dari penghukuman serta untuk menghormati hak-hak mangsa, seperti:

  • Untuk mengambil langkah-langkah yang patut untuk mengelakkan pencabulan hak asasi manusia;

  • Untuk mengadakan penyiasatan yang serius berhubung dengan pencabulan yang berlaku;

  • Untuk mengenakan sekatan keatas sesiapa yang bertanggungjawab diatas pencabulan itu;

  • Untuk memastikan pampasan yang sewajarnya diberikan kepada mangsa pencabulan ini.

Dalam kes tragik Teoh beng Hock, kerajaan Malaysia telah gagal untuk meneliti keempat-empat kewajipan asas ini – sebab-sebab yang cukup berat mengapa ‘keadilan peralihan’ harus diimplementasikan sekiranya wujud satu perubahan dalam PRU13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengkhianati kepercayaan kepada keluarga Teoh Beng Hock pada 28 Julai 2009 apabila membuat deklarasi bahawa dalam mencari kebenaran sebab dan keadaan sekeliling kematian TBH. Adalah jelas bahawa pentadbiran Najib bukan serius dalam usaha menegakkan keadilan dan membawa pembunuh Teoh ke muka pengadilan.

Dua minggu yang lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed telah berkata bahawa MACC akan menentukan tindakan disiplin terhadap tiga pegawai MACC yang telah dinamakan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja TBH yang telah “mendorong… Teoh… untuk membunuh diri… dengan cara soal siasat yang agresif, opresif dan bertubi-tubi” – dimana ketiga-tiga pegawai tersebut sepatutnya didakwa di mahkamah diatas pelbagai kesalahan jenayah termasuklah sumpah palsu dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja dan Inkues TBH serta pembukaan semula penyiasatan yang serius terhadap pembunuh Teoh kerana Suruhanjaya Siasatan Diraja telah mendapati siasatan awal pihak polis telah dilemahkan oleh konspirasi “senyap” oleh pegawai MACC untuk menangkis siasatan pihak polis daripada mendapat kebenaran dan untuk memesongkan haluan keadilan.

Keutamaan kes Teoh Beng Hock untuk ‘keadilan peralihan’ akan mematuhi lapan objektif – pengesahan kebenaran, pemberian platform kepada mangsa-mangsa, membawa penjenayah akauntabel, pengukuhan kedaulatan undang-undang, pampasan kepada mangsa, melaksanakan pembaharuan institusi, mempromosikan perdamaian dan mempromosikan pertimbangan awam.

Semua kes pencabulan hak asasi manusia dan budaya sambil lewa, samada berhubung dengan misteri kematian Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbaini, Aminurashid, V. Kugan, akan menjadi kes yang benar bagi ‘keadilan peralihan’ sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan baru di Putrajaya in PRU13.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional