red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 10hb Julai 2012: 

Kejayaan kembalinya ‘Mahathirisme’

Dalam minggu yang lepas, Tun Mahathir telah bertanya mengapa saya membencinya sebegini. Semalam, beliau telah melemparkan persoalan mengapa saya begitu takut akan dia.

Kedua-dua persoalan itu nyata salah. Sepertimana yang telah saya katakana pada hari Sabtu lepas, “seperti tiga bekas Perdana Menteri yang lalu, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein dan Tun Abdullah serta majoriti rakyat Malaysia dalam era ini, apa yang saya tentang adalah ‘Mahathirisme’ dan ‘pengembaliannya’ kedalam senario politik Malaysia menjelang pilihanraya umu ke-13.

Mahathir kini dalam mod sinis yang terbaik buatnya.

Mahathir telah membuat kenyataan hebat yang menyindir dalam kenyataan “Mahathirisme” sudah “mati” apabila Tun Abdullah mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripadanya dalam 2003.

Hakikatnya, “Mahathirisme” bukan sahaja masih bernyawa dan hidup lagi tetapi ‘pengembalian’ “Mahathirisme” kini sedang menikmati fasa yang amat menarik semenjak penggantian Abdullah dengan Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh 39 bulan yang lalu.

Keadaan “Mahathirisme” yang mendadak ini boleh dilihat melalui:

  • Temubual Mahathir pada hari Ahad lepas bersama Mingguan Malaysia dimana beliau mengutuk kaum Melayu dengan “kebodohan” mereka yang telah menyebabkan kumpulan etnik yang besar menunduk kepada tuntutan golongan minoriti, yang melibatkan pengiktirafan sijil daripada Kolej Tuanku Abdul Rahman (TARC), serta mengatakan bahawa komuniti tersebut telah gagal untuk “mengeksploitasikan bilangan majoritinya semenjak kemerdekaan untuk menyatukan kuasa”;

  • dalam ucapannya di Pulau Pinang malam semalam bahawa jika Barisan Nasional tumpas dalam Pilihanraya Umum ke-13, pihak Pembangkang akan memusnahkan Negara ini;

  • tindakan beliau dalam mengapi-apikan isu perkauman dan menanam ketakutan dikalangan kaum melayu dengan amaran dan dakwaan melulu bahawa (i) Melayu akan hilang kuasa sekiranya UMNO kalah dalam pilihanraya umum yang akan datang; (ii) bahawa Najib adalah Perdana Menteri yang lemah dan pembaharuan akan mencetus rusuhan; (iii) bahawa PRU13 adalah mengenai isu perkauman dan bahawa pengundi Cina akan menetukan halatuju arus PRU13 yang akan menentukan pihak mana yang akan menjadi kerajaan yang baru.

Persoalannya adalah samada puak-puak atau kuasa-kuasa yang mewakili “Kejayaan Kembalinya ‘Mahathirisme’ berada pada pangkal konspirasi kepalsuan dan fitnah anti-nasionalisme untuk mewujudkan keadaan yang syak wasangka, panik dan ketakutan terutamanya dikalangan kaum Melayu menjelang PRU13, dan mengabaikan sepenuhnya kesan-kesan yang akan membinasakan pembangunan Negara selama 54 tahun termasuklah konsep Bangsa Malaysia dalam visi Wawasan 2020 serta konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib.

Semalam, kempen yang dilancarkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia yang berbaur fitnah, rasis dan anti-nasional telah mengesahkan peranan mereka sebagai “surat khabar pembohong” dan bukannya akhbar apabila ia jelas tidak jujur dan membelakangkan etika kewartawanan dengan laporan mereka yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen untuk mendominasi Pakatan Rakyat dan melantik Perdana Menteri pada pilihan raya umum ke 13 nanti sebagai tajuk utama muka hadapan.Laporan Utusan yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding 90 daripada 222 kerusi dalam PRU13 untuk mendominasi Pakatan Rakyat dan melantik Perdana Menteri yang baru.

Walaupun pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat semalam telah menafikan dan menyangkal laporan Utusan yang “liar, palsu dan tidak berasas”, dan saya telah menyatakan dalam kenyataan media saya walaupun pengagihan kerusi diantara parti-parti Pakatan Rakyat masih dalam perbincangan, “DAP bukan dalam perbincangan untuk bertanding lebih dari 60 kerusi parlimen atau kurang dari 28 peratus daripada 222 kerusi parlimen, Utusan Malaysia tetap mengendahkan penafian-penafian ini dan hari ini masih terus menerbitkan laporan dan artikel yang bahawa “DAP akan bertanding 90 kerusi” yang jahat dan palsu.

Ini adalah satu contoh “Kejayaan Kembalinya Mahathirisme” yang dahsyat dan amat tidak bertanggungjawab!

Menarik juga untuk melihat berapa ramai anak bangsa Malaysia yang mempercayai kata-kata Mahathir atau bersetuju dengannya bahawa “Mahathirisme” telah “mati” apabila Abdullah menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Mahathir telah mendakwa bahawa Abdullah telah “mengubah UMNO, BN dan Kerajaan sehingga mereka tidak kelihatan lagi seperti institusi yang sudah lama saya kenal” dan ini telah membuatkannya meletak jawatan daripada UMNO.

Trajedi paling teruk Abdullah adalah kegagalannya untuk menanggalkan unsur-unsur perkauman, autoritisme, korupsi dan kronisme “Mahathirisme” (yang berbeza daripada pengembalian Mahathir) sebagai satu agenda yang mustahil.

Ini merupakan salah satu daripada isu yang perlu diselesaikan dalam PRU13 – untuk mewujudkan permulaan yang baru bagi Malaysia yang mungkin dapat mencantas “Mahathirisme” yang dibelenggu penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kronisme sepenuhnya, dimana setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, status, negeri, jantina atau umur boleh bersatu padu seperti satu usaha kebangsaan seperti Bersih 3.0 pada 28 April untuk membina satu Malaysia baru yang harmoni, berdemokrasi, adil, kompetitif, progresif dan bersih.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional