Laporan GFI terkini adalah amaran ketiga laporan antarabangsa yang buruk bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Malaysia

Laporan terkini Global Financial Integrity (GFI) berkenaan sejumlah besar RM196.8 bilion dalam penyaluran keluar wang haram dari Malaysia pada 2010, mengakibatkan sejumlah RM871 bilion larian modal haram dari negara sejak 10 tahun lalu (2001-2010), merupakan amaran ketiga laporan buruk antarabangsa pada bulan terakhir tahun ini bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Malaysia.

Laporan GFI mecatatkan tiga laporan buruk antarabangsa berkenaan Malaysia dalam bulan terakhir tahun ini untuk mengingatkan rakyat Malaysia mengapa sudah sampai masanya untujk menukar kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum yang bakal menjelang.

Masih terdapat 11 hari lagi sebelum berakhirnya bulan Disember untuk tahun 2012. Apakah akan ada satu lagi laporan buruk antarabangsa tentang Malaysia untuk menjadikannya empat laporan buruk antarabangsa dalam bulan terakhir tahun ini?

Dua laporan buruk antarabangsa berkenaan Malaysia yang diterbitkan bulan ini adalah:

  • Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2012 - meskipun terdapat perubahan metodologi untuk mata dan kedudukan CPI TI, kebenaran yang tidak dapat dinafikan adalah korupsi di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari 2009-2012 lebih buruk daripada korupsi di bawa lima Perdana Menteri sebelumnya, termasuklah Tun Abdullah dan Tun Mahathir;

  • Kajian Aliran Dalam Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMMS) 2011 menunjukkan bahawa Malaysia sedang tewas di dalam perjuangan untuk masa depan, kerana keputusannya menonjolkan bahawa Malaysia sedang menghadapi dua krisis pendidikan, dengan sistem pendidikan Malaysia memberikan pendidikan yang lebih lemah saban tahun serta pelajar-pelajar Malaysia tewas dengan teman-teman mereka di negara lain di dalam subjek penting matematik dan sains yang menentukan sama ada Malaysia boleh berjaya untuk mentransformasikan dirinya menjadi negara bercaya saing, berdaya cipta dan berpendapatan tinggi di persada antarabangsa.

Tahun 2012 berakhir dengan agak mengecewakan baik untuk negara mahupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bukan sahaja tiga laporan buruk antarabangsa buat Malaysia di dalam bulan terakhir Disember 2012, tetapi negara terus dihantui oleh kerajaan korup, tidak demokratik dan zalim sejak berdekad lamanya.

Baru-baru ini, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir membuat satu kenyataan yang tidak mungkin dapat dilupakan iaitu lebih baik memilih syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali.

Apa yang Mahathir tidak ambil kira adalah bahawa hantu masa lalu semakin mengambil tempat di dalam politik Malaysia - bukan sahaja hantu warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh; Teoh Beng Hock, mangsa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ramai lagi yang "dibunuh" ketika di dalam tahanan polis seperti A. Kugan yang sedang meraung menuntut keadilan, tetapi juga "hantu" pada masa lalu.

Pendedahan mengemparkan seorang pengedar permaidani, Deepak Jaikishan berkenaan kes pembunuhan Altantuya; tindakan berbalas-balas serangan di antara bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Ramli Yusof berkenaan salahguna kuasa yang dilakukan masing-masing; tuduhan terbuka salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, adalah sebahagian daripada rahsia buruk yang menanti untuk melompat keluar tetapi tiada siapa menjangkakan yang pemerintahan UMNO/BN akan mencari hingga ke dasar kebenarannya.

Hanya perubahan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam PRU13 100 hari lagi dapat menyelesaikan dan mententeramkan semua "hantu" dari pemerintahan UMNO/BN, terutamanya sepanjang tiga dekad lalu - termasuklah siapa yang bertanggungjawab membunuh juruaudit Jalil Ibrahim di Hong Kong dalam skandal besar pertama era Mahathir, skandal RM2.5 bilion Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pada tahun lapan puluhan.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur