red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 16hb Ogos 2012: 

Mengapa pula saya dipaparkan, dan lebih teruk lagi, dicemuh dalam laman web rasmi Facebook bagi filem Tanda Putera?

Penjelasan yang telah diberikan oleh pengarah filem Datin Paduka Shuhaimi Baba berhubung dengan filem insiden 13 Mei, Tanda Putera bahawa saya tidak dipaparkan dalam filemnya langsung tidak meyakinkan saya.

Ini adalah kerana penjelasan yang telah diberikan oleh Shuhaimi berhubung dengan kandungan laman web rasmi Facebook bagi filem Tanda Putera yang memaparkan dan memfitnah saya bahawa saya telah kencing dibawah tiang bendera yang mengibarkan bendera negeri Selangor di rumah Menteri Besar Selangor pada amasa itu, Datuk Harun Idris dan provokasi rusuhan 13 Mei 1969, langsung tidak memuaskan.

Gambar yang menunjukkan saya diheret yang kemudiannya diturunkan membawa kapsyen yang berbentuk:

“Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Harun Idris”. Gambar dan penerangan dibawah gambar tersebut telah dimuat naik kedalam album gambar dalam lam web rasmi Facebook bagi filem “Tanda Putera” yang bertajuk “Peristiwa-peristiwa yang dimuatkan di dalam filem ini”.

Penjelasan Shuhaimi bahawa pencipta filem tersebut telah menerima banyak gambar daripada warga alam maya yang telah dikongsi dalam laman web Facebook, termasuklah gambar yang menyinggung itu serta tindakan menurunkan gambar tersebut daripada laman Facebook selepas banyak aduan yang telah diterima tentang gambar itu, tidak boleh dipercayai atau diterima.

Ini adalah kerana dakwaan liar yang tidak berasas bahawa saya telah kencing dibawah tiang bendera didalam rumah Menteri Besar Selangor serta provokasi rusuhan 13 Mei 1969 telah dikeluarkan dalam laman web rasmi Facebook sendiri bagi filem “Tanda Putera” dan bukanlah “maklumat perkongsian” (shared information) dikalangan warga alam maya - yang memberi maksud ianya disarikan daripada filem itu sendiri.

Selagi tiada penjelasan yang memuaskan dan mencukupi diatas rujukan yang berbaur fitnah yang memaparkan saya dalam laman web Facebook bagi filem Tanda Putera, saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan itu.

Amat mengecewakan apabila Shuhaimi mengambil masa selama 4 minggu, semenjak penerbitan pertama pada 20 Julai 2012 dalam laporan laman web Malaysiakini yang bertajuk “New May 13 movie courts controversy” untuk menyatakan bahawa saya tidak dipapar dalam filem tersebut – yang memberi ruang untuk angkatan tentera “cybertroopers” untuk melonjakkan lagi kempen pemfitnahan dan pembohongan mereka berdasarkan dakwaan episod “kencing” untuk menuduh saya memprovokasi rusuhan 13 Mei 1969 walaupun sudah berkali-kali saya mengulangi kenyataan bahawa saya tidak berada di Kuala Lumpur pun pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.

Pada masa Malaysiakini meliputi laporan filem 13 Mei ini, saya sedang dalam lawatan tiga hari ke Sabah pada 20 Julai bersama Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng.

Pada masa yang sama dalam ceramah DAP di Inanam Sepanggar, mengikut laporan Malaysiakini tentang filem 13 Mei, saya telah menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa:

  • Saya telah “kencing dibawah tiang bendera yang menyibarkan bendera negeri Selangor di rumah kediaman MB Selangor pada masa itu Harun Idris seperti yang didakwa dalam lama web Facebook filem tersebut;

  • Bahawa saya telah memprovokasi rusuhan 13 Mei walhal saya tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969!

  • Tambahan pula, gambar yang digunakan dalam laman web Facebook filem tersebut bukan gambar yang diambil pada tahun 1969 tetapi dalam satu insiden yang lain pada tahun 1984, selepas 15 tahun!

Semalam Shuhaimi telah menyatakan bahawa kajian yang mencukupi telah dijalankan untuk memastikan kandungan filem itu tepat dari aspek sejarah seperti meneliti dokumen-dokumen dan gambar-gambar untuk memastikan babak-babak yang digunakan tepat dengan arus sejarah pada masa itu. Rujukan tersebut dibuat terhadap laporan dan temuduga bersama bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar.

Adakah Kertas Putih yang diterbitkan oleh Majlis Gerakan Negara pada 9 Oktober 1969 atau buku tulisan Tunku abdul Rahman “May 13 - Before and After” ataupun temuduga bersama Hanif, seorang pegawai Cawangan Khas yang terikat dengan NOC, atau Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada masa itu menyandang jawatan setiausaha NOC, mengeluarkan apa-apa maklumat berhubung dengan insiden “kencing di rumah Menteri Besar Selangor” atau mana-mana insiden “kencing oleh mana-mana pihak pun”?

Saya belum lagi menonton filem Tanda Putera tetapi dengan melihat treler filem tersebut, banyak persoalan yang sah ditanya telah timbul - samada filem tersebut benar-benar memaparkan kronologi sejarah yang sah, tepat dan benar dengan merujuk kepada rusuhan 13 Mei.

Sebagai contoh, ada satu babak perarakan dimana peserta-peserta perarakan tersebut dilihat membawa poster Mao Tse Tung. Adakah benar peristiwa ini sah mengikut kronologi sejarah dimana adalah satu kesalahan untuk memiliki buku-buku Mao pada tahun 1969, apatah lagi membawa poster gambar Mao?

Kata Shuhaimi, babak kontroversial rusuhan 13 Mei hanyalah 10minit sahaja daripada tempoh 115 minit filem itu, tetapi beliau harus sedar bahawa mana-mana babak yang menggambarkan rusuhan 13 Mei dalam 10 minit ini bukan sahaja mampu mengeruhkan baki 105 minit filem tersebut, tetapi daripada menyatukan rakyat Malaysia, ianya akan menyumbang kepada pemecahbelahan diantara masyarakat.

Adakah kita mahu memberi ruang untuk dibelenggu roh 13 Mei untuk terus menghantui kita serta menyumbang kepada masyarakat yang dipecah-belahkan atau adakah kita mahu bergerak kehadapan sebagai satu suara rakyat yang bersatu padu untuk membina satu Negara yang lebih makmur dan lebih harmoni dengan mendapat pengajaran daripada insiden 13 Mei?


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional