red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Khamis, 22hb Julai 2010: 

Ketua Setiausaha Negara Sidek dirinya berasa kesal atas perlakuan "melampaui batas" dalam menyebelahi dan bukannya menegur Nik Ali sekeras-kerasnya kerana melanggar kod perkhidmatan kerajaan apabila muncul dalam sidang media UMNO untuk mengutuk Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai “biadab” dan “dayus”

Pada hari Selasa baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan bahawa tiada tempat untuk Napoleon kecil dalam perkhidmatan awam yang tidak memahami kepentingan inovasi jika ingin menjayakan Program Transformasi Kerajaan.

Sesungguh pun, amat dikesali ketika Napoleon Kecil baru membangkit, mereka telah diberikan pembelaan sepenuhnya dan sokongan, dan bukannya ditegur sekeras-kerasnya dan diletakkan di tempat yang sesuai.

Contoh sokongan terkini yang diberikan kepada Napoleon kecil dan bukannya memberikan tamparan ialah pembelaan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara terhadap Nik Ali Nik Yunus, Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang atas kutukannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sidek mengatakan bahawa tuduhan Guan Eng atas Nik Ali telah "melampaui batas".

Sidek yang sepatutnya berasa kesal atas perlakuan "melampaui batas" dalam menyebelahi dan bukannya menegur sekeras-kerasnya Nik Ali kerana melanggar kod perkhidmatan kerajaan yang memperuntukkan tiada unsur parti dan politik dan awam apabila beliau muncul untuk mengutuk Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai “biadab” dan “dayus” dalam sidang media UMNO tersebut.

Apa yang paling mengejutkan ialah, tiada Menteri Kabinet menunjukkan kejutan dan semuanya macam menyetujui perlakuan "Napoleon kecil" oleh Nik Ali.

Adakah tiada seorang Menteri Kabinet pun – sama ada dari UMNO, MCA, Gerakan atau Sabah/Sarawak Barisan Nasional parti komponen – yang berani meluahkan bantahan atas sifat "Napoleon kecil" Nik Ali dalam perkhidmatan awam kerana kepemimpinan UMNO?

Program Transformasi Kerajaan ialah salah satu daripada empat tiang kepada program transformasi nasional Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggerakkan Malaysia dari perangkap pendapatan sederhana selama dua dekad ke satu negara maju yang keseluruhan, berkekalan dan berpendapatan tinggi.

Sesungguh pun, jika Napoleon kecil seperti Nik Ali dibenarkan bebas daripada tindakan tegas dalam membongkar sikapnya yang langsung tidak menghormati wakil rakyat yang dipilih serta satu kerajaan negeri yang dipilih dengan secara terbuka tanpa mengendahkan kod perkhidmatan kerajaan yang memperuntukkan unsur politik yang berkecuali, saksama dan awam, maka tiang program transformasi nasional Najib akan dikoyak dalam potongan-potongan dan pecahan-pecahan kecil, kehilangan segala kebolehpercayaan rakyat serta kesahan.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen bagi Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional