red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Media Statement by Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Monday, 25th January 2010: 

 

Awang Selamat’s vial of poison, lies and sedition and the rise of Middle Malaysia

Mingguan Malaysia’s Awang Selamat is ironically furnishing the best evidence of the rise of Middle Malaysia.

His Sunday vial of poison, lies and sedition, “Melayu sokong DAP?” in Mingguan Malaysia’s leader page today – for instance the falsehoods that DAP is anti-Malay and wants to abolish the Malay monarchy by establishing a republic – would have sparked unrest and turmoil in Malaysia pre-March 8, 2008 when mainstream media (msm) were virtually the sole source of information in the country.

But today, there would be those who would read Awang’s latest spiel of poison, lies and sedition with a yawn because it lacks credibility, although its capacity to create mischief cannot be under-estimated as not all Malaysians can escape the thrall of the Umno/Barisan Nasional monopoly of msm.

In previous years, DAP leaders would be very alarmed by such poisonous and seditious fare in the Utusan newspapers.

There is still cause for alarm but also room for confidence that with the rise of a Middle Malaysia it is no more a one-sided affair where Mingguan Malaysia lies are taken as gospel truth. More Malaysians, whether Malays, Chinese, Indians, Kadazans and Ibans, have a greater capacity to discern truth from falsehoods like those spouted by Awang Selamat in Mingguan Malaysia yesterday.

The best way to debunk Awang’s poison, lies and sedition is to subject it to the exposure of reason and truth, but this does not mean that those in authority, particularly the Police and the Attorney-General should not take the necessary action against Awang Selamat and Mingguan Malaysia to protect the integrity and the best interests of plural Malaysia.

Awang’s venom is reproduced below:

Mingguan Malaysia

24.1.10

Rencana

Bisik-Bisik Mingguan

Awang Selamat

Melayu sokong DAP?

Benarkah makin ramai Melayu menyokong DAP? Itulah yang digembar-gemburkan oleh para pemimpin DAP dalam ceramah, perhimpunan mahupun menerusi media kebelakangan ini.

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang menyaksikan parti itu menang banyak kerusi, dijadikan modal pukal bahawa semua kaum termasuk Melayu memihak kepada DAP.

Bukanlah Awang mahu terjebak dengan sindrom penafian tetapi apa yang diuar-uarkan oleh parti tersebut tidak lebih sekadar muslihat.

Berdasarkan maklum balas yang akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia terima selain pemerhatian menerusi banyak blog, apa yang didakwa oleh DAP tidak benar malah makin ramai orang Melayu menolak parti berkenaan.

Awang turut menerima limpahan emel yang marahkan DAP sejak beberapa bulan lalu berikutan banyak isu termasuk penghinaan terhadap raja Melayu dan usaha membawa pemimpin PKM, Chin Peng pulang.

Anehnya para pemimpin DAP menggambarkan parti itu menerima sokongan secara langsung yang meluas daripada masyarakat Melayu sedangkan hakikatnya cukup berlainan.

Kejayaan DAP mendapat banyak undi Melayu pada PRU ke-12 adalah atas sokongan para penyokong Pas selain sebahagian lagi penyokong PKR. Jika tidak kerana faktor Pas, DAP tidak akan mendapat sokongan Melayu yang signifikan.

Sesungguhnya masyarakat Melayu masih menghindari DAP apatah lagi dalam senario pasca PRU ke-12. DAP menjadi lebih rasis dan semakin agresif dalam gerak tindak mereka untuk menulis semula Perlembagaan negara. Yang tersirat, hala tuju parti itu adalah bagi menubuhkan negara republik – tanpa raja, tanpa mengambil kira sejarah bahawa Melayu sebagai kaum teras dan tanpa Islam sebagai agama rasmi.

Jadi apa muslihat DAP? ia tidak lain bagi mengelirukan orang Melayu dengan memanipulasi sokongan secara tidak langsung yang diterima daripada penyokong Pas dan PKR atas tiket pakatan pembangkang.

DAP terpaksa menjaja gambaran palsu itu untuk terus memastikan sokongan Melayu bertahan jika tidak pun meningkat.

Dengan banyak perkembangan politik yang tidak memihak kepada pembangkang, parti itu bimbang Pas dan DAP gagal menarik sokongan pengundi Melayu pada PRU ke-13 nanti. Perpecahan dalam Pas dan banyak kepincangan PKR termasuk kemerosotan sokongan terhadap Anwar Ibrahim yang menjadi taruhan DAP, adalah petanda jelas.

Perkembangan dalam Pas turut berubah. Parti itu tidak lagi bulat menyokong Anwar, berbeza dengan senario PRU ke-12. Begitu juga sentimen terhadap DAP di kalangan ahli akar umbi Pas, yang kini lebih diwarnai negatif.

Jadi tidak hairan mengapa DAP makin agresif melaksanakan usahanya menarik sendiri sokongan Melayu termasuk melalui program outreach dan penubuhan cawangan khas Melayu terutama di Perak dan Selangor.

Selain itu, sudah lama diketahui DAP melantik seorang dua Melayu menduduki jawatan kanan tetapi mereka tiada pengaruh dan jadi pak turut. Semua orang tahu DAP mendabik dada sebagai parti semua kaum sedangkan realitinya ia dikuasai oleh orang Cina dan memperjuangkan kepentingan kaum itu.

Strategi terbaru ini menampakkan parti itu sendiri tidak percaya dengan kemampuan Pas dan PKR untuk memenangi hati bukan Melayu pada PRU ke-13 nanti. DAP turut khuatir Pas akan beralih arah dengan mengambil pendirian yang lebih mesra UMNO atas nama perpaduan umat Islam. Segala-galanya boleh berlaku. Sekarang ini pun ramai orang Islam sedar, kedudukan Islam semakin kritikal disebabkan perpecahan dan percaturan politik yang silap. Dengan kata lain, DAP tidak boleh mengharapkan Pas dan PKR selama-lamanya.

Selain itu, tujuan DAP menambah ahli Melayu juga kerana menyedari UMNO terus mendapat sokongan kuat orang Melayu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka tidak hairan DAP semakin terdesak untuk menjenamakan semula parti itu termasuk menerusi gagasan terbaru Middle Malaysia. Ia kononnya bersifat merangkumi berbanding konfrontasi dan menjadi milik setiap rakyat terutama generasi muda.

Ramai yang memberi reaksi terutama dalam blog. Ada yang menyatakan Middle Malaysia mempunyai agenda rasis. Menurut satu tulisan: “Sekiranya diterjemahkan Middle Malaysia ke dalam bahasa Mandarin, ia membawa maksud tersirat ‘Malaysia untuk kaum Cina’. Ini boleh ditafsirkan kaum Cina mahu menjadi ‘tauke Malaysia’ kerana Chung adalah sinonim dengan ‘Penguasa Cina’ di Malaysia.”

Awang tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Namun tanpa hujah seperti itu pun, Awang memang tidak mempercayai DAP. Jika DAP benar-benar menjadi parti untuk semua kaum, Awang tidak akan mempersoalkannya tetapi itu semua hanya pembohongan dan tipu daya. Banyak tindak tanduk parti itu membahayakan asas kenegaraan kita, ia umpama musuh dalam selimut.

Tindak-tanduk DAP menyerang secara konsisten agensi awam di bawah kepimpinan Melayu seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), institusi perundangan Islam dan banyak lagi, menyerlahkan lagi belang parti itu.

Sikap keterlaluan DAP memanipulasi isu yang membakar sentimen bukan Melayu juga tidak boleh diterima. Lihat sahaja isu kematian Teoh Beng Hock, penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Katholik dan kejadian gereja dibakar, amat tidak bertanggungjawab.

Pada Awang, DAP adalah parti paling ekstrem, yang berselindung di sebalik nama demokratik tetapi agendanya ultra Cina. Selagi parti itu tidak komited untuk menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan negara, selagi itu Awang tidak akan terpengaruh biarpun pemimpinnya memetik ayat al-Quran dan hadis. Biarlah Melayu yang tidak sedar diri dan yang punya agenda peribadi dipergunakan oleh DAP. Awang bukan jenis itu.


*Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional