red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Motion by Lim Kit Siang to refer OTK to Committee of Privileges for misleading Parliament in his eight-minute Ministerial statement on the PKFZ in Parliament on Thursday, 25th June 2009: 

Motion to refer OTK to Committee of Privileges for misleading Parliament in his eight-minute Ministerial statement on the PKFZ

24 Jun 2008                                                                                                                               Dengan Tangan

Yang di Pertua,
Dewan Rakyat,
Parlimen.

YB Tan Sri,

Usul Merujuk Menteri Pengangkutan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

Dengan ini diberikan notis bahawa saya akan mengusulkan seperti berikut:

“Bahawa Menteri Pengangkutan semasa membentangkan Penerangan Menteri pada 22hb Jun 2009 atas isu “Pengumuman Laporan Semakan Kedudukan Projek PKFZ” telah mengelirukan Dewan.

“Bahawa dalam Penerangannya, Menteri hanya merujuk kepada keputusan Jemaah Menteri pada 2hb Oktober 2002 yang memberikan persetujuan kepada Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) untuk membeli 1,000 ekar tanah dari Kerajaan Negeri Selangor atas alasan tanah berkenaan tidak dapat diperolehi mengikut peruntukan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 kononnya kerana PKFZ bukannya satu projek awam, tetapi gagal merujuk dan menjelaskan keputusan sebaliknya yang di buat oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya tiga minggu kemudian iaitu pada 23hb Oktober 2002, serta dalam lain-lain mesyuarat Jemaah Menteri yang berkaitan, dan ini menyebabkan Penerangan yang dibuat oleh Menteri pada 22hb Jun 2009 itu tidak menyeluruh, wajar atau telus.

“Bahawa perlakuan Menteri ini telah melanggari hak dan kebebasan seseorang ahli Dewan dan maka ini dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk tindakan yang selanjutnya.”

Memandangkan perkara ini serius dan harus ditangani dengan segera, diharap YB Tan Sri akan memberikan keutamaan untuk usul ini dibahaskan di Dewan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________

Lim Kit Siang
Ipoh Timur


*Lim Kit Siang, DAP Parliamentary leader & MP for Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional