http://dapmalaysia.org  

Penentangan terhadap cadangan Suruhanjaya Antara Agama tidak akan begitu kuat sehinggakan Abdullah meminta supaya cadangan berkenaan ditangguhkan buat sementara waktu kalau bukan kerana perisytiharan 929 yang sembarangan yang mengecapkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam


Ucapan  (8)
-
semasa menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong 
oleh
Lim Kit Siang

(Dewan Rakyat, Khamis): Hari Bahasa Ibonda Sedunia pada 21hb Februari bukannya satu-satu tarikh penting yang jatuh pada bulan Februari dan harus diambil perhatian oleh kerajaan. Satu lagi tarikh penting dalam bulan Februari adalah 8hb Februari, iaitu hari jadi Perdana Menteri pertama dan Bapa Malaysia Malaysia, mendiang Tunku Abdul Rahman. 

Saya bukannya hendak mencadangkan supaya dua tarikh ini diisytiharkan sebagai cuti umum, tetapi kedua-duanya sepatutnya diraikan di seluruh negara secara rasmi dan oleh masyarakat madani.

 

Kata pepatah: “The further backward you look, the further forward you can see.” Sekiranya rakyat Malaysia tidak melupai ‘kontrak sosial’ yang disetujui bersama oleh nenek moyang semua komuniti sebagai asas Negara kita yang diwujudkan pada 31hb Ogos 1957, dan mewakili warisan Tunku, bahawa Malaysia adalah sebuah Negara demokratik, secular dan berbagai agama di mana Islam diterima sebagai agama rasmi tetapi kita bukannya sebuah Negara Islam, maka Negara dan rakyat kita akan dapat mengelakkan penderitaan pembangunan Negara hari ini.

 

Tunku, misalnya, akan menyokong sepenuhnya kepada usaha menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama, yang dalam tempoh dua bulan ini telah menarik berbagai jenis kutukan, tentangan dan respon-respon negative sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil satu pendirian yang menghampakan mengenai cadangan pertubuhna Suruhanjaya Antara Agama  ini, iaitu supaya ianya ditangguhkan buat seketika masa.

 

Dalam suku abad pertama kenegaraan kita dari 1957-1982, adalah sukar digambarkan bahawa idea Suruhanjaya Antara Agama ini akan mencetuskan tentangan yang begitu kuat kerana ianya memang sejajar dengan “kontrak social” Merdeka yang desetuju bersama oleh nenek moyang masyarat-masyarat utama Negara ini yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Merdeka 1957  bahawa Malaysia adalah sebuah Negara demokratik, secular dan berbagai agama di mana Islam diterima sebagai agama rasmi tetapi kita bukannya sebuah Negara Islam.

 

Sebenarnya, semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu, Tunku telah mengambil inisiatif dan menubuhkan satu Majlis Antara Agama yang diterajui oleh seorang Menteri Kabinet, tetapi Majlis tersebut dibiarkan tidak berfungsi lagi dalam tahun 80an dan konsep sedemikian semakin dianggap sebagai sesuatu yang harus dikutuk oleh pihak-pihak yang berkuasa dan berpengaruh.

 

Rakyat Malaysi harus berfikir secara mendalam sebab mengapa Malaysia kini telah ubah pendekatan, pemahaman dan penafsiran ‘kontral sosial’ Merdeka yang disetujui bersama  oleh nenek moyang kita yang merupakan batu asas pembinaan Negara pada 31 Ogos 1957.

 

Sikap ragu-ragu Abdullah untuk menyokong Suruhanjaya Antara Agama tidak sejajar dengan semangat dan mesej ucapan pembukaannya yang bertajuk “Dialog Kunci Perpaduan Masyarakat Pelbagai Agama, Kaum dan Budaya” semasa merasmikan Persidangan Majlis Gereja-gereja Sedunia di Kuala Lumpur bulan Ogos tahun lepas. Abdullah menekankan bahawa:

 

“Apa yang kita perlukan lebih perlukan hari ini adalah usaha yang bersepadu untuk mengadakan dialog antara agama. Kita harus bercakap sesame sendiri secara terbuka mengenai isu-isu yang membawa kesan ke atas kehidupan kita semua. Marilah kita berganjat daripada hanya bertelingkah mengenai perbezaa-perbezaan teologi dan amalan agama. Dialog yang bermakna tidak akan dapat diadakan sekiranya kita tidak menghormati kebebasan beragama masing-masing. Islam menerima kemajmukan dan kita diingatkan konsep ini menerusi Surah Quran “To you your religion, to me my religion”.

 

Dengan pertembungan berbagai agama utama sedunia di Negara ini. Malaysia seharusnya menunjukkan teladan dialog antara agama dan antara tamaddun kepada masyarakat dunia, tetapi apa yang kita lihat hari ini adalah pengunduran dan bukannya melangkah ke depan untuk menghadapi cabaran berkenaan.

 

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Islam merupakan perkara yang sensitive adalah penting sungguhpun tidak sempurna, kerana hak-hak keagamaan semua rakyat mestilah sama-sama dianggap sensitive – dan Negara ini tidak harus mengulangan kesilapan masa dahulu di mana kesensitifan agama-agama lain tidak turut dijaga, antaranya contoh yang paling ketara adalah apabila kerajaan mengisytiharkan secara satu pihak, sembarangan dan memutar belitkan perlembagaan serta ‘kontrak social” merdeka bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam menerusi “Perisytiharan 929”.

 

“Kesnsitifan” sesuatu masyarakat majmuk mestilah sentiasa dijaga, tetapi ianya janganlah dijadikan satu alas an untuk menghalang atau menyekat dialog antara agama, yang merupakan satu-satunya asas berdaya maju untuk memupuk perpaduan nasional yang kukuh di semua Negara yang mempunyai pelbagai agama seperti Malaysia.

 

Kenyataan Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Abu Talib Othman, bahawa beliau tidak menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama sungguh  mengejutkan, khasnya apabila mengambil kira peranan beliau dalam tahun 1988 semasa Tun Salleh Abas dipecat sebagai Hakim Negara, dan salah satu alas an yang dikemukan oleh beliau sebagai Peguam Negara adalah “Tun Salleh Abas ‘kurang sensitif’ terhadap sifat secular perlembagaan Malaysia”.

 

Laporan Tahunan SUHAKAM 2003 telah membentangkan respon kerajaan terhadap laporan yang dikemukakan oleh DAP dalam tahun 2002 yang mendakwa bahawa “Perisytiharan 929” oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad secara satu pihak, sembarangan dan melanggari perlembagaan di Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan pada 29hb September 2001 telah melanggari secara serious perlambagaan dan hak asasi manusia – sesuatuyang sungguh mengejutkan dan tidak dapat dipertahankan dari segi undang-undnag pelembagaan dan tidak akan dapat diterima oleh Abu Talib sekiranya beliau konsisten dengan penghujahannya di depan Tribunal Kehakiman tahun 1988 sebagai justifikasi memecat Tun Salleh Abas yang didakwanya sebagai tidak sensitive terhadap sifat secular Malaysia.

 

Saya pernah beranya samada kenyataan Abu Talib yang menentang penubuhan Suruhanjaya Antara Agama ini, samada dalam bentuk berkanun atau tidak, merupakan pendirian SUHAKAM yang diambil secara rasmi dalam mesyuarat Pesuruhjaya-persuruhjaya SUHAKAM ataupun hanya merupakan pandangan peribadi beliau, dan saya masih menunggu jawapab daripada beliau.

 

Saya pasti bahawa penentangan terhadap cadangan Suruhanjaya Antara Agama tidak akan begitu kuat sehinggakan Abdullah meminta supaya cadangan berkenaan ditangguhkan buat sementara waktu kalau bukan kerana perisytiharan 929 oleh bekas Perdana Mneteri pada 29hb September 2001 yang sembarangan yang mengecapkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, yang seterusnya mengubah secara tektonik proses pembinaannegara kita.

 

Saya difahamkanbahawa penganjur Persidangan Antara Agama selama dua hari di Bangi bulanlepas telah menghantar cadangan Rang Undang-undang Suruhanjaya Antara Agama kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet utama, dan Peguam Negara. Satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai dialog antara-agama dan antara tamaddun haruslah ditubuhkan sebagai badan mengkaji cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Antara Agama berkenaan.

 

Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan juga akan merupakan satu forum yang paling sesuai untuk menguruskan perihal kempen yang dilancarkan semalam oleh lebih dari 50 NGO dan 236 individu yang disokong oleh parti-parti politik dan ahli-ahli Parlimen membantah moral policing dari kerajaan dan untuk menghapuskan peruntukan-peruntukan dalam Kanun Keseksaan serta undang-undnang agama dan tempatan yang menafikan hak bersendirian dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

 

 

(24/3/2005)


* Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang Parlimen