Malaysia sepatutnya mengiktiraf dan meraikan Hari Bahasa Ibonda Sedunia dan menikmati faedah ciri-ciri kepelbagaian budaya Malaysia sendiri Ucapan (7) - semasa menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong oleh Lim Kit Siang (Dewan Rakyat, Rabu): Sungguhpun kepelbagaian budaya merupakana aset negara kita, ianya belum lagi dinikmati sepenuhnya oleh rakyat kita sendiri khasnya apabila dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh lain-lain negara dalam segi yang sama. Kerajaan United Kingdom misalnya telah menubuhkan lama web yang berbagai bahasa, termasuk bahasa Cina, untuk memaparkan terbitan-terbitan kerajaan seperti Laporan Ringkas Eksekutif atau gambaran seluruhan Kertas-kerta Putihnya. Inilah amalan yang harus dicontohi oleh Malaysia dalam dunia ICT yang tidak ada batasan sempadan ini, dan dalam segi ini, adalah amat disesali bahawa sungguhpun Malaysia merupakan salah satu daripada 28 negara yang menyokong cadangan yang seterusnnya diluluskan oleh UNESCO dalam tahun 1999 yang mengisytiharkan 21hb Februari sebagai Hari Bahasa Ibonda Sedunia, Malaysia sampai kini masih belum mengiktirah dan meraikan hari berkenaan setelah enam tahun ia diwujudkan.
21hb Februari tahun ini sekali lagi dilupakan oleh kerajaan kita sungguhpun ianya adalah satu hari khas yang didedikasikan untuk meraikan kepelbagaian budaya dan bahasa serta memupuk kefahaman, toleransi dan dialog di antara budaya, negara dan tamaddun yang berbeza-beza di seluruh dunia.
Selama tiga tahun ini, DAP merupakan satu-satunya suara yang menyeru kerajaan persekutuan serta kerajaan-kerajaan negeri supaya meraikan secara besar-besaran Hari Bahasa Ibonda Sedunia memandangkan Malaysia merupakan negara tumpuan berbagai bahasa Ibonda rakyat jelata kita.
Saranan DAP ini haruslah diterima oleh semua ahli Parlimen tanpa kira latar belakang parti. Menteri, samada yang datang dari MCA, Gerakan, MIC, SUPP dan malah UMNO, harus menjelaskan sebab mengapa mereka enggan atau teragak-agak untuk membangkitkan perkara ini di Kabinet selama enam tahun ini supaya kerajaan mengiktiraf dan meraikan Hari Bahasa Ibonda Sedunia tahunan secara besar-besaran, memandangkan Malaysia sebagai sebuah negara tumpuan berbagai bahasa Ibonda, seharusnya merupakan tempat yang paling sesuai untuk menerajui masyarat dunia dalam meraikan Hari Bahasa Ibonda Sedunia secara ghairah, bersemangat dan penuh imaginasi.
Sehingga tahun-tahun kebelakangan ini, apabila kita berkata mengenai usaha melindungi “bahasa Ibonda”, ianya sering kali merujuk kepada bahasa-bahasa Cina, Tamil, Iban, Kadazan, Bidayuh, Orang Asli, tetapi tidak mengambil kira bahasa Melayu kerana ia merupakan bahasa rasmi negara ini.
Tanpa disedari, bahasa Melayu sebenarnya juga merupakan salah satu bahasa Ibonda yang perlu dihormati dan dilindungi khasnya dalam zaman globalisasi dan komunikasi ini di mana masyarakat sering menggunakan satu sahaja bahasa – iaitu bahasa Inggeris – dan meminggirkan bahasa-bahasa utama lain di dunia, dan trend ini telah mula menyebabkan sesetengah bahasa yang agak kurang digunakan, termasuk bahasa-bahasa serantau, semakin pupus.
Pada hakikatnya, memang wujudnya pandangan bahawa mana-mana bahasa yang tidak dijumpai di Internet “tidak wujud sama sekali” dalam dunia moden kita. Itulah sebab mengapa timbulnya pergerakan sedunia untuk melidungi bahasa-bahasa Ibonda di Internet menerusi promosi dan penggunaan konsep kepelbagaian-bahasa serta akses universal ke ruang siber.
Satu kajian ke atas statistik universal mengenai penggunaan bahasa-bahasa yang berlainan di Internet akan menunjukkan bahawa bahasa Melayu juga perlu mempertahankan kewujudannya dari ancaman ekabahasa (monolingualism) yang secara langsung menyerlahkan betapa pentingnya Hari Bahasa Ibonda Sedunia terhadap bahasa Melayu dalam konteks global.
Harap-haraplah kelambatan dan kegagalan Malaysia dalam mengiktiraf dan meraikan secara rasmi Hari Bahasa Ibonda Sedunia selama 6 tahun ini akan berakhir dengan pihak berkuasa mula mengiktiraf dan meraikan Hari Bahasa Ibonda Sedunia di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) yang akan bermula tahun depan.
(23/3/2005) * Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang Parlimen |