Rancangan Malaysia Ke-9 harus memulakan usaha menghapuskan secara berperingkat-peringkat mentaliti subsidi dan gantikannya dengan sistem meritokrasi yang bersama dengan factor keperluan sosial, mencipta “towering Malaysians” dalam semua bidang usaha manusia supaya lebih ramai Vijay Singh yang berjaya sebagai pemain gof terbaik di dunia dapat dihasilkan di Malaysia Ucapan (5) - semasa menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong oleh Lim Kit Siang (Dewan Rakyat, Rabu): Dalam masa 17 bulan lagi, Malaysia akan meraikan hari merdeka setengah adab kita sejak 1957. Rancangan Malaysia Ke-9 sedang dirangkakan buat masa ini dan kita juga berada di fasa pertengahan Wawasan 2020 yang mengambil masa 30 tahun untuk mengujudkan Bangsa Malaysia dan menjadi sebuah negara maju. Bagaimanapun, beberapa perkembangan dan pengumuman kebelakangan ini telah menunjukkan bahawa Malaysia nampaknya tengah mengundur ke belakang dalam proses pembangunan negara kita dan bukannya melangkah mendekati matlamat Wawasan 2020 untuk mengujudkan bangsa Malaysia yang berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama yang merupakan keistimewaan unik negara kita. Bulan yang lepas, dalam ucapannya kepada UMNO dan yang dipuji sebagai ucapannya yang “paling baik sekali”, Perdana Menteri menyeru supaya diujudkan generasi “Melayu yang memiliki ciri-ciri unggul” yang akan mencapai kejayaan di berbagai bidang usaha mereka. Ucapan Abdullah mencetuskan pertanyaan-pertanyaan seperti berikut:
Rakyat Malaysia sering diingatkan mengenai kekurangan “universiti-universiti unggul” di Malaysia yang dikenali oleh dunia academia antarabangsa – sebuah universiti yang dikenali oleh dunia antarabangsa sebagai cemerlang dari segi pencapaian akademinya. Baru-baru ini, Menteri Pelajaran Tinggi Datuk Dr Shafie Salleh telah mendedahkan bahawa pelajar-pelajar asing di negara ini telah berkurangan bilangannya dari 40,000 orang pada akhir 2003 ke 23,000 orang tahun ini. Ini jauh ketinggalan dari jumlah pelajar asing di Singapura yang telah mencapai 60,000 orang dan republik pulau berkenaan berhasrat untuk mencapai sasaran projek “Global Schoolhouse” mereka dengan menambah lagi bilangan pelajar antarabangsa dari 50,000 dalam tahun 2003 menjadi 100,000 pelajar yang membayar yuran sepenuhnya serta 100,000 eksekutif korporat antarabangsa yang mendapatkan latihan di negara tersebut pada tahun 2012. Universiti-universiti Malaysia telah disenaraikan di kedudukan yang buruk di senarai antarabangsa, misalnya: (i) Universiti Terbaik Asiaweek 2000 yang menyenaraikan Universiti Malaya di tempat ke-47 di kalangan 77 universiti serantau, dan Universiti Putra Malaysia pula berada di tempat ke-52 dan Universiti Sains Malaysia di tempat ke-57. (ii Times Higher Education Supplement (THES) yang menyenaraikan 200 universiti terbaik dunia dalam satu senarai global pada Novembe 2004 telah meletakkan Universiti Malay di tempat ke-89 dan Universiti Sains Malaysia di tempat ke-111; dan (iii) Senarai 500 University terbaik Shanghai Jiao Tong University langsung tidak menyenaraikan mana-mana universiti Malaysia. Disebab oleh universiti-universiti tempatan kita yang disenaraikan di kedudukan yang buruk ini, maka saya telah menyarankan supaya dirangka satu pelan induk demi membangunkan Malaysia menjadi pusat akademik cemerlang antarabangsa dengan memastikan bahawa sekurang-kurangnya tiga universiti Malaysia akan dikenali di peringkat antarabangsa sebagai layak sebagai antara 50 universiti paling baik di dunia. Ini tidak harus dianggap sebagai sasaran yang tidak dapat dicapai, atau satu misi yang di luar keupayaan kita, memandangkan Singapura dan Australia mempunyai dua dan enam universiti masing-masing yang disenarikan sebagai antara 50 universiti terbaik di dunia di penyenaraian global THES. Bagaimanapun, saya benar-benar terkejut apabila terbaca satu penyenaraian ‘web’ yang menilai sebanyak 1,000 universiti, yang dilakukan oleh InternetLab bertapak di Madrid (Observatorio de Ciencia y Tecnologia en Internet), kerana tidak satu pun universiti Malaysia yang dimasukkan ke senarai tersebut. Penyenaraian 1,000 universiti di Internet ini bermula dengan anggapan bahawa laman Web kini merupakan salah satu sumber penting untuk mengumpul maklumat mengenai aktiviti-aktiviti akademik dan saintifik, dan ianya menggunakan beberapa indicator ‘webometrics’, seperti saiz, visibility, populariti dan bilangan rich files sebagai pengukurnya. Memang ujudnya banyak pandangan berbeza mengenai kriteria yang digunakan untuk penyenaraian universiti laman web ini, tetapi apa yang harus menjadi amaran terbaru kepada rakyat Malaysia adalah bahawa tidak satu pun universiti tempatan yang disenaraikan di dalam senarai 1,000 universiti terbaik itu, sungguhpun kita telah berkata-kata begitu banyak dan lama mengenai hasrat untuk menjadiakn Malaysi pusat akademik cemerlang antarabangsa serta melonjat ke dunia ICT dan era maklumat. Sebab mengapa Malaysia gagal menjadi pusat akademik cemerlang antarabangsa, malah dibebankan lagi dengan masalah terbaru di mana 80,000 graduan menganggur, tidak sukar difahami – kekurangan semangat politik untuk membina dan menyelenggara “universiti-universiti unggul” yang dikenali ramai di dalam dan luar negara. Untuk menyelesaikan krisis pendidikan tinggi ini, Malaysia mesti menjenama semula dirinya sebagai pusat akakedemik cemerlang antarabangsa yang tulen supaya Malaysia dapat bersaing dengan negara-negara seperti Singapura dan Australia dan menjadi magnet yang menarik pelajar-pelajar antarabangsa – dengan menonjolkan kualiti pendidikan dan sistem meritokrasi di semua peringkat dan aspek pendidikan tinggi di negara ini. Mendakwa diri kita sebagai sebuah pusat akademik cemerlang antarabangsa, dan dikenali ramai sebagai pusat akademik cemerlang antarabangsa, adalah dua perkara yang berlainan. Universiti Teknologi Mara (UiTM) misalnya, mengumumkan bulan April lepas bahawa matlamatnya adalah untuk menjadi “antara institusi pendidikan tinggi yang dikenali sebagai terbaik di dunai dalam tahun 2006”, tetapi siapakah yang akan percaya bahawa ianya akan mencapai matlamat ini walau dalam tempoh satu atau dua dekad pun melainkan ianya bersedia untuk membuka pintunya kepada semua pelajar yang memang pandai dan cerdik, samada mereka itu bumiputra, bukan bumiputra, atau pelajar asing? Adakah UiTM bersedia menjadi sebuah universiti dunia yang paling bagus sekali dengan mengambil pelajar yang memang pandai dan cerdek, tanpa kira samada mereka itu bumiputra, bukan bumiputra, atau pelajar asing, ataupun ianya lebih selesa dengan sistem mediocritinya dan menghadkan kemasukan pelajar dengan berpegang kepada perbezaan kumpulan etnik tertentu? Adalah amat penting bahawa satu konsensus nasional yang melangkaui perbezaan politik dicapai mengenai soal bagaimana menjenamakan semula Malaysia sebagai sebuah pusat akademik cemerlang antarabangsa yang tulen, dan bagaimana caranya untuk menghidupkan semangat politik demi memastikan bahawa nilai meritokrasi akan menjadi asas kepada seluruh dasar dan sistem pendidikan tinggi kita demi mentransformasikan Malaysia dari sebuah pusat akademik cemerlang serantau menjadi pusat akademik cemerlang antarabangsa. Hanya apabila para pemimpin kebangsaan bersedia untuk secara terbuka menyuarakan rasa kecewa, malah rasa malu, mereka terhadap penyenaraian rendah universiti kita di dunai antarabangsa, berbanding dengan Singapura yang ada dua universiti yang dimasukkan di senarai 50 universiti terbaik di dunia manakala Australia ada enam universiti yang sedemikian berkualiti, atau lapan buah universiti yang disenaraikan paling baik di antara 60 universiti dunia, dan Malaysia tidak akan merasa puas hati sehinggalah sekurang-kurangnya tiga universiti Malaysia yang dimaukkan ke senarai 50 universiti terbaik dunia. Sampai masa itulah baru kita boleh mendakwa bahawa Malaysia memang berada di jalan yang betul dan mula mencapai hasrat menjadi pusat akademik cemerlang antarabangsa yang mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa. Adakah para ahli Parlimen bersedia menyokong matlamat tinggi sebegini bagi rancangan pendidikan tinggi kita dan mengkehendaki Kementerian Pendidikan Tinggi berusaha memastikan matlamat sedemikian dapat dicapai? Baru-baru ini, Najib telah menyatakan bahawa sekiranya Vijay Singh dibenarkan menetap di Malaysia, beliau mungkin tidak akan menjadi pemain gof terbaik di dunia – kenyataan ini merupakan satu pengakuan yang terus terang bahawa suasana di Malaysia masa kini memang menyekat pertumbuhan sepenuhnya potensi dan keupayaan seseorang dan bukannya kondusif untuk memupuk “personaliti-personaliti yang unggul”. Rancangan Malaysia Ke-9 haruslah berbeza daripada semua rancangan-rancangan pembangunan lima-tahun yang lepas dengan memulakan usaha menghapuskan secara berperingkat-peringkat mentaliti subsidi dan gantikannya dengan sistem meritokrasi yang bersama dengan factor keperluan sosial, mencipta “towering Malaysians/ rakyat Malaysia yang unggul” dalam semua bidang usaha manusia. Inilah satu-satunya cara demi memastikan bahawa kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia terjamin di masa depan kerana dalam era globalisasi tanpa batasan sempadan ini, rakyat Malaysia perlu bersaing bukan antara sesama sendiri, tetapi bersaing dengan dunia antarabangsa. (23/3/2005) * Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang Parlimen |