Adalah sungguh memalukan di peringkat antarabangsa sekiranya kedudukan Malaysia di indeks persepsi rasuah antarabangsa jatuh lebih rendah dari Negeri Thai setelah Korea Selatan dan Taiwan berjaya memotong kedudukan kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini Ucapan (4) - semasa menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong oleh Lim Kit Siang (Dewan Rakyat, Rabu): Salah satu jurang di antara retorik dan realiti sepanjang 17 bulan yang lepas adalah perang menentang rasuah, kerana kerajaan, menerusi Titah Ucapan Diraja, telah cuba menunjukkan satu gambaran yang sungguh baik dengan mendakwa bahawa ianya telah mencapai “berbagai kejayaan dalam memerangi gejala rasuah” sungguhpun ini merupakan salah satu bidang penting yang mencetuskan euphoria ‘feel good’ rakyat dan membawa kepada kemenangan besar Barisan Nasional tahun lepas, tetapi kini ia menrupakan antara factor yang menyebabkan perasaan ‘feeling not good’ kerana rakyat tidak nampak sebarang tindakan atau hasil yang konkrit dari pihak kerajaan. Titah Ucapan Diraja menyatakan: “Jelaslah pendekatan punitif dan preventif yang diambil dalam memerangi rasuah telah berjaya.” Bagaimanapun, apa yang kononnya ‘jelas ‘ ini nampaknya tidak ketara bagi majoriti rakyat Malaysia, kerana kita tidak nampak banyak hasil konkrit yang dicapai dalam perang menentang rasuah kerajaan selain daripada laporan mengenai peristiwa-periswa media seperti perlancaran Pelan Integriti Nasional dan Institut Integriti Malaysia, yang tidak membantu dalam perang menentang rasuah kalau hanya ada bentuk dan bukan isi. Dalam dua minggu yang lepas, tidak satu perkataan pun yang kedengaran di Malaysia mengenai senarai rasuah 2005 yang diterbitkan oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC) yang bertapak di Hong Kong, samada oleh media Malaysia, badan-badan menentang rasuah seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Institu Integriti Malaysia maupun kerajaan – dan ini bukan sahaja menunjukkan hakikat kekurangan komitmen yang kukuh dari pihak Perdana Menteri dan pentadbirannya dalam usaha memerangi gejala rasuah, tetapi juga menyerlahkan kelemahan dalam segi kebebasan media dan maklumat negara ini, yang berkait terus dengan komitmen Malaysia terhadap ekonomi berdasarkan ilmu di mana ilmu merupakan factor pengeluaran yang paling kritikal. Menurut jadual rasuah tahunan PERC di Asia yang diumumkan pada 9hb Mac 2005, yang disediakan setiap tahun mengikut hasil soal selidik yang dijalankan di kalangan expatriate yang bekerja di Asia mengenai persepsi mereka terhadap masalah rasuah, Malaysia telah jatuh dua tangga dan kini berada di kedudukan ke-6 berbanding dengan 10 tahun yang lepas, di mana Malaysia menduduki tempat ke-4, yang bererti masalah rasuah kita kini lebih teruk dari Korea Selatan dan Taiwan berbanding dengan 10 tahun yang lepas, dan kita telah memungut mata paling buruk dari segi rasuah: Kaji Selidik Rasuah PERC
(mata yang diberi bersilang dari kosong ke 10, di mana kosong menandakan mata yang paling baik manakala 10 mata yang paling buruk) Sepuluh tahun yang lepas, Malaysia memperolehi mata 5.0 dan berada di luar kumpulan negara rasuah, tetapi hari ini, Malaysia telah jatuh dalam segi mata yang dipungut menjadi 6.8. Pada hakikatnya, mata 6.8 yang dipungut oleh Malaysia dalam Kaji Selidik Rasuah PERC 2005 ini adalah lebih baik dari mata 7.33 yang diperolehi tahun lepas, yang merupakan satu kejatuhan yang serius dari mata 6 pada tahun 2003 – fenomena ini dijelaskan oleh PERC pada tahun lepas sebagai “disebabkan khasnya oleh kesediaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk mengakui bahawa masalah rasuah memang ujud, berbanding dengan zaman pemerintahan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.” Semasa mengumumkan hasil Kaji Selidik Rasuah 2004 tahun lepas, PERC menjelaskan mengapa mata yang dipungut oleh Malaysia jatuh dari 6 dalam 2003 menjadi 7.33 dalam 2004: “Ianya tidak bermakna rasuah menjadi lebih buruk dalam tahun sebelumnya tetapi merupakan pembetulan angka tahun-tahun lepas di mana anggaran kurang tepat telah dilakukan.” PERC menganggap Malaysia sebagai contoh negara di mana mata persepsi menjunam tetapi masalah rasuah tenagh ditangani secara lebih serius. Apakah penjelasan yang ada terhadap ketidak-upayaan Malaysia untuk memperbaiki mata terbarunya di dalam Kaji Selidik Rasuah PERC tahun ini supaya berpulih kepada tahap sebelum Ahdullah Badawi menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya lulus dengan mata 5, memandangkan kempen anti-rasuah telah dinaik taraf menjadi keutamaan agenda negara? Semasa mengumumkan hasil kaji selidik 2005, PERC menyatakan bahawa Perdana Menteri telah berjaya menjanakan sokongan kuat dari orang ramai terhadap kempen memerangi rasuahnya, tetapi dakwaan-dakwaan mengenai gejala rasuah di kalangan parti-parti pemerintah pula yang timbul semula. Setelah tewas kepada Korea Selatan dan Taiwan dalam senarai PERC 2005 berbanding dengan 10 tahun yang lepas di 1996, Malaysia kini menghadapi risiko ditewaskan oleh Negeri Thai dalam masa depan yang terdekat, kerana Negeri Thai telah berjaya merapatkan jaraknya di senarai PERC dari 1.55 mata kepada 0.40 mata dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Adalah sungguh memalukan di peringkat antarabangsa sekiranya kedudukan Malaysia di indeks persepsi rasuah antarabangsa jatuh lebih rendah dari Negeri Thai setelah Korea Selatan dan Taiwan berjaya memotong kedudukan kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini Nama Malaysia telah dibangkitkan secara mengaibkan dalam Laporan Rasuah Global Antarabangsa Transparency International (TI) 2005 yang baru diumumkan semalam, di mana empangan Bakun di Sarawak telah disenarikan sebagai “Monumen Rasuah”dalam kajiannya yang menumpu ke atas cara bagaimana rasuah dalam bidang pembinaan menjejaskan pembangunan ekonomi. Kejatuhan kedudukan Malaysia dari tempat ke-37 tahun 2003 ke tempat ke-39 tahun 2004 dalam Indeks Persepsi Rasuah TI, yang berbetulan dengan setahun penuh Abdullah menjadi Perdana Menteri, harus dianggap sebagai amaran yang serius bahawa kempen anti-rasuah kita nampaknya tidak mendatangkan hasil yang ketara dan adalah perlu digariskan langkah-langkah lebih drastik sekiranya perang menentang rasuah ini tidak tewas sama sekali dan kedudukan Malaysia jatuh lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah TI tahun 2005. Adalah amat merunsingkan bahawa ujudnya sindrom penafian yang agak berleluasa mengenai masalah rasuah yang kompleks apabila negara ini gagal mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri April lalu, iaitu untuk memperbaiki kedudukan kita pada tempat ke-37 tahun 2003 supaya mencapai temapat ke- 30 dalam tahun 2008 dalam senarai Indeks Persepsi Rasuah TI, atau sekurang-kurangnya mencapai objektif yang lebih sederhana iaitu memperbaiki tujuh kedudukan ke depan dalam tempoh lima tahun atau kemajuan 1.4 kedudukan setiap tahun. Bagaimana pun, dalam tempoh tahun pertama sasaran 2004-2008 PIN ini, Malaysia telah jatuh dua kedudukan ke belakang dan bukannya maju ke depan walau secara sederhana pun. Sindrom penafian ini jelas terserlah semasa kita berada dalam masa soal jawab semalam apabila Nazri medakwa pihak pembangkang sebagai “bengap dan bua atau tidak membaca surat khabar” mengenai kempen anti-rasuah kerajaan – ini mengingatkan saya cerita dewa-dewi Hans Anderson iaitu Emperor with No Clothes yang mendakwa dirinya berpakaian. Nazri mahu Parlimen dan seluruh negara percaya bahawa anti-rasuah merupakan agenda utama kerajaan, sungguhpun persepsi ini langsung tidak disetujui oleh masyarakat antarabangsa atau rakyat Malaysia sendiri! Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada 1995 menjadi tempat ke-39 pada tahun lepas di senarai Indeks Persepsi Rasuah TI. Memang ujudnya keprihatinan yang bernas dan meluas bahawa keadaan ini nampaknya bukan sahaja tidak diperbaiki, malah semakin merosot. Kerajaan bukan sahaja tidak menangani masalah kedudukan persepsi rasuah antarabangsa yang serius ini, malah telah mengambil keputusan untuk merangka Indeks Persepsi Rasuahnya sendiri, yang sememangnya akan menghadapi masalah kredibiliti yang serius memandangkan objektif utamanya adalah untuk menentang indeks-indeks antarabangsa yang buruk. Anti-rasuah harus dijadikan agenda utama di Parlimen, bukan sahaja menerusi pindaan undang-undang yang mengkehendaki BPR bertanggungjawab terus terhadap Parlimen, tetapi juga memerangsangkan semangat parlimen demi mengkaji semula sasaran yang sederhana iaitu kita bukan setakat mahu mencapai tempat ke-30 dalam tahun 2008, tetapi mahu berpulih ke tempat ke-23 seperti mana yang dicapai dalam tahun 1995. Kita juga harus membentuk sebuah Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Integriti Nasional untuk menyelia usaha anti-rasuah. Masa juga telah sampai untuk Malaysia menubuhkan Gabungan Besar Menentang Rasuah yang terdiri daripada parti-parti politik, NGO, media massa dan badan-badan mencegah rasuah di dalam kerajaan demi memastikan bahawa Malaysia dapat mengelakkan krisis rasuah yang pada masa kini tengah menjahanamkan Kenya kerana kegagalan Presiden Kenya, Mwai Kibaki, untuk menunaikan janji pilihanrayanya dua tahun yang lepas iaitu untuk membersihkan penyakit rasuah yang berleluasa selama 24 tahun sejak bekas Presiden Danil arap Moi memegang kuasa. (23/3/2005) * Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang Parlimen |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||