Pembaharuan dan pemodenan Parlimen– kekecewaan besar setahun kemudian Ucapan (2) - semasa menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong oleh Lim Kit Siang (Dewan Rakyat, Rabu): Saya pernah memberikan amaran semasa menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjuh Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bulan Mei tahun lepas bahawa “penguasaan majoriti oleh BN di Parlimen sebanyak 91% akibat dari kesan tsunami Abdullah dalam pilihanraya umum Mac 2004 yang dihasilkan berikutan dengan perasaan ‘euphoria’ rakyat yang tertarik dengan janji-janji pentadbiran bersih, efisien dan beramanah, berserta dengan cara pengendalian pilihanraya umum yang paling tidak adil, kelam kabut dan memalukan dalam 46 tahun sejarah negara ini, merupakan ‘time bomb” bagi demokrasi dan pentadbiran baik di Malaysia”. Saya mengingatkan Dewan yang mulia ini mengenai kebenaran kata-kata ahli sejarah Britain, Lord Acton bahawa “Powers tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely”. Dengan perwakilan di Parlimen yang kurang dari 9%, parti-parti pembangkang tidak berdaya memeriksa secara berkesan semua penyelewengan kuasa yang besar yang mungkin berlaku “secara pantas, bahaya sampai ke tahap malapetaka dan berskala besar, sehingga ke tahap keangguhan kuasa yang tidak terkawal.” Saya berkata:
Semasa Parlimen ke-11 dirasmikan bulan Mei lepas, rakyat menaruh harapan tinggi bahawa ianya akan mencipta sejarah sebagai Parlimen Pembaharuan yang merupakan Parlimen Dunia Pertama, atas tiga sebab: Pertama, hakikat bahawa pembaharuan dan pemodenan Parlimen hanya akan berjaya dengan adanya sokongan kerajaan, dan Abdullah adalah berfikiran terbuka dan bersikap menyokong semasa saya berjumpa dengan beliau setelah upacara perasmian Parlimen tahun lepas untuk membincangkan agenda pembaharuan dan pemodenan Parlimen yang melibatkan cadangan-cadangan meluas dan berbagai. Beliau nampaknya bersetuju bahawa satu Parlimen yang aktif dan efektif yang memeriksa kerajaan dengan berkesan tidak akan melemahkan tetapi sebaliknya akan memperkasakan pentadbiran yang baik. Keduanya, pembaharuan Parlimen yang efektif dan bermakna memerlukan kerajaan yang berkeyakinan diri, dan ini telah berjaya diperolehi oleh Abdullah memandangkan pentadbiran beliau kini menguasai 91% kerusi di Parlimen, suatu rekod yang mencatat sejarah di Malaysia. Ketiganya, pembaharuan dan pemodenan Parlimen sebenarnya sesuatu yang paling mudah dicapai berbanding dengan rancangan-rancangan pembaharuan meluas di semua institusi-institusi kerajaan lain demi memulihkan kebebasan dan memperkukuhkan keberkesanan mereka. Semua ini menjadikan kekurangan kemajuan dalam segi pembaharuan dan pemodenan Parlimen sepanjang setahun ini sesuatu yang amat menghampakan – ianya menyerlahkan kekurangan semangat dan kefahaman mengenai keperluan dan kepentingan kerja-kerja ini. Tidak dapat dinafikanbahawa sememangnya berlaku sedikit perubahan positif, tetapi secara perbandingan, ianya amat terhad dan sedikit. Antara perubahan-perubahan positif yang dimaksudkan termasuklah penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004 serta mengenai Perpaduan Nasional. Di samping itu, ahli Parlimen parti pembangkang juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) sungguhpun tradisi dan konvension Parlimen Komenwel di mana Ahli Parlimen parti pembangkang dilantik mempengerusikan PAC sepatutnya dicontohi. Sebaliknya timbul lebih titik-titik hitam setelah setahun Parlimen ke-11 bersidang, antaranya:
Satu lagi titik hitam Parlimen kini mula kelihatan. Jumaat lepas, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik telah dilaporan di Sin Chew Jit Poh sebagai membuat satu pendedahan yang memeranjatkan mengenai keputusan Kabinet membalikkan keputusannya yang dibuat pada bulan Januari lepas untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pempersekutuan dan penswastaan air serta dua rang undang-undang air Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) serta industri perkhidmatan air. Beliau berkata bahawa Kabinet telah bersetuju untuk tidak menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen atas dua rang undang-undang air ini kerana ianya akan melibatkan proses yang menjemukan dan memakan masa sekurang-kurangnya satu tahun. Ini bertentangan secara terus dengan janjinya di Dewan yang mulia ini semasa kita membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan 2004 mengenai pempersekutuan dan penswastaan air dalam sidang Parlimen khas bulan Januari lepas, bahawa beliau akan membangkitkan isu ini di Kabinet untuk diluluskan, dan pengumuman yang dibuat seterusnya oleh Nazri bahawa Kabinet telah meluluskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai dua rang undang-undang air berkenaan setelah ianya dibentangkan untuk bacaan pertama di mesyuarat kali ini. Menurut Nazri, Jawatankuasa Pilihan Parlimen akan diketuai oleh Keng Yaik dan akan terdiri daripada enam orang ahli Parlimen, antaranya dua ahli dari parti pembangkang, iaitu satu dari DAP dan satu dari PAS. Ia akan mengambil masa tiga ke enam bulan untuk mengumpul pendapat umum dan membentangkan laporannya ke Parlimen, supaya dua rang undang-undang air ini dapat diluluskan pada akhir tahun ini. Selain dari menjadi rintangan kepada rancangan pembaharuan Parlimen yang menyeluruh demi menjadikan Parlimen Malaysia “Parlimen Dunia Pertama”, di mana para ahli Parlimen tanpa kira parti politik dapat memainkan peranan yang bermakna dalam proses membuat keputusan mengenai undang-undang dan dasar, kebalikan keputusan Kabinet ini nampaknya merupakan satu lagi contoh di mana kerajaan bertunduk terhadap tekanan syarikat-syarikat air yang mempunyai kepentingan diri dan yang meletak kepentingan korporat mereka di atas kepentingan orang ramai dan tidak bersedia menunggu lagi untuk mengeksploitasi air iaitu “emas biru” demi mengaut keuntungan besar. Akibatnya, apa yang sepatutnya bermula sebagai tahun pertama pembaharuan Parlimen yang merangsangkan itu tidak menghasilkan keputusan atau aktiviti pembaharuan yang menggalakkan. Kegagalan dua Jawatankuasa Tetap, iaitu Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat dan Jawatankuasa Dewan, untuk mengadakan mesyuarat walau sekalipun sepanjang tahun pertama Parlimen ke-11 ini amatlah tidak munasabah. Kegagalan ini mensia-siakan harapan rakyat bahawa kerja-kerja pembaharuan dan dan pemodenan amalan dan prosedur Parlimen -perkara yang amat penting demi menjadikan Parlimen dewan legislatif yang berkesan dan efektif untuk memeriksa karajaan dan memastikan suara rakyat sampai kepada kerajaan di antara tempoh dua pilihanraya – dapat diberi keutamaan. Marilah kita lihat kembali senarai cadangan-cadangan yang telah saya kemukakan kepada Perdana Menteri mengenai pembaharuan dan pemodenan Parlimen demi menjadikan Parlimen Malaysia sebuah “Parlimen Dunai Pertama”:
Setahun telah berlepas tetapi tidak satu pun cadangan-cadangan di atas diberi pertimbangan yang serius. Yang paling tidak masuk akal sekali adalah mengenai Peraturan Mesyuarat, yang telah dipinda berkali-kali selama ini bukannya untuk memberikan kuasa kepada para ahli parlimen supaya dapat melaksanakan mandat mereka untuk memeriksa dan menyelia prestasi kerajaan, tetapi untuk membantu para kakitangan awam mengelakkan dari diselia oleh Parlimen. Peraturan Mesyuarat yang tidak munasabah ini langsung tidak diperbetulkan sampai sekarang. Sebagai contohnya, Peraturan Mesyuarat 22(2) mengkehendaki pemberitahu selama 14 hari bekerja sebelum pertanyaan parlimen dapat dikemukakan “sebelum mesyuarat bermula” dan bukannya sebelum hari mesyuarat tertentu atau hari pertanyaan berkenaan berkehendaki dijawab. Contoh yang paling baik sekali adalah semasa mesyuarat badjet tahun lepas yang bermula dari 1hb September 2004 hingga ke 14hb Disember 2004. Pertanyaan yang dijawab pada 14hb Disember 2004 terpaksa dikemukakan pada atau sebelum 12hb Ogos 2004, sama seperti pertanyaan-pertanyaan lain sepanjang mesyuarat hampir tiga bulan berkenaan – tempoh pemberitahu yang lebih dari empat bulan lamanya. Adalah sungguh tidak masuk akal bahawa para ahli parlimen diwajibkan mengemukakan pemberitahu selama empat bulan sebelum pertanyaannya dapat dibangkitkan di Parlimen, menjadikan pertanyaan-pertanyaan ini lapuk dan kehilangan nilai semasanya, dan di samping itu menjadikan parlimen langsung tidak releven malah beroperasi seperti sebuah institusi museum! Atas sebab ini sahaja, Parlimen Malaysia layak disenaraikan ke dalam Rekod Buku Guinnes! Mengapakah Peraturan Mesyuarat yang begitu tidak munasabah ini masih berkuat kuasa sampai hari ini sekiranya kita betul-betul serius dalam hasrat untuk memperbaharu dan memodenkan Parlimen Malaysia supaya menjadi Parlimen Dunia Pertama, dan mengapakah ianya tidak dapat dipinda supaya tempoh pemberitahu untuk semua pertanyaan parlimen dikurangkan menjadi sepuluh hari sebelum sesuatu tarikh tertentu pertanyaan berkenaan hendak dikemukakan, seperti mana yang dilaksanakan di Parlimen-parlimen Komenwel dunia pertama yang lain? Kita juga ingin bertanya mengapakah dalam tempoh 25 tahun pertama ujudnya Parlimen Malaysia sehingga awal tahun 80an, masa yang diperlukan bagi ahli parlimen untuk mengemukakan usul tergempar di Dewan ini demi menyerlahkan sesuatu peristiwa penting dan mendesak mengikut Peraturan Mesyuarat 18 adalah hanya dua jam, tetapi kini kita perlu memberi pemberitahu 24 jam – yang boleh mengambil masa 72 – 96 jam sekiranya mengambil kira faktor hujung minggu serta hari cuti yang berlanjutan - sebelum usul berkenaan dapat dibangkitkan? Semua ini bertentangan dengan pernyataan kerajaan mengenai agenda ICT dan e-kerajaannya yang merupakan salah satu dari tujuh applikasi flagship Koridor Raya Multimedia, kerana ianya nampaknya tidak mempunyai konsep 24/7 iaitu maklumat dapat beralir tanpa gangguan sepanjang 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun dalam dunia ICT. Kerajaan nampaknya berbalik ke zaman sebelum ICT kerana memerlukan tempoh yang lebih panjang lagi untuk respon kepada penyeliaan dan pemeriksaan ke atasnya dari Parlimen. Pengerusi Kelab Sokongan Kerajaan (BBC), Datuk Shahrir Samad, telah menyarankan supaya dipulihkan kebebasan pentadbiran parlimen seperti dulu kala khasnya atas isu kewangan supaya ianya tidak lagi menjadi salah satu jabatan kerajaan, dan diharapkan dengan itu semua tuntutan elaun mesyuarat dan elaun perjalanan ahli–ahli parlimen dapat diproses tanpa penangguhan yang serius. Saya menyokong sepenuhnya supaya pentabiran Parlimen dipulihkan sebagai unit bebas dari sebarang Kementerian Kerajaan, kerana tidak akan ujudnya perpisahan kuasa yang bermakna di antara Parlimen dan Eksekutif sekiranya pentadbiran Parlimen tidak mempunyai autonomi dalam memutuskan cara peuntukan badjet tahunannya sendiri. Bagaimanapun ini hanyalah merupakan salah satu bahagian yang tidak begitu penting dalam usaha pembaharuan dan pemodenan parlimen yang perlu ditangani segera, dan para ahli parlimen menghadapi risiko dianggap oleh rakyat sebagai lebih mengambil berat mengenai kebajikan dan kepentingan sendiri – iaitu perihal pemproses tuntutan elaun mesyuarat dan perjalanan - dari memastikan bahawa Parlimen menjadi lebih berkesan, efektif dan bersemangat dalam melaksanakan tugasnya untuk menyelia prestasi kerajaan, yang merupakan isu yang lebih penting dan utama. Memandangkan satu tahun telah disiar-siarkan begitu sahaja, para ahli parlimen mestilah menunjukkan semangat politik mereka demi menembus balik peluang pembaharuan dan pemodenan parlimen – samada menerusi Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat atau lebih baik lagi, ditubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Pembaharuan dan Pemodenan Parlimen yang meluas, yang merangkumi dua bidang tugas berikut:
Mungkin Perdana Menteri harus mempertimbangkan secara serius untuk melantik Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai Parlimen sebagai Ketua Dewan Rakyat (Leader of Dewan Rakyat) di mana tugas khasnya bukan sekadar mengendalikan urusan Dewan tatapi juga bertanggungjawab mengenai respon kerajaan terhadap isu pembaharuan dan pemodenan parlimen. Pada masa kini, Perdana Menteri merupakan Ketua Dewan Rakyat. Ini merupakan tradisi dan amalam House of Commons di United Kingdom sejak abad ke-18, tetapi telah dilupuskan selama lebih dari setengah abad sejak Perang Dunia Kedua di mana seorang Menteri Kabinet biasa yang dilantik menjadi Ketua Dewan Rakyat dengan bidang kuasa khasnya tertumpu ke atas pembaharuan dan pemodenan parlimen. Ini merupakan satu contoh yang boleh diikuti oleh Parlimen Malaysia demi memperkasakan usaha pembaharuan dan pemodenan Parlimen, kerana ianya merupakan salah satu criteria yang diguna untuk menilai kejayaan dan keberkesanan seseorang Ketua Dewan.
(23/3/2005) * Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang Parlimen |